Followers

Wednesday 27 July 2011

Tips Menjaga Anak Demam II


Entry yang lalu Mummy dah maklumkan fakta mengenai demam. Kali ini, kita sambung lagi topik demam kita, tapi kita fokuskan pada tips menjaga anak yang demam. Selamat membaca!
·      Beri anak anda minum banyak air kosong.
Demam menyebabkan kanak-kanak banyak kehilangan air dalam badan, dan demam yang berpanjangan boleh mengakibatkan kekurangan air dalam badan.

·      Pakaikan anak anda baju daripada fabrik nipis dan ringan
Pastikan pakaian yang dipakai mempunyai aliran udara baik.

·      Jangan paksa anak anda makan.
Kanak-kanak akan hilang selera makan apabila tidak sihat. Biarkan mereka menentukan bila dan apa yang ingin dimakan.

·      Timbangkan pemberian ubat
 Pemberian parasetamol seperti diarahkan doktor adalah langkah selamat. Ia boleh membantu membuat kanak-kanak lebih selesa dengan mengurangkan demam dan melegakan pelbagai kesakitan atau ketidakselesaan fizikal lain yang dialaminya.

·      Beri antibiotik yang disyorkan
Antibiotik mesti diambil semuanya mengikut preskripsi untuk mengekalkan keberkesanannya. Tindakan tidak menghabiskan antibiotik ini boleh menghasilkan bakteria lebih berdaya tahan dan menyebabkan jangkitan berulang.

·         Menjaram atau meletakkan tuala sejuk di atas dahi
Ia boleh mengurangkan demam. Tuala sejuk yang diletakkan di bawah lengan atau pangkal paha boleh menyokong keberkesanan ubat menurunkan suhu badan.
·         Simpan jangka suhu (termometer) di rumah
Termometer di rumah perlu supaya lebih mudah mengukur suhu badan anak dengan tepat, dan bukan berdasarkan sentuhan tangan saja.



 









Mummy: Moga tips ini sedikit sebanyak membantu dalam menjaga anak yang demam!

16 comments:

Unknown said...

selalu akak nana kalo anak dia demam memang cepat2 pergi klinik. ambek ubat..kadang doktor bagi antibiotik.memang berkesan lah..tapi budak2 susah nak makan ubat..terpaksa jugaklah pegang badan dia nak bagi makan ubat:)kadang susah sangat ayah nana masuk ubat ikut dubur je..

rusna wana said...

Mummy - kalau anak demam, ibu2 lah yg gelabah - sebab takut dgn anak demam ni, klu tak prevent awal2 & diberi pnjagaan yg baik semasa demam boleh mengundan pelbagai komplikasi ..
Smoga tip-tips diatas boleh membantu sy dan ibu2 diluar sana..

aqishah said...

bagus tips2 tersebut... bkn senang nak menjaga anak demam ni... kekedg kita kena kuat dan tau langkah2 apa yg patut d buat sekiranya berlaku kecemasan... pastikan suhu demam berkurangan barulah lega skit.

Wan_hazel said...

budak budak nie slalu tak nak mam ubat so terpaksa lah masukn ubat melalui bontot..kan kan..masa kecil2 lah ..skang nie tak de lah..

Anonymous said...

hehehe...
boleh la curik terometer kat lab taruk kat umah...hehehehe

em...biasa ibubapa risau anak x makan kan...baru kite tau x payah paksa mereka...
yela...kena paksa lagi la hilang selera kan...

ag satu kite tertarik tips yang suh pakai fabrik yang ringan tu...biasa kalau demam mesti nak pakai tebal2 nak selimut bertingkat2 kan...upanya macam tu x mengalirkan udara..terima kasih pada zarra untuk tips yang berguna ni

Anonymous said...

nana: comelnya baby kena paksa makan ubat..hehehe...
anak buah kite sangat suka makan ubat...x demam pun dok mintak ubat...tu pun bahaya..sampai kena sorok un=bat dari dia...

Unknown said...

kaseh suchi : hehe...pelik bin ajaib neh anak buah kaseh:) memang bahaya lah kan, tak demam pun nak makan ubat..hehe...kena letak ubat tempat tinggi2 la..kang habis dia capai:)

aqishah said...

masa anak sy umur bwh 2 tahun asyik geleng2 x mo mkn ubat.. siap luah kuar balik lagi.. huhuhu

skrng ni bukan main senang jer makan ubat.. kalo x sakit pun minta makan ubat... hihihihi

so bagi vitamin jer la.. mmg suker tul makan ubat skrng ni

Wan_hazel said...

kaseh suchi


hahaha..curi termometer yg panjang tu...hahaha...yg tu lambat nak detect haba lah...wan rasa lah..

Wan_hazel said...

armouris

tengs kalau boleh jgn letak link macm tu kat komen blog taw..koz nanti google akan detect SPAM...dan Blog Rakan 1 klik nie akan diremove ..PIhak admin rakan satu klik harus tapis dulu komen..harap ambik perhatian dgn bende nie kalau nak BLog rakan 1 klik bertahan lama..

Sekadar pendapat untuk dikongsi..

Wan_hazel said...

nanakimie


hahaha...nan mesti macm tu gak kan...mase kecik2..eheheh

Wan_hazel said...

aqishah

sepupu wan pun macam tu gak...vitmin pun sebotol dia oleh habiskan...ehhehe

amiraliyana said...

yg simpan termometer kt rumah tu selalu dok bca kt blog mummy2 dorg salu syorkan simpan termometer kt rumah untuk pantau suhu badan anak2.. memang wajib ada kt rumah..

Wan_hazel said...

amiraliyana

a ah kan amiraliyana..betul tu..

IntaNBerliaN said...

thanks bg info ni... kebetulan pulak, anak saya memang tak berapa sihat pun.. mungkin nak demam kot.. sebab nak tumbuh gigi... mnaklumat ni memang berguna la bagi saya... thanks tau

Azie Azman said...

azie pernah jaga adik demam masa cuti dulu..
apa azie buat ialah bagi dia minum air banyak2 and nanti dia akan buang air pun banyak..
suhu badan akan cepat turun :)
alhamdulillah, sehari je baik :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...