Bicaraku pada seorang teman, “Maafkanlah masa lalumu. Setiap daripada kita sering melakukan khilaf. Apatah lagi orang itu adalah darah daging kita sendiri.”
Lalu teman itu mengatakan, “Aku tak boleh memaafkan bapaku. Ia terlalu sukar bagiku untuk memaafkannya.”
Sambungnya, “Aku membesar tanpa perhatian dan kasih sayang darinya. Aku merasa terasing apabila dia pulang semula ke pangkuan kami.”
Nilailah semula tentang kehidupan kita ini. Manusia mana yang tidak melakukan kesilapan. Sekali pun ada sekelumit perasaan marah terhadap orang yang kita sayang – maafkanlah. Kerana dengan memberi maaf itu kita akan merasa lebih tenang.
CikPanda: mohon maaf sebab dah lama tak berkongsi cerita dengan kawan-kawan yang kita sayang. Insya Allah lepas ni kita akan berkongsi banyak cerita ye!
No comments:
Post a Comment