Followers

Wednesday 6 July 2011

Seni Mengkritik – Teori Burger


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
  
Kali ini CikPanda ingin berkongsi mengenai seni mengkritik. Selalu kita melihat atau mendengar cara sesetengah pengkritik mengkritik sehingga memalukan orang yang berkenaan. Jadi, bagaimana cara sebenarnya kita boleh mengkritik?

Seni mengkritik yang saya maksudkan adalah dengan menggunakan Teori Burger. Teori ini saya peroleh ketika menyertai Toastmasters Club yang mengajar saya berucap dan setiap kali menyampaikan ucapan dalam tempoh masa yang diberikan, seorang penilai akan menilai dan memberikan komen atau kritik dengan menggunakan Teori Burger ini.

Cara mengkritik menggunakan Teori Burger ini adalah dengan menggunakan tiga lapisan informasi iaitu yang pertama pujilah usaha yang telah dilakukan oleh orang yang berkenaan. Kemudian, berikan kritikan yang membina seperti memaklumkan kekurangan atas usaha yang dilakukan. Akhir sekali, berikan pujian dalam bentuk kata-kata perangsang yang sedikit sebanyak dapat memberi motivasi kepada seseorang itu untuk meningkatkan lagi prestasinya pada masa depan.

Dengan cara ini, orang berkenaan tidak dimalukan tetapi sedikit sebanyak akan terkesan untuk memperbaiki dirinya menjadi lebih baik lagi.





CikPanda: Ok, sampai jumpa lagi.

24 comments:

amiraliyana said...

teori burger= cakap berlapis2 ya?

terima kasih atas perkongsian ni. mungkin dapat di gunakan untuk kebaikan bersama..:)

Ummu Ukasyah said...

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit dan baginda juga menegaskan,

‘‘Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah.”

Dalam Islam, teguran itu perlulah dilakukan secara berhati-hati supaya tiada perbalahan berlaku. Tetapi teguran masa kini boleh menyebabkan perbalahan. Betulkah? Apa sudah jadi?..Kita menegur bukan sahaja untuk meengetahui dimana kelemahan kita malah perkongsian sesuatu turut di terjemahkan dalam teguran. Konsep Islam ini semakin lupa dan semakin hilang dek kerana ego manusia....

Teguran juga harus dilakukan secara berhemah..bukan dengan menghentam orang..itu bukan menegur namanya... itu macam nak cari nahas je..silap hari bulan, boleh berbalah...elakkanlah....huhuhu..jangan kerana setitik nila, rosak susu sebelanga...tak pasal-pasal yang tak terlibat, turut terlibat jugak...emm...ketika menengur itu, gunalah perkataan sepatutnya..janganalah menceluparkan keadaan...boleh menimbulkan pergaduhan.... Bagi mereka yang berilmu, kemana letaknya akal yang lebih baik untuk berfikir ketika menegur....

Firman AllaLh S.W.T:

Maksudnya:
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad),engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (tentang kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang yang bertawakkal kepada-Nya.'
(surah Ali-Imran : 159)

zarina said...

semalam tengok desparate housewives cakap pasal teori sandwich.. adik-beradik la ni :)

Anonymous said...

waaa...xsangak mengkritik pun ada seni...
bukan main redah ja kritik a.k.a kutuk apa yang orang tu buat upanya,,hehehe

tapi kalau ikut step macam ni x nampak macam kita sedang kritik orang tu kan..

kitorang penah kena kutuk giler2 kat lecturer kata kitorang x study ntuk jawab tutorial,,,memang pedas woo...satu kelas nangis kena kritikan yang tidak berseni dari beliau..hehehehe

ni nak kena kasi dia baca tulisan CP ni,,ahaks

CikPanda said...

amiraliyana,

mudah-mudahan semua yang membaca blog ini akan mendapat manfaatnya. war-warkanlah kepada kawan2 yang lain.

terima kasih daun keladi.

Azie Azman said...

memang kita kena buat macam ni pun kan?
supaya orang tu tak 'moral down'..
azie rasa cikgu-cikgu kat sekolah kena guna teori ni la..
baru student rajin nak belajar..
tak gitu? =D

padlie said...

Rasanya agak wajar Teori Burger ni diterapkan kepada semua kakitangan awam terutamanya P&P.. Bukan apa, bila kita menilai orang dan memberi komen, kadang-kadang tanpa kita sedari kita dah mengguris hati orang yang dikritik.. Kita tak berniat pun.. Lagipun nak mengkritik ni ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak..

Wan_hazel said...

hahahha...cik panda betul tu...Wan sebagai tenaga pengajar pun kadang2 boleh terlepas cakap sebab terbiasa dengan gurau yg terlebih2..org boleh terima kritikan kalau dia boleh terima guruaun Wan..tapi kdg2 ada yang terus diam macm wan nie kecilkan semngat dia..


Yep betul tu Kritikan yang membina adalah suatu yang amat penting dari kritikan yang menjatuhkan org..macm Yang wan cakap tadi..Kritikan nie ada sesetengah yang boleh terima..Dan ada yang tak boleh..Tak kisah lah guna teori burger ke kek lapis ke..Minda manusia nie berlainan..bila kita kritik dengan cara bagus pun akan ada org akan cakap kita nie "macamlah bagus sangat"


Ada manusia akan anggap niat yang baik kita adalah sesuatu yang menjatuhkan dia..

Dan ingat..kritikan yang tegas perlu jugak..sebab ada yang tak makan saman dengan kritikan yang berseni nie..Betul tak cik panda???

lain padang lain belalang.

Unknown said...

owh,nk kritik pon ada teori yer cik panda...baguskan teori beger neh...kalo maen kritik je cian jugak kat orang yang kena kritik tu...huhu....slalu rncangan realiti gitu lah kan:)

Aidah said...

sesungguhnya 'megkritik' dengan cara yang amat berhemah amatlah dialu-alukan. mengkritik dari sudut yang positif..

abazilah said...

ohh , saya tak suka kan orang yang mengkritik tu hanya pandang dekat satu sudut . kadang-kadang macam dalam rancangan realiti dekat tv kan , ada saya tengok ada juri-juri kritik hanya pandang dekat satu sudut .

sedangkan kadang-kadang orang itu ada kelebihan dekat sudut lain .

rusna wana said...

pada pendapat saya; mengkritik itu adalah baik, tetapi mestilah kena pada tempatnya - cuba pendekatan yg baik supaya tidak menjatuhkan maruah seorang..dan orang yg dikritik itu, kenalah berfikiran positif dan menerima kritikan dngan hati terbuka supaya dapat meningkatkan diri ke arah yg lebih baik...

rusna wana said...

tapi ada org yg tak suka dikritik - dia ingat dia dah pandai sangattttt...dan dia ingat, smuanya dia yg betulll...

Wan_hazel said...

rusna wana


hahaha..betul tu..tapi ada yang mengkritik rasa macam dia bagus sgt..semua yg dekat dunia nie dia taw..sakit hati betul...Wan ada kawan yg macam tu..menyampah

Anonymous said...

yang penting jaga diri supaya yang mengkritik tidak berasa bongkak bila mengkritik yang lemah...

kalau da bagus takpe la kritik2 orang...kalau belum nak bagus lagi jangan la kritik orang x boleh buat apa yang kita sendiri x mampu nak buat...

nanti orang cakap
'apa ni kak...nak kritik2 kite itu tak kena ini tak kena..akak buat lah sendiri'
masa tu jangan menyesal melepaskan kritikan yang melampau atau ekstreme...hehehe

kata orang kata-kata yang keluar dari mulut manusia lebih tajam dari mata pedang...hehehe

Wan_hazel said...

terlajak kata mana boleh diundur..so cakap tu mesti lah berlapis2 kan..seni kritik nie penting tapi jgn sampai meninggi diri...dan ingat kita tak taw pun ..mana lah taw org tu saja nak uji kita...kang tak pasal2 malu..

Unknown said...

setuju dgn sis rusna wana...p'kritik perlu guna pendekatan n cara yg baek..and yg dikritik jgk sentiasa terbuka utk terima kritikan supaya dapat perbaiki lagi...tapi jgn la pulak org yg kritik tu maen hentam abes-abesan...kena lar jaga maruah masing2....

Unknown said...

wan hazel, hehe...sapa tak menyampah kan orang macam tu..bajet bagus...kritik tak ingat dunia:)

Wan_hazel said...

hahaha..a ah nana..bajet dia tahu segala..lepas tu sruh buat..hah...ternganga tak taw pape..cakap biar serupa bikin..ehehe..melebih lak wan nie

Unknown said...

hehe...emo sekejap isu kritik2 neh:) yelah kan...krtik cket2 cukuplah..mcm hebat sangatje nk krtk org lbh2...aah, ble suh buat mula ternganga...haha...

Wan_hazel said...

hahaha...biasalah tu..pihak atasan slalu macma tu lah..kita yg jd pihak bawahan lak yg susah..kdng2 tu apa yg kita wat semua salah..bukan nak kritik dengan berhemah..tp kutuk habis habisan..

aqishah said...

teori burger bunyinya sama macam perkataan kritikan membina kan..

sume org pasti malu kalo dikritik secara kurang baik... ia sama sprt menjatuhkan air muka seseorg.

suka tgk cara juri mengkritik rancangan mari menari.. mereka bijak mengkritik membina spya peserta terus melakukan yg lebih baik lagi..

Wan_hazel said...

aqishah


itulah..ade yg jenis akan kritik ikut sedap mulut je..tanpa ambek peduli tentang maruah org tu...

IntaNBerliaN said...

a'aa cara mengkritik ni memang betul pun.. saya pun buat macam tu tapi tak tahu pulak ia dipanggil teori burger.. hihii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...