Followers

Friday 19 August 2011

Walaupun Motosikal Kapcai Tapi Ada Nilai


Sebut saja motosikal kapcai ni terbayang betapa daifnya status motosikal itu.  Tapi apabila memikirkan kesesakan traffic di Kuala Lumpur ni alangkah berharganya motosikal itu.  Kenapa PS Mubin berkata begitu? Andainya anda tinggal di KL dan bekerja di KL tentu fahamkan.

Pertamanya motosikal dapat menyelesaikan masalah kesesakan jalanraya..apa tidaknya. Kereta, lori, bas dan macam-macam lagi spesis  kenderaan terperangkap  dalam kesesakan kita yang bermotosikal ni dengan bangganya cilok-cilok saja di celah-celah kesesakan itu tanpa rasa stress. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ni kesesakan amat luar biasa berbanding dengan bulan-bulan yang lain.  Yang paling seronoknya nak tau motosikal ni tak ada had laju…anda berani cubalah…..yang penting anda kena ada prinsip `Pandu Cermat Jiwa Selamat’.

Walaupun orang kata bermotosikal ni  kalau hujan basah kuyup, panas pula kulit jadi  hitam. Tu semua bukan alasan konkrit untuk tidak bermotosikal.  Nak tau lagi kelebihan bermotosikal di KL ni.  Ia amat senang untuk ke mana saja, parking senang, masa jimat, wang lagi jimat berbanding kereta.  Maintenance pula tak seberapa. Kalau dijaga rapi, terutamanya minyak hitam, plug, angin tayar, PS Mubin pasti motosikal anda boleh bertahan lama.

Walaupun segala-galanya senang dengan bermotosikal di KL tapi PS Mubin pun nak ingatkan juga.  Nak bawa motosikal tu biarlah penunggangnya ada lesen, road tax pula ok tak tamat tempoh, motosikal hak milik sendiri, pinjam-pinjam tak main la dan akhir sekali patuhi ah arahan keselamatan di jalanraya. Kalau semuanya ok,  Jom kita bermotosikal ke tempat kerja atau mana-mana destinasi di KL ni.   

 




PS Mubin:  Bila menunggang motosikal di KL rasanya bebas nak ke mana saja  tanpa memikirkan kesesakan lalu lintas.

9 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Betul tue..dgn bermotorsikal mengelakkan kesesakkan jalanraya....tol pon xyah bayar!Jimat betul..tp yg payahnya klu time hujan...adusss

rusna wana said...

rata2 setiap orang mesti ada motor kan...banyak kegunaanya kenderaan ni..time2 kesesakan atau nak cepat tu boleh lah gunakan motor...
mcam suami saya, kalau hari jumaat tu dia bawa motor pergi kerja sebab bila nak keluar sembahyang jumaat, senang nak parking, takdelah sesak..
time2 petang tu boleh lah bersiar2 dengan motor..hehee..
so, jangan pandang hina kepada orang yg bermotor, sebab motor ni banyak juga maanfaatnya..

I`am ..... said...

sgala bagai bleh jimat,,,

Unknown said...

nana takot nengok remaja terutama golongan lelaki bawak motor kat KL. ikut suka je nak celah..risau pun ada takut benda buruk berlaku..huhu..apapun setiap kenderaan ada kelebihan and kekurangan masing2:)

Joel Leslie said...

Ia amat senang untuk ke mana saja, parking senang, masa jimat, wang lagi jimat berbanding kereta. <-- sngt setuju dngn ayat ni :)

motosikal is actually jauh lebih baik drpd kenderaan yg besar, in my opinion.

Anonymous said...

penunggang motosikal nam pak lagi cool dari pemandu kereta la..hehehe...

Wan_hazel said...

teringat zaman 2005 dulu..pergi sekolah guna kpcai..best sgt bab spring kapcai nie lembut...hehehe

aqishah said...

mmg betul tu KL kalo ade motor hidup pun senang je x yah fikir sesak lalu lintas terus main cilok jer...

tapi apa2pun nasib baik kwsn rumah ke tmpt keje x de jammed sangat.. okey jer la x der stress sgt pun.. kalo lambat sbb banyak traffic light.. hohohoho

rusna wana said...

tapi tuk penunggang motor tu, berhati2lah di jalan raya..jgn nak cilok2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...