Followers

Tuesday 19 July 2011

Vandalisme




Vandalisme merupakan satu aktiviti yang melibatkan perbuatan merosakkan sesuatu benda yang merupakan hak peribadi mahupun hak awam sehingga menyebabkan kerosakan fizikal yang kekal terhadap benda tersebut. Dewasa kini, didapati gejala vandalisme ini begitu berleluasa sehinggakan pihak berkuasa terpaksa mengadakan berbagai-bagai langkah pencegahan dan kempen-kempen kesedaran bagi mengelakkan gejala tidak bermoral ini berterusan dan menyebabkan negara mengalami kerugian berjuta-juta ringgit. Aktiviti menconteng dinding dan papan-papan iklan, merosakkan telefon awam, menyalahguna tandas awam , dan sebagainya sering kali dapat kita saksikan di sekeliling kita. Saban tahun, gejala ini begitu merunsingkan akibat tiadanya kesedaran terhadap semangat kekitaan terhadap harta benda awam yang disediakan oleh pihak berkuasa. 

Selain menyusahkan pengguna-pengguna lain, vandalisme terhadap harta benda awam juga akan menyebabkan persepsi negatif terhadap pelancong-pelancong asing yang berkunjung ke negara ini. Antara kempen kesedaran yang dilakukan di negara kita contohnya adalah seperti kempen yang bertemakan `Bandar Selamat, Rakyat Sejahtera' sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia di Malaysia dalam usaha melahirkan persekitaran bandar atau pekan yang moden dan selamat untuk didiami, bekerja dan melakukan kegiatan harian untuk semua orang.Ia menunjukkan langkah pihak berkuasa meningkatkan kesedaran awam dalam mencegah masalah salah laku vandalisme dan jenayah yang semakin meruncing dan serius. Dalam usaha mengurangkan jumlah jenayah dan mengatasinya daripada terus berleluasa, perancang bandar perlu sedar kepentingan inovasi dalam penyediaan susun atur perumahan dan bangunan daripada aspek keselamatan dan jenayah.

45 comments:

rusna wana said...

Vandalisme adalah merosakkan harta benda awam oleh golongan yg tidak bertanggungjawab..

vandalisme ada di mana2...
- iaitu merosakkan kawasan sekolah, menconteng kedai2, conteng tandas, merosakkan taman permainan, pondok telefon jadi mangsa juga..

Apa komen kawan2 pula..?

Wan_hazel said...

dah bermacam2 kempen dah..dari sekolah rendah sampailah ke alam pekerjaan..kita didedahkan dgn semua nie..tp masyarakat kita bila hilang pertimbangan diri mula lah melakukan perkara yg tak betul..nak hilangkan stres jawapan nya..padahal banyak lagi cara nak hilangkan tekanan nie..


bila satu masa ditanya..dia org akan jawab untuk suka suka..da jadi hobi..bende nie lahir dari rohani mereka yg kurang didikan moral dan agama..

rusna wana said...

Betul tu Wan Hazel - pengaruh rakan sebaya adalah penyumbang masalah ini juga. biasanya budak2 ni buat keja vandalisme ni dlm kumpulan..mcm conteng kedai2 tu - mereka ni sebenarnya kreatif tapi tak tahu nk serlahkan ke'kreatif'an mereka tu...

amiraliyana said...

betul tu wan hazel.. kempen pun tak guna kalau tak dak tindakan yg sepatutnya ke atas vandalisme..

bukan hanya conteng dinding, telefon awm juga dirosakkan.. menyusahkan pengguna.. sesuatu yg ralat rasa kalau kita ada hal penting dan msa nk guna telefon awm rosak plak.. telefon bimbit plak tertinggall..

harap msalah ni dpt di bendung dnegan segera..

Anonymous said...

kalau dinding2 yang mereka conteng tu dilukis mural mesti x nampak kotor kan...

ye la...mural kan berseni....tapi ada ke orang yang suka-suka nak lukis mural tanpa dibayar...

kat sekolah dulu cikgu-cikgu ambil tindakan melukis mural di dinding2 yang dikenalpasti menjadi tootonan umum...supaya orang x nampak vandalism dalam sekolah tu...

apa kata buat gini jugak...hehe...ada la jugak kerja budak2 yang tengah cuti sem tu dari makan tido aja.. ;p

Wan_hazel said...

rusna wana


a ah ..betul tu..kreatif tak bertempat..skang nie kerajaan dah wat satu tempat utk conteng2 nie..tp tetap gak ada yg mconteng dinding2 bgunan..

Wan_hazel said...

amiraliyana


tak leh nak bendung bende nie...sebab dah jadi satu tabiat masyarakat kita turn temurun..

padlie said...

kalau dulu orang conteng dinding suka-suka je.. tapi sekarang ada yang conteng dinding sebagai seni. Pernah dengar pasal graffiti? Walaupun ia suatu seni, pelaku tu lupa yang dia sedang merosakkan harta benda awam.

Selain daripada merugikan kerajaan atau pihak yang berkenaan, perbuatan vandalism turut menyusahkan orang ramai terutamanya ketika kecemasan (perlu telefon awam atau tandas awam). Bila kita tak kena susahnya, kita tak kisah.. Kalau dah kena tak habis menyumpah..

Azie Azman said...

daripada buat vandalisme, baik lukis mural..
lagi berfaedah..
macam apa yang ada dekat kl ni..
dekat longkang2 besar, kan boleh lukis mural..
haa..conteng la puas2 dekat situ..

rusna wana said...

PADLIE: hari tu penah tengok budak2 UiTM buat graffiti tu - cantiklah - sekejap je dorang buat dah jadi 1 permandangan...just guna beberapa warna jer..

Unknown said...

nana kalo ngk dinding2 bangunan kena conteng, selalu terpikir..masa bila diorang conteng2 tu semua...tak takot ke orang keliling pandang..huhu..apa motif ntah dok conteng2...lagi teruk bila pondok tepon abes rosak diorang wat...

Unknown said...

wan hazael : wan pernah tanya diorang eh? hehe...boleh pulak suka2 kan...

yup! setuju kalo diorang kurang didikan agama n moral...diorang tak pikir benda diorang buat tu boleh nyusahkan org laen...buruk kn imej negara kte pun ye...abes dinding2 bangunan sana sini kena conteng

Unknown said...

kaseh suci : aah kan ,bagus jugak idea tu..at least tertutup apa yg diorang conteng tu:) sekolah nana dulu pun banyak lukisan mural gitu...cantik..nana xde bakat nak melukis2 neh:)

rusna wana said...

nampaknya, pihak kerajaan kena lah buat tmpat utk anak2 remaja ni menunjukkan kreativiti masing2...

Buat/bina 1 tempat macam dewan futsal tu..so, mereka adalah aktiviti nk buat bila cuti2 sekolah ker, lepas habis sekolah ker..

ok tak idea ni..?

amiraliyana said...

wan hazel: itu la pasal.. hope pihak yg bertanggungjwb dpt buat sesuatu utk membendung masalah ni.

amiraliyana said...

azie azman: betul tu.. ada faedah gk lukis mural tu..

amiraliyana said...

padlie: graffiti? tak pernah dengar.. dpt satu info baru dah ni..:)

betul! sokong dgn saudara padlie sbb menyusahkan kita sbb tu kita jd ralat.. npa la tak rosakkan telefon rumah sendiri.. kalau rosak pun dia yg tak bleh guna tak la menyusahkan kita kan..hehe

Wan_hazel said...

kaseh suchi


ahhaha...kalau dah hobi tak perlu dibayar kot..asalkan ade tempat nak melukis..macma tak biasa lak ngan bebudak kita skang nie..mana boleh tengok yg sempurna..mesti nak wat yg lebih2...yg bagu dibagus kan lagi...dibguskan bagi dia orang bagi kita tak de makna pun..mencemar je..

Mungkin tu cara mereka nak luahkan sesuatu..vandalisme dengan berzina(buang anak)..vandalisme lagi bagus..hahaha..eh eh yeke??

Wan_hazel said...

padlie


ahli grafiti skang nie dah diberi tempat khas..dan dia org melukis berseni tak cacatkan pemandangan..teringat wan tentang artikel rakan 1 klik seblum nie mengenai grafiti nie..

kalau di negara luar jadi tarikan pelancong..

vandalisme dari segi lain memang lah merugikan kerajaan dan pihak2 lain..kita sebagai pengguna pun susah..Bila telefon awan tak dapat guna..marah lah kita kan..dalam marah tu kita lak yg siap hempas2 telefon waan tu..hahaha..kan kita gak jadi vandalisme nie..ahahah..

pape pun bende nie dah jadi tradisi

Wan_hazel said...

Azie Azman


setuju...tapi vandalisme bukan sekadar conteng dinding kan..ke kerajaan nak buat tempat untuk org vandalisme nie..satu tempat di mana dia orang tu boleh hancurkan barang sesuka hati..heehe

Anonymous said...

azie azman...

betul tu..daripada tengok longkang2 tu diconteng dengan perkara2 tidak menyenangkan, lukisan mural dapat menambah seri persekitaran kat situ

Wan_hazel said...

setuju dengan kaseh suchi dan azie azman...

azyatun said...

hi semua

mencelah juga ni..
kita sedia maklum gejala vandalisme ni agak sukar dibanteras bukan?
jadi pada pandangan saya daripada membiarkan budaya ini berleluasa apa kita minta pihak2 berkenaan menyediakan papan/dinding khas siap dgn tools sekali di kawasan2 awam supaya orang yang gemar "vandalisme" ni mencoretkan kreativiti mereka di tempat yang lebih sesuai..siapa tahu hasil seni mereka akan dihargai ^*

Unknown said...

azyatun : hi! hehe....yup....betul tu....sediakan tempat khas untuk diorang coretkan kreativiti mereka...pastu boleh buat pameran kan...kan orang hargai wat macam tu:)bukan sesuka hati je pergi conteng kat dinding2, bangunan apa semua kan...

rusna wana said...

betul tu AZYATUN - so, pihak kerajaan memainkan peranan penting ini dengan menyediakan tempat khas utk anak2 muda yg gemar menconteng dan serlahkan kekreativitan mereka kat tempat ni nanti...

Cikbintang said...

vandalisme terang2 kita tahu mksdnye merosakkn hrta bnda awam.....kdg2 dorg xde niat pon..tp da jd habit tgn xley duk diam..ade je bndanye nk drosakkn.....tp psl wt grafiti tu...cikbintang rasa dorg ade bakat..cuma harus ketmpt yg spttnye aje..=)

Wan_hazel said...

azyatun

vandalisme nie bukan menconteng dinding je..yg rosakn telefon awan tu pun kerajaan kene wat telefon awan untuk dirosakkan ke??ehehhe

Wan_hazel said...

nanakimie

wan tak setuju sgt..koz vandalisme nie bukan conteng dinding je..hehehe..camne nak wat pameran dengan barang2 rosak??ahhaha

Wan_hazel said...

rusna wana


pihak kerajaan mesti berkerjasama dgn pihak tertentu baru leh elakkan semua nie...ambik tindakan dan buat byk lagi aktiviti untuk remaja...aktiviti yg menarik..contoh nya pertandingan yg enarik..futsal,bowling bolas epak..semua tu lah..baru leh elakkan remaja merosakn harta benda awan..ehehe

Wan_hazel said...

cikbintang

wan setuju dgn cikbintang...betul tu...

aqishah said...

anak2 muda zaman skrg tiada kesedaran sivik itulah sbb diaorg sesuka hati vandalisme apa2 harta benda awam utk kepuasan dan keseronokkan diri. apa kata kalo anda ternmpk budak2 yg tgh cuba vandalisme harta benda awam ni kita tangkap je bawa ke balai polis biar diaorg sedar skit dan bagi pengajaran yg perbuatan mereka itu salah.

Ummu Ukasyah said...

Ummi sedih tengok anak-anak muda yang gatal-gatal tangan menconteng kemudahan awam. Contohnya tempat duduk dalam bas, pintu tandas awam, perhentian bas, telefon awam. Macam-macam tulisan kreatif mereka tinggalkan, nombor telefon, nama pasangan, dan paling tak boleh tahan tulisan kata-kata mengata dan menyumpah orang. Hrmm..

vandalisme ni sebenarnya tak patut terjadi. Sebagai seorang ibu, ummi amat takut kalau anak ummi bakal buat benda ni nanti. nauzubillah min dzalik.

Pendidikan oleh ibu bapa di rumah adalah amat penting dalam melahirkan anak-anak yang berdisiplin dan tidak terjebak dengan budaya vandalisme ni.

Semua ni bergantung pada diri individu tersebut, sejauh mana mereka prihatin terhadap kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan.

Didik macam mana sekalipun kalau diri sendiri dah tak boleh dididik, jenayah vandalism ni tetap akan menjadi penyakit yang bakal merosakkan imej rakyat malaysia.

Merosakkan harta benda awam adalah jenayah kecil yang akan menjadi besar jika kita sendiri tidak menjadi rakyat dan warganegara yang bertanggungjawab.

Semoga anak-anak kita menjadi insan yang soleh, cemerlang, terbilang dan gemilang. amin.

IntaNBerliaN said...

kadang2 terfikir juga, apa la yang best sangat merosakkan harta benda awam.. kadang2 tu sampai mencarut dengan menconteng dinding.. tak senonoh

Wan_hazel said...

aqishah

macma mana nak tangka kalau ramai??hehehe,,dia org nie kene berlembut sikit.kalau bkeras lagi lah mengganas...remaja kan..nak je mangganas tak kira tempat...bukan sennag nak handle remaja nie..wan taw sebab wan pun masih remja.tp tak lah sampai rosakn harta benda awan..hehehe

Wan_hazel said...

Ummu Ukasyah


a ah...kalau masuk je dalam bas mesti ade je pkataan i love u u love me..ahahha..ape je lah kan..

anak anak setinggi mana pun didikan yg kita beri kalau mereka dah tersilap pilih kawan dan jalan akn rosakn jugak..sebab tu lah kita harus pantau dan kurang kan kperccayaan kita terhadap mereka.

jgn terlalu percaya kat anak2..selidik dlu sesuatu tu..mana lah taw mereka tipu kita kan..

so ibu bapa harus ambik perhatian kat anak2..baru lah vandalisme nie berkurangan

Wan_hazel said...

IntaNBerliaN


intan nak taw best ke tak..try dulu...akan dapat kepuasan taw..cuma tempat je yg salah...intan g conteng bilik tu cepat..eheheh

Unknown said...

wan hazel : adeh..wan neh...tu kira salah satu langkah pencegahan lah...sebab tu nana setuju dgn azyatun..hehe....yang rosak kan harta benda awam tu laen cerita..ambek langkah laen pulak:)

Unknown said...

sis aqishah : hehe..takut pulak nak tangkap diorang..kalo kte ramai2 xpe....kang sensorang kte pulak yg kena belasah..kacau diorang..hehe...

Unknown said...

ummu akasyah : amin...:) macam kalo kat umah, anak-anak kecik yg suka conteng2 dinding lah, lantai lah, kite kena lah bagitaw dia elok-elok kan..dari kecik lah kita kena didik...tapi pengaruh rakan pun ye jgk kan bila dah besar nanti...so, kesimpulannya..diri sendiri yg bentuk akhlak n moral kita:)kita sendiri kena taw mana baek dan buruk ...huhu...

Unknown said...

sis intan berlian : nana pon xtaw apa yang seronoknya..maybe diorang rasa puas kot dapat conteng2..hehe..masa bila lah diorang conteng2n rosakkn harta benda awam tu kan...tak takot ke org keliling pandang..kalo malam n pagi buta pun mesti ada org kan.

amiraliyana said...

setuju dengan azyatun.. bila dah sedia dinding camtu xdak la vandalisme terjadi di tempat2 yg tak sepatutnya contohnya tempat tarikan pelancong. ini boleh menyebabkan nama negara tercemar jugak.

Anonymous said...

kalau kita pikir2 balik sape ye yang nak lakukan vandalism ni...
xkan budak sekolah kot..dorang mesti pegi sekolah...
mesti dorang2 yang ngah xder kerja kan...melepak2 sambil conteng2
agaknya nampak COOL la kan conteng2 tu..ketuk2 telefon awam...'p

ayat standard kat dinding yang diconteng
'dudu was here 2011'
hehehe....

Wan_hazel said...

nanakimie

hahaha..a ah lah kan..salah satu langkah tu...wan setuju lah kalau macma tu..ehehe

Wan_hazel said...

amiraliyana

betul tu,,,wan pun setuju..jg nama baik negara kan..

Wan_hazel said...

kaseh suchi


budak sekolah yg ponteng tu slalu wat...org bkerja pun kdg2 wat gak..hilangkan stress

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...