Followers

Friday 27 January 2012

Artis Sabah

Hari ni Cik Bibiran pilih topik yang ringan sikit fasal artis Sabah yang telah berjaya melonjakkan nama di persada seni.  Maklumlah, Cik Bibiran ni pun suka hiburan juga.

Kalau mahu dihitung, ramai juga artis dari Sabah yang telah berjaya menjadi ikon di Malaysia ni.  Tapi ada juga yang mula-mula panas kemudian suam-suam kuku then hilang macam tu saja.

Sekarang ni pun kalau yang betul-betul popular, sapa lagi tak lain dan tak bukan si cilik yang lincah dan berbakat, Stacy.  Juara Akademi Fantasia 6 itu  membuktikan bahawa artis pertandingan realiti tv bukan setakat bintang mi segera semata-mata malah boleh mengorak langkah yang lebih jauh.

Kemudian, beberapa artis Sabah lain yang boleh dikatakan masih laku di persada hiburan ni si seksi Marsha, Adam AF, Azharina Azhar dan yang terbaru yang juga merupakan naib juara Akademi Fantasia 8, Adira.


Kadang-kadang Cik Bibiran terfikir juga ke mana perginya Felix, Ebi, Yazir dan yang lain-lain tu.  Cik Bibiran perasan kali terakhir tengok Ebi dalam filem Sayang You Can Dance. 

Jadi, Cik Bibiran harap artis-artis Sabahan ni biarlah meneruskan perjuangan mereka di dalam seni hiburan. Ok, Cik Bibiran mahu rehat kejap sambil layan lagu si Stacy, Kasanova… Bye-bye….  



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...