Followers

Monday 22 August 2011

Tokoh Akademik Britain Iktiraf Kualiti Pendidikan Di Malaysia


Salam 1Malaysia,


Baru-baru ini, Cikgu Bedah ada terbaca satu berita yang amat mengujakan biarpun tatkala ini ramai yang beranggapan institusi pendidikan di Malaysia ini masih jauh ketinggalan ke belakang. Walhal, saban tahun, banyak kemajuan yang dikecapi oleh golongan pendidik dan para pelajar di Malaysia pada masa kini.

Tak hairanlah, jika Cikgu Bedah terbaca artikel ini dan meleret senyum hingga ke pipi. Bangga juga bila orang luar memuji kehebatan dan mengiktiraf kualiti pendidikan negara kita. Tentu anda nak tahu, apa artikel yang Cikgu Bedah baca tu,kan.

Berita umum di BERNAMA, pada 18 Ogos lepas, menurut Naib Canselor Antarabangsa University of East London (UEL) Prof John Shaw, tokoh akademik  Britain pendidikan itu, bidang pendidikan yang berkualiti tinggi di Malaysia telah berjaya menarik minat ramai pelajar asing untuk melanjutkan pengajian di negara ini. Malaysia telah mencapai tahap sebagai hab pendidikan yang berkualiti tinggi dan hakikat ini dapat dilihat apabila begitu ramai pelajar dari seluruh dunia seperti China, Nigeria dan Kazakhstan melanjutkan pengajian di universiti dan kolej universiti di Malaysia.

Sebab itulah, Britain tak putus-putus beri sepenuh sokongan padu dan komitmen untuk terus melabur dalam bidang pendidikan dan yakin kerjasama rapat antara Malaysia mampu melonjakkan kemajuan bidang pendidikan kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi.

Justeru, Cikgu Bedah berharap kita semua perlu berbangga dengan pencapaian dan usaha yang telah dilaksanakan kerajaan pada masa kini untuk kesenangan dan menjamin kualiti hidup rakyat.









 Cikgu Bedah: Teruja setiap kali orang luar melihat kehebatan 1Malaysia!



5 comments:

Wan_hazel said...

skang nie semua org luar nak blaja kat Mlaysia..tapi kerajaan kita suka sgt hantar pelajar Mlaysia ke luar..camne alk tu

aqishah said...

yup... rasa berbangga bila org luar mengiktiraf negara kita sendiri.. bravo la.. kualiti pendidikan kita taraf antarabangsa...

rusna wana said...

bangga dgn pendidikan di Malaysia..orang luarpun boleh iktiraf, itu menandakan Malaysia telah maju dan terkenal..
tak payahlah nk study kat luar negara lagi, Malaysia sudah setanding dgn negara maju lain..

Cikgu Bedah said...

wan hazel:, kerajaan tak hantar semua pun cuma bg course yg kritikal mcm medic n tesl. coz nk cedok kemajuan negara luar so that can adapt kat sini. berbaloi2. kira 2 in 1 la..cuma, jgn pegi yg xdiiktirf kerjn msia, haruu nnti

rusna: betul kata awak tu. blaja d msia pun dh canggih n setaraf negara luar, tp perlu cedok lg ilmu dr negara luar n apply di sini..bukn meniru tp menmbhbaik

aqishah: bangga juga bergelar graduan malaysia.. n tabur lah bakti di negara tercinta ini

Unknown said...

haruslah kita semua bangga sebagai rakyat Malaysia:) kat u nana pun memang ramai pelajar asing. nak cakap pun kena speaking. kadang belit jugak lidah neh. hehe...tapi seronok ada kawan dari negara luar, bukan saja dapat tambah kenalan, dapat jugak kongsi ilmu dan tahu tentang budaya masing2:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...