Followers

Wednesday, 16 March 2011

Hari ATM …..


Pada 3 hingga 5 Mac yang lalu berlangsung Hari ATM di Dataran Merdeka. Kebetulan aku ada tugasan di sana. Cuaca sangat panas. Penat betul hari tu. Tapi entah kenapa aku rasa penat hari ni sangat berbaloi. Sambutan Hari ATM di Dataran Merdeka amat mengujakan. Walaupun bertugas di hari cuti umum aku terima faedahnya. Canggih betul pasukan angkatan tentera kita. Memang selama ini tak nampak di mata.

Sambutan sebegini  buat aku memang yang pertama kali. Peluang bergambar dengan kenderaan yang canggih yang bernilai jutaan ringgit tak aku lepaskan. Hebat Mat Terap kita rupanya.

Untuk ke Dataran Merdeka aku menaiki LRT.  Bukan apa lebih mudah. Dengan perarakan besar-besaran dan sambutan luar biasa dari orang ramai, yang pastinya jalan sangat sesak. Sambutan memang mengejutkan aku sendiri. Bagai sambutan Hari Kemerdekaan. Gerai pameran kami pun dipenuhi orang ramai. Penat tapi teruja. Panas tapi berbangga.

Jadi jika lain kali berhajat untuk hadir memeriahkan sambutan sebegini. Gunakan kenderaan awam. Jalan pun akan lebih lengang. Semua ini untuk keselesaan bersama.

 







JEGEN rasa: InsyaAllah jika hadir majlis sebegini teruja akan mengatasi penat kita.

8 comments:

story of my life said...

dah lama tk dengar perkataan mat terap....

LuvTrisya said...

We rarely use MAT TERAP nowadays. Tapi best kan directly to Askar je yang terap. kindly visit: http://luvtrisya.blogspot.com/2011/03/atm.html for more pics on HAri ATM...

LuvTrisya said...

we rarely use MAT TERAP nowadays. Best directly to them je mat terap ni. Kindly visit : http://luvtrisya.blogspot.com/2011/03/atm.html for more pics on HARI ATM. Tq.

nanakimie said...

mat terap?pggln agktn tntera yer?

Sarah Naiema said...

Kite patut bangga dengan ATM kerana mereka banyak berjasa dengan negara kite.. melindungi negara kite dan sentiasa berjuang pada tanah air..

Lau Hari2 istimewa sbegini, jalan akan sesak..jadi, pengangkutan awam yang d'sediakan sudah m'madai dan m'jimatkan bajet..=)

amiraliyana said...

kalau sambutan macam ni memang sesak kan. baguslah kalau guna kenderaan awam.

Wan_hazel said...

ingatkan hari ATM mesin ATM tu..rupanya angkatan tentera malysia..hahhaa

padlie said...

Saya memang minat dengan peralatan ketenteraan.. Maklum la, anak askar.. Tapi apa yang kita nampak tu bukan kemampuan sebenar lagi.. Ada lagi yang kita tak tahu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...