Followers

Wednesday 9 March 2011

Moh Kite Makan?

Setiap negeri di Malaysia mempunyai makanan tradisionalnya sendiri. Kali ini, Gegirl memilih negeri yang terkenal bukan setakat kehalusan pembuatan Labu Sayongnya, tetapi juga terkenal dengan pelbagai makanan tradisi. Gegirl telah menjelajah ke Negeri Perak dan pada kali ini, makanan tradisi yang dipilih ialah Rendang Tok

Hidangan ini dikatakan dibawa secara turun temurun sejak zaman dahulu dan merupakan masakan istana. Ia merupakan hidangan Melayu tradisional yang mempunyai cita rasa dan kelazatan yang tersendiri tanpa dicampur bahan pengawet dan perasa tiruan. Masakan Rendang Tok ini lebih sedap jika disediakan menggunakan cara tradisional iaitu di atas dapur kayu. Baru ‘rasa’ keinginan untuk merasai hidangan meluap-luap!


 



GEGIRL : Makan untuk hidup..bukan hidup untuk makan.:)  Selamat mencuba & menjamu selera..

12 comments:

Anonymous said...

rendang tok..makan pulak dgn nasik panas atau ketupat pulut..mmg terangkat..:)

Rakan 1Klik said...

Lagi sedap dimakan dengan ketupat palas juga. Pernah makan ketupat palas? Biasanya terdapat di negeri sebelah utara. Mula-mula susah nak terima tapi bila jumpa ketupat palas berintikan jagung pehhh memang terangkat. Sama-samalah kita merasakan keenakan makanan 1Malaysia ini...

mar said...

Rendang Tok memang menu wajib bagi orang Perak,terutamanya semasa hari raya mahupun majlis kenduri perkahwinan. Kalau tak ada,macam tak lengkap pulak menu..Itulah hebatnya penangan Rendang Tok.

Anonymous said...

mar : bukan hanya sedap, tp rendang tok juga tahan lama jika 'kene' dengan cara memasaknya..sedap betul, bila mak ke opah nak buat nie..nak harapkan GEGIRL buat, macam tak de harapan jer..hi

~GEGIRL : MOH MAKAN? ~

aqishah said...

gegirl sy x pernah cuba lagi rendang tok ni... senang ke nak buat apa bezanya ngan rendang biasa?

gegirl said...

aqishah: sedap tau rendang tok nie..beza ngan rendang biasa..daging kene goreng dan ditumbuk atau diketuk dulu, sebab itu namanya rendang TOK..:)

Sarah Naiema said...

Wah, nampak cam sedap jer.. sara tak pernah makan lagi rendang tok nie..

Info nie amat b'guna untuk kite b'sama..=)

Wan_hazel said...

wan tak pernah rasa..law bab bab makan nie wan no 2..tak minat sgt..and tak suka sgt nak mencuba makanan yg pelik2..hehehe..law ade kelapangan leh lah send kat wan disarawak..ehehhe

Wan_hazel said...

gegirl..apa kata wat entri menenai makanan kat seluruh Mlaysia nie..dari daerah ke kampung ke..Sebab Makanan kat lain lain kawasan lain kan..And kita orang nak gak taw..Makanan apa yang menarik kat satu satu tempat tu...hehehe..PEndapat Wan je..

Anonymous said...

perak ngan rendang tok memang femes kan...
masa kite praktical kat perak tu dulu..ada customer company ni datang perak dari brunei...

cmpany kena la kipas custmer tu kan,,tanya dia nak makan apa...dia mintak rendang tok...hehehe
dah le mintak homemade,,,

moralnya;kefemesan perak dengan rendang tok da sampai brunei da,, =)

padlie said...

Siapa yang duduk semenanjung tapi tak pernah rasa Rendang Tok, memang rugi.. Saya ni tak pandai sangat menilai makanan tapi rendang tok memang idaman kalbu..

Wan_hazel said...

padlie..

rasanya wan lah org yang rugi tu..kali nie law g semenanjung wan nak rasa lah rendang tok tu..bulan 10 nanti wan terbang semenanjung lagi..so rendang tok..tunggu lah...nak paket2 bawak balik sarawak gak nanti..ehehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...