Followers

Tuesday 1 March 2011

Nostalgia

Zaman kanak-kanak adalah antara detik terindah dalam hidup ini. Rugi rasanya jika tidak berkongsi pengalaman dengan semua.  Bila ditanya perkara yang hendak difokuskan dalam blog, D.OMI, terus terbayang nostalgia yang sering mengusik hati ini.

Lama mencari tapak untuk berkongsi pengalaman dan akhirnya diberi kekuatan untuk melahirkan di sini.  Kecil-kecil dulu apabila guru, kawan-kawan dan saudara mara bertanya hendak jadi apa?.  Pada mulanya cakap hendak jadi polis. Besar sedikit perasan cantik, dah hendak jadi pramugari.   Bila masuk sekolah menengah dan menjadi ahli Sidang Redaksi, perasan pula hendak jadi pemberita.  

Ditakdirkan Allah s.w.t, sememangnya berjaya ke UiTM dalam bidang Sebaran Am (Kewartawanan).  Kerja sebagai pemberita di Berita Harian.  Asyik bertugas malam, maklumlah budak baru, kena buli le. Tidak mendapat restu bapa, lapan bulan berhenti dan masuk kerajaan.  Selama 23 tahun menjadi Pegawai Perhubungan Awam pelbagai kementerian.  Akhirnya sekarang di Bahagian Penerbitan – balik asal kerja menulis.  

 







D.OMI – Syukur akan ketentuan rezekiNya.  Yang penting membuat dengan terbaik dan penuh keikhlasan.

11 comments:

story of my life said...

rezki kurniaan Allah...kita hanya mampu merancang DIA menentukan ..Aminnn

rusna wana said...

dulu masa kecik bercita2 nk jadi pramugari sebab selalu terbang di awan biru..tiap2 pagi mesti melompat2 sebab nk jadi tinggi..hehee..tp ke bidang library juga jadi pilihan sebab suka baca buku..

U.Omi said...

apa pun pekerjaan kita...janji buat terbaik dan mendapat keberkatanNya - D.Omi

Sarah Naiema said...

Cita-cita tu penting jugak sebagai satu dorongan untuk kite rajin berusaha untuk mendapatkannya..

walau apa2 pon, segala2 nya telah ditentukan olehNya..Kite seharusnya bersyukur dan sentiasa mendapatkan keredhaan dariNya..^^

Alhamdullilah, Sara minat dalam subjek kimia dan b'cita2 ingin m'yambung pelajaran dalam bidang Kimia.. Akhirnya hajat termakbul sebab dapat course kejuruteraan kimia.. Skrg nie, Sara b'cinta2 ingin m'jadi chemical enginner yang b'jaya pada masa akan datang ..InsyaAllah..=)

amiraliyana said...

kecik2 dulu memang macam2 nak jadi. last2 dapat kos lain daripada cita2 yang nak jadi dulu. terima ja la. dah rezeki ke arah tu kan..

Wan_hazel said...

Hobi dan cita cita tu berbeza beza..Wan blajar elektrik kuasa..Tapi hobi lebih kepada graphic design..dan rezeki Wan lebih kepada kerja design2 nie...Sampaikan satu masa nanti Wan mungkin tak taw nak pilih kerjaya mana..Bila dah puas berusaha(belajar) selebihnya serahkan kepa Allah..Rezeki sorang sorang lain kan..ehehhe..

Berusaha dan tawakal je..And gud luck utk kerjaya OMI

Anonymous said...

ok la tu...da stabil balik,,,hehe

padlie said...

Memang kalau kita tengok, selalunya cita-cita waktu kecil tak menjadi kenyataan. Macam-macam cita-cita yang ada tapi bila semakin matang minat kita akan berubah mengikut masa.

Di mana pun kita berada akhirnya, itu la yang terbaik untuk kita..

Wan_hazel said...

segala gala nya ditentukan dengan usaha dan berkat dari orang tua..

Anonymous said...

semuanya da tertulis dalam qada dan qadar kita hanya mampu merancang dan berusaha untuk cita2 yang kita impikan tu....

kalau x usaha mana nak dapat kan...
kalau x bersusah2 dahulu macamana nak senang kan...

berakit2 ke hulu...berenang2 ke tepian...
bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian ;p

Wan_hazel said...

mana dtg buah kalau tak tanam pokok..semua nye kene berusha...kalau baik baja nye baik lah buah nye..tp kene juga ambek taw faktor persekitaran..kita merancang dan Tuhan yg menetu kan..redha dgn ketentuan Nya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...