Followers

Friday 25 March 2011

Penyakit Umat-Umat Terdahulu



Daripada Abu Hurairah r.a katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, : “Umatku akan ditimpa penyakit yang pernah menimpa umat-umat yang terdahulu”. Sahabat bertanya, “Apakah penyakit umat-umat terdahulu itu wahai Rasulullah?”. Nabi SAW menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah : 1) Terlalu banyak seronok, 2) Terlalu mewah, 3) Menghimpun harta sebanyak mungkin, 4) Tipu menipu dalam merebut harta dunia, 5) Saling memarahi, 6) Hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi”.
Hadis Riwayat Hakim

 Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah SAW itu telah banyak kita lihat menimpa kaum Muslimin hari ini. Di sana sini kita lihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan mengumpul harta benda dengan sebanyak-banyaknya bagi memuaskan hawa nafsu. Apabila hawa nafsu diperturutkan maka tentunya mereka terpaksa menggunakan apa sahaja cara dan tipu helah. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak. Yang wujud hanyalah kecurangan, khianat, hasut menghasut dan sebagainya.
 
Umat dahulu banyak penyakit,
Kerana mewah banyak berduit,
Harta ditimbun berderet-deret,
Akhirnya hidup himpit menghimpit.

Usah ikuti jalan mereka,
Jika kita mahu bahagia,
Biarlah hidup berpada-pada,
Dunia ini menuju fana


Azlan: Marilah kita merenung maksud Hadis ini dan marilah kita bermuhasabah!   

9 comments:

Anonymous said...

Saya setuju sangat-sangat

SarahZin said...

hrmm..macam2 kan idup ni..takut lak..yang herannya tu..manusia terlalu kreatif..cuba macam2..yg kadangkala merosakkan diri sendiri =(

story of my life said...

takutnya tgk gambar mat rempit tue....

Unknown said...

sokong !
=)

aqishah said...

muhasabah diri

Unknown said...

moga kita semua tidak lalai dgn nikmat yg tuhan beri..

Sarah Naiema said...

Bile merenung maksud hadis tu.. bila dipikirkan bahawa manusia pada zaman skrg nie selalu m'inginkan keseronokan..

Banyak gejala2 buruk yang berlaku m'yebabkan manusia mudah lupa siapa Yang Maha Berkuasa.. Manusia banyk t'pengaruh gan gejala2 barat dan negatif yang boleh m'yebabkan mereka terpesong..


sama2 la kite berdoa agar tidak t'jebak dengan perkara2 negatif dan tidak leka setiap ape yang diberikan oleh Allah s.w.t.

Ummu Ukasyah said...

Tsauban r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.” Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab, “Bahkan kanu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.” Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi menjawab, “Cintakan dunia dan takut mati.” – HR Imam Abu Daud

Wan_hazel said...

tersentap dengan entri abang..Kadang kadang Wan terkejar kejar dengan harta dunia..Tak taw lah dunia skang nie..perlukan duit lebih...Ya Allah..dekatkan lah Hamba Mu ini kepada MU..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...