Followers

Wednesday, 7 September 2011

Muhasabah Diri Selepas Ramadhan


Selamat Hari Raya Aidil fitri dan salam kemerdekaan  kepada kawan-kawan semua. Selamat menjalani ibadah puasa sunat 6 hari di bulan syawal. Kawan-kawan, Ramadhan telah meninggalkan kita, hari-hari yang penuh berkat itu akan kembali semula bila menjelangnya Ramadhan yang baru. Pandangan yang menyejukkan mata dan menggembirakan jiwa dengan iringan manusia  tidak mengira tua atau muda berjalan seiringan melangkahi kaki menuju masjid  untuk melaksanakan solat terawih,  kini, tiada lagi kelihatan.  Yang menyedihkan apabila berlalunya Ramadhan maka berlalulah segala amal ibadah yang baik yang kita lakukan dibulan yang mulia itu.  Kini timbul kembali aktiviti atau amalan yang berunsurkan laqha (sia-sia) seiringan dengan berlalunya Ramadhan.  Ini disebabkan ada di antara sebahagian masyarakat islam yang beramal kepada Allah hanya pada bulan Ramadhan sahaja.  Bila saja bulan Ramadhan berakhir maka berakhirlah pula hubungan dengan Allah.  Mereka merasa berat untuk melangkah kaki ke masjid, tidak mahu membaca lembaran-lembaran kitab suci al quran, tidak membasahi lidah mereka dengan takbir dan tasbih. Seolah-olah Allah hanya disembah dibulan Ramadhan sahaja, sementara pada bulan-bulan yang lain ia tidak perlu disembah dan diberi perhatian.  Kita seharusnya mengelakkan diri dari bersikap sedemikian.

Kawan-kawan semua, kita perlu muhasabah diri dengan merenung kembali kualiti  puasa yang telah kita laksanakan disepanjang Ramadhan yang lalu. Kita patut merasa bimbang adakah amalan kita di bulan tersebut diterima atau ditolak oleh Allah.  Dan apakah ianya benar-benar berjaya melahirkan ketaqwaan, cahaya keimanan dan obor ketauhidan  dalam diri kita bahkan berjaya dipertingkatkan dan semakin menebal. Sekiranya sedemikian, ia menjadi petanda bahawa amalan kita diterima Allah.  Ini jelas dalam setiap ibadah yang kita lakukan.  Jika tiada peningkatan antara amalan sebelum dan selepas malahan bertambah teruk fahamlah kita bahawa amalan puasa kita belum mencapai tahap yang dikehendaki sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud:

`Ramai orang yang berpuasa yang tidak mendapat kebaikan dari puasanya melainkan lapar dan dahaga semata-mata dan ramai yang berdiri malam (dengan solat) namun tidak mendapat ap-apa melainkan letih berjaga malam’ 

Doa dan harapan agar semua amalan kebaikan kita semua diterima oleh Allah SWT.   
PS Mubin menyeru pada diri dan kawan-kawan semua agar kita sama-sama berharap dan berazam dengan bersungguh-sungguh semoga amalan dan kemenangan di bulan Ramadhan yang lalu akan kita jadikan asas untuk kita menapak lebih jauh menuju keredhaan Allah SWT.

 








       PS Mubin :  Doa dan harapan semoga amalan kita diterima oleh Allah SWT….Amin


1 comment:

rusna wana said...

Muhasabah diri adalah perkara yg terbaik selepas ramadhan ini - walaupun ramadhan tela berlalu tapi sama2lah kita merenungkan saat indah ketika ramadhan itu ( kta berpuasa, solat terawaih, amal jariah dan sedekah, tadarus al-quran ) marilah kita sama2 teruskan..

Sebab apa? Sebab Allah tidak pernah mensia-siakan segala kebaikan yang kita buat walaupun seberat zarah sepertimana firman-Nya dalam surah az-Zalzalah ayat 7 dan 8;

"Maka barangsiapa mengerjakan kebajikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat(balasan)nya, dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat(balasan)nya. Malah jika kita ikhlas berbuat kebaikan semata-mata kerana-Nya diganjarkan pahala kepada kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...