Followers

Friday, 11 March 2011

Pernah Dengar Tak Simpulan Bahasa Ni?


Bulan penuh 
Maksud: Cantik. 
Contoh Ayat: Semua tetamu yang hadir di majlis itu terpegun melihat wajah isterinya yang bak bulan penuh itu.

Bulan Kesiangan 
Maksud: Berwajah pucat. 
Contoh Ayat:  Muka pelakon terkenal itu  seperti bulan kesiangan apabila dia tidak bersolek. 

Cacing Naik Ke Mata 
Maksud: Kelakuan atau perbuatan yang melampau. 
Contoh Ayat: Perbuatan Kasim yang sewenang-wenangnya menuduh Atan mencuri kerbau nya itu ibarat cacing naik ke mata kerana tiada sebarang bukti pun yang menunjukkan Atan bersalah.

Cermin Bangkai
Maksud: Menanggung malu akibat sesuatu kejadian. 
Contoh Ayat: Gadis mangsa rogol itu menangis teresak-esak sambil berkata,”Lebih baik saya mati daripada hidup seperti cermin bangkai.” 

Cupak Hanyut 
Maksud: Lenggang yang lembut. 
Contoh Ayat: Gaya berjalan Mak Timah bagai cupak hanyut sentiasa mencuri pandangan serta hati Pak Kasli (suaminya) walaupun bertahun lamanya mereka telah mendirikan rumah tangga bersama. Cinta di hati Pak Kasli tidak pernah luntur terhadap isterinya yang lemah lembut itu.

 







Jako Geliga: Nantikan keluaran seterusnya   



5 comments:

Sarah Naiema said...

Bulan kesiangan tu sara tak pernah dengar pon tapi ia nampak juga la b'kait gan bula penuh..macam berlawanan jer.. Cantik bak bulan penuh dan pucat bak bulan kesiangan..=)

Cacing naik ke mata, kite boley nampak orang yang agak tidak sopan..

Cermin bangkai pun bunyi cam menarik jer..sebab ada mksd tersirat jer..

Cupak hanyut tu kelakar ckit..hihi^^

amiraliyana said...

yang atas sekali ja penah dengar. yang lain2 tak pernah langsung.. nasib baca jugak kat sini kalau tak sampai bila2 tak tau ni.

Wan_hazel said...

semua skali wan tak pernah dengar..skang orang tak guna ayat ayat macma nie..direct je terus..ahahha,..

Si kOtAk HaTi said...

Pertama kali saya mendengar peribahasa seperti itu. Ada juga yang mencuit hati hingga mampu membuat saya tersenyum tatkala membaca enrty ini. hehe Bagus juga dapat baca entry ini untuk menambah ilmu & belajar tentang indahnya bahasa. Tahniah kepada penulis...(^_^)

Wan_hazel said...

walaupun ayat pelik2 tp bermakna kan..ada maksud

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...