Followers

Wednesday 2 March 2011

Bilakah Lorong Haji Taib Akan Bebas Daripada Pelacuran?



 Ketika saya mula menjadi perantau di Kuala Lumpur pada tahun 1977, rakan-rakan di sini menasihati saya supaya menjauhi Lorong Haji Taib kerana kawasan itu menjadi sarang pelacur, penagih dadah, samseng dan pelbagai kegiatan buruk lain. Bagaimanapun, sekali-sekala, saya melintasi juga kawasan itu kerana urusan yang tak dapat dielakkan. Semasa melalui kawasan ini, saya melihat sendiri warganya yang beraneka ragam, termasuk pelacur, maknyah dan penagih dadah yang sibuk dengan kegiatan masing-masing.
 
Kini, setelah lebih 30 tahun melintasi kawasan berkenaan, saya dapati kegiatan serupa masih berleluasa, seolah-olah ia bebas daripada pemerhatian pihak berkuasa. Malah, pada siang hari pun, pelacur dan pondan kelihatan begitu bebas beroperasi dan mencari pelanggan di kaki lima.

Saya sering bertanya kepada diri sendiri, apakah pihak berkuasa tidak tahu tentang pelbagai kegiatan tidak senonoh yang wujud di situ. Kalau mereka tahu mengenainya, kenapakah tindakan secara habis-habisan tidak diambil untuk membersihkan tempat itu daripada segala macam manusia yang mengancam keselamatan orang lain? Kalau orang biasa macam saya pun tahu tentang apa yang berlaku di tempat itu, mustahil pihak berkuasa tidak tahu mengenainya! Kenapakah mereka tidak komited untuk membanteras segala macam kejahatan yang wujud di situ?  


6 comments:

rusna wana said...

kawasan hitam - x boleh nk buat apa dah..

story of my life said...

geli plak baca artikel nie...

aqishah said...

hurm... kena tangkap pun beroperasi semula... ntahla nak basmi kena btul2 serang... biar btul2 terhapus..

Sarah Naiema said...

Sepatutnya kawasan sebegini sentiasa diawasi dan dipantau oleh pihak berkuasa.. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenangnya melepaskan atau tidak abik peduli kegiatan buruk nie.. Tu adalah tanggungjawab mereka untuk m'banteras masalah nie supaya tidak b'larutan...

Tanpa tindakan yang diambik mungkin akan memberi kesan buruk terhadap kehidupan dan generasi kite yang akan datang...

Kalu orang luar tau tempat tu fames dengan kegiatan2 yang buruk tentu lagi Pihak berkuasa lebih m'getahuai cuma mereka tidak m'gambil tindakan saja..

Mungkin pihak berkuasa patut m'yekat kegiatan buruk nie awal2 dan sentiasa memantau kawasan tersebut supaya tidak melakukan kegiatan yang buruk tu lagi..=)

amiraliyana said...

diorang pun dah tak larat nak buat apa dah kot. semakin di banteras semakin menjadi. ohhh

Wan_hazel said...

pihak berkuasa tahu semua nie...kegiatan nie lah salah satu ekonomi Malaysia..dia orang tak kacau punya...tutup sebelah mata je..aiyoyo..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...