Followers

Tuesday 15 May 2012

Kaunter Buku PDN Diserbu




  

Gara-gara diserbu oleh penduduk di sini, sempena Karnival Komuniti 1Malaysia(K1M) Peringkat Negeri  Kelantan, kakitangan Bahagian Penerbitan Dasar Negara (BPDN) tak menang tangan untuk memenuhi setiap kehendak dan permintaan mereka yang berkesempatan mengunjungi gerai BPDN. Senario ini menjadikan mereka sibuk melayan pengunjung yang berpusu-pusu hadir bagi mendapatkan buku, risalah, potret dan sebagainya yang boleh didapati secara ‘percuma’.Tak kira peringkat umur sama ada kanak-kanak, remaja atau dewasa, kaunter BPDN sentiasa dikunjungi oleh pengunjung-pengunjung Karnival K1M yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hinggalah ke malam.        

Penulis sedang melayan pengunjung –pengunjung yang hadir ke kaunter BPDN untuk mendapatkan risalah, buku, dan sebagainya


K1M yang bermula pada 3 - 5 Mei 2012 telah disempurnakan pelancaran oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 4 Mei 2012 bertempat di Padang Pusat Sivik, yang dihadiri lebih kurang 70,000 orang. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan antaranya  pameran oleh agensi kerajaan dan badan berkanun yang memberikan perkhidmatan,  gerai jualan IKS tempatan, gerai Komuniti 1Malaysia, pameran oleh agensi di bawah KPKK, gerai sektor swasta dan NGO, ruang interaktif berkonsepkan permainan, persembahan kebudayaan pelbagai kaum, senam seni 1Malaysia , konsert  PENTARAMA,  persembahan nyanyian oleh  artis-artis yang didatang khas dari Kuala Lumpur antaranya Awie, Aris Ariwatan, Elina, Jefrydin dan banyak lagi.

K1M adalah satu pertubuhan sukarela yang telah ditubuh bagi membantu kerajaan menyebarkan maklumat rasmi kerjaaan di dalam sesebuah komuniti. Penubuhan K1M ini adalah menjurus kepada gagasan  Malaysia di mana ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum di dalam negara ini.   Pelancaran K1M adalah merupakan platform kerajaan untuk menyampaikan maklumat melalui ‘social service’  dan pendekatan pemimpin bersama rakyat bersesuaian dengan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.  

  
Raduan: Jangan lupa serbu Kaunter Buku PDN di Sambutan Himpunan Sejuta Belia 2012 di Putrajaya 23-27 Mei ini!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...