Followers

Tuesday 2 August 2011

Mari Rapatkan Hubungan Ibu Bapa dan Anak


Anak adalah aset kepada ibu bapa. Namun ramai yang mengakui, masa bersama anak-anak semakin terbatas dek kesibukan dengan tugas seharian. Walau sesibuk mana pun kita, anak-anak tidak seharusnya dibiarkan, terutama anak-anak yang semakin meningkat remaja dan memerlukan perhatian!

Untuk post kali ini, Mummy akan berkongsi tips rapatkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak.

Rancang percutian dalam masa tiga bulan akan datang.
·         Bincang bersama keluarga mengenainya, dan pastikan destinasi yang dipilih bersesuaian dengan minat serta usia anak-anak.

Rancang aktiviti keluarga pada hujung minggu
·         Antara aktiviti yang sesuai untuk merapatkan hubungan seluruh keluarga seperti berkelah, berjoging, bermain bowling, berkaraoke atau menonton wayang.

 
Senaraikan beberapa lokasi yang boleh dituju dalam kembara sehari
·         Jadikan acara ini sebagai aktiviti bulanan. Pastikan setiap ahli keluarga mengambil bahagian dalam perbincangan untuk tentukan lokasi dan aktiviti yang akan dilakukan.

Perkenalkan malam tayangan gambar di rumah
·         Pilih filem yang sesuai ditonton oleh setiap ahli keluarga, malapkan lampu seperti di panggung wayang dan sediakan sedikit makanan ringan supaya anak-anak selesa.

Adakan jamuan
·         Jamuan tidak semestinya diadakan hanya ketika ada sambutan, ia boleh diadakan sekadar suka-suka untuk menggalakkan ahli keluarga berkumpul dan bergembira.

Main permainan bersama anak-anak
·         Tidak salah ibu bapa turut bersama anak-anak bermain monopoly, saidina, congkak atau permainan video.

 







Mummy: Moga tips di atas mampu merapatkan kembali hubungan ibu bapa dan anak-anak! 

11 comments:

rusna wana said...

seronok dpat meluangkan masa dgn anak2 dan family tercinta..dapat meluangkan masa dn mengeratkn hubungan kekeluargaa...

tapi bab nk melancong kemana2 ni, kenalah ada perancangan awal - supaya semuanya berjalan lancar..terutamanya budget ..

Anonymous said...

tengs mummy share tips gini...

nanti bole apply...
ajak mak n ayah tengok movie sensama hehehe

Wan_hazel said...

makan semeja pun dah boleh rapatkn hubungan keluarga kan..kalau yg mampu leh lah ekot beberapa tips dalam entri nie bg yg tak mampu lak bawak lah anak2 bercucuk tanam ke..kan kan

aqishah said...

merancang cuti bersama dapat mengeratkan kasih sayang keluarga..

gi shopping sama2 pun best gak.. hihihihihi

balik kampung pun bole gak.. :P

Azie Azman said...

family azie praktikkan jugak point kedua, ketiga and keempat tu..
kalau main ramai-ramai selalu main carom :)
sebab semua kaki carom..
rindu rumah pulak rasa..huhu

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

tip2 g amat berguna tuk pasangan suami isteri yg telah mempunyai anak2..

IntaNBerliaN said...

bagus tips ni..

anak saya kecik lagi.. tapi saya sentiasa main dgn dia sebab saya yang jaga dia sepenuhnya.. hihii

INNANIE ARIFFIN said...

Keluarga merupakan tunjang kepada kejayaan seseorang. keluarga yang harmoni dan sakinah mampu membentuk anak-anak yang cemerlang. anak-anak sebeginilah yang boleh menaikkan lagi martabat agama bangsa dan negara!

Unknown said...

thanks mummy share tips ni:) nanti dah kawen leh la nana apply...hehe....ayah nana tak suka jalan sangat, so jarang la pergi bercuti,tapi balik kampung tu selalu..hehe....memang best lah balik kampung hujung2 minggu satu family:)

amiraliyana said...

bulan ramadhan ini juga insyaAllah kalau kena gaya dpt jugak merapatkan hunbungan sbb wktu berbuka mmg kita akn mkan sekali.. :)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Biasanya anak2 nie rapat ngan ibu masing2..sbb ayah nie biasanya sibuk dgn kerjaya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...