Followers

Tuesday 15 March 2011

Ilmu Sedikit Sama Diracik



KakBa sebenar nak kongsi ilmu mengenai budaya Melayu yang KakBa baca dari sebuah buku yang KakBa dapat masa mengajar di Akademi Pengajian Melayu dulu. Tajuk buku tersebut ialah Tegak Menjaga Tuah, Duduk Memelihara Maruah. Buku ni walaupun dapat free, ia sangat berguna dan amat menarik minat KakBa kerana ilmu yang terdapat di dalam buku ini tiada tolok bandingnya. 

Bahasa-bahasa yang digunakan, lenggok gayanya, makna-makna perkataan yang digunakan, semuanya sangat menarik bagi peminat seni berbahasa. Buku yang diterbitkan di Yogyakarta Indonesia ini adalah mengenai pemikiran seorang tokoh budaya Melayu terkenal dari Riau iaitu Bapak H. Tenas Effendy. Beliau dalam buku ini menyenaraikan nilai-nilai luhur budaya Melayu yang dikatakan sebagai “sifat yang dua puluh” atau “pakaian yang dua puluh”. 20 sifat ini jika ada pada diri setiap individu nescaya akan ‘menjadi’ orang itu atau dengan kata lain sempurnakan lahir dan batinnya.


KakBa: Nantikan keluaran akan datang :)

10 comments:

story of my life said...

teringat masa zaman sekolah dulu ada subjek kesusateraan melayu..sy suka sbb sy score dlm SPM paper tu...yeahh

aqishah said...

ada jual ke buku tu?

KakBa said...

Aqishah Said, buku tu saya tak pasti ada kat pasaran ke tak. Buku ni terbitan Penerbit Indonesia dan kebetulan buku ni saya dapat secara percuma sebagai buah tangan Bapak Tenas sendiri ketika dia mengunjungi Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Kalau betul berminat cuma tanya Akademi tu sebab Bapak Tenah pernah jadi pensyarah jemputan di sana. Tapi memang tak rugi lah baca buku ni...best...

rusna wana said...

kalau dapat baca buku ni best juga yer..:-)

amiraliyana said...

baguslah KakBa share kat sini. boleh la kita dapat ilmu skit.

Ummu Ukasyah said...

“Barangsiapa merintis jalan mencari ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.” (HR. Muslim)

Sarah Naiema said...

Buku mengenai bahasa nie sangat elok jika didedahkan pada semua lapisan masyarakat.. ia sangat berguna untuk kita mengenali budaya melayu kite dengan lebih dekat..

Lau kita tengok skrg, ramai yang tak endah dengan budaya melayu kita sendiri.. ramai yang lebih suka dengan budaya2 luar.. Masalah nie dapat dibendung sekurangnya didedahkan dengan buku2 sebegini..

Marilah kita sama2 menghormati serta menyayangi budaya melayu kita..=)

Wan_hazel said...

yang nie wan suka..info yg menarik..like2..skali lagi nak tanya..tak de ke button like??ehhehe

padlie said...

Menarik ni.. Ramai yang dah lupa budaya Melayu. Hidup kita pun dah bercampur aduk dengan pelbagai budaya.. Saya sendiri pun keliru..

Kalau ikutkan, dah 6 sifat diterangkan,
1. Sifat tahu asal mula jadi, tahu berpegang pada yang Satu.
2. Sifat tahu membalas budi.
3. Sifat hidup bertenggangan, mati berpegangan.
4. Sifat tahu kan bodoh diri.
5. Sifat tahu diri.
6. Sifat hidup memegang amanah.

Memang sangat baik dan bermakna untuk diamalkan... Saya tunggu sifat-sifat seterusnya

Wan_hazel said...

Biasa lah Melayu padie...sdangkan dah terbentang lagi terlupa inikan yang tak nampak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...