Perkara ni bukan benda baru. Dah lama berlaku. Sebelum saya mula tubuhkan blog lama hinggalah blog baru tersebut bertapak lebih setahun. Saya perhatikan fenomena ni makin menjadi-jadi. Saya tak pasti jika ada blogger yang menggunakan istilah lain. Tapi saya gunakan istilah ni khas untuk blogger yang menjadi kaki buli atau yang pernah jadi mangsa buli dalam blog.
Apa itu Buli dalam BLOG? Ini pendapat saya, ya. Setuju atau tidak, terserah. Buli ni lazimnya kita kaitkan dengan tabiat suka menjatuhkan hingga mampu memalukan dan mencederakan si mangsa. Boleh jadi dalam bentuk fizikal, penulisan dan lisan. Dalam konteks Blog, kesan yang paling ketara dirasai si mangsa ialah perasaan malu dan rasa tertindas.
Kaki buli Blog lazimnya menggunakan perkataan provokasi dan gemar memutar belitkan kenyataan/fakta. Mencetuskan keraguan, salah faham, kemarahan dan dendam di kalangan pembaca. Apa yang dikatakan buli itu ialah, kecenderungan meletakkan gambar, alamat pengenalan mangsa samada ID blog, facebook dan lain-lain bahan privasi mangsa.
Lazimnya yang terdorong jadi kaki buli BLOG ni terdiri dari blogger yang dah punya tapak sendiri. Agak terkenal. Punya kroni masing-masing. Pentingnya kroni ni, bila satu entry dihasilkan. Maka berderet-deret komen masuk menyokong secara membuta tuli kata si pembuli tersebut. Tanpa menyelidik hakikat sebenar. Secara tak langsung, para pengkomen ini pun bersuhabat dalam aktiviti buli ini.
Steddy: Pernah melihat atau alami situasi ini? Jauhi diri kita dari menjadi pembuli Blog!
