Bahagian Pertama: Mengumpul Duit.
Setahun yang lalu, MK sudahpun menempah tiket ke Seoul beramai-ramai bersama Mak Bonda, Mak Dara dan Anak-anak Dara. Semuanya 1Kepala dan 1Jiwa di mana kami benar-benar mahu bercuti, jauh dari kerja dan hehehe.....apa yang penting hendak lari dari kaum laki. Penat... Nak rehat jugak. Betul tak?
Tiket Tambang Murah ni kalau betul kena tarikh dan masanya memang betul-betul murah. MK dan rakan-rakan dapat membeli tiket hanya RM360 pergi dan balik. Benarlah kata Tan Sri Tony Fernandes, beliau telah menggunakan Blue Oceon Strategy dalam mempromosi pemasaran dan memberi peluang dan ruang bagi yang tidak mampu. Menurut beliau, “To be recognised as among the world’s most creative people in business is an honour for me and my colleagues at AirAsia, Team Lotus and Tune Group.”
Oleh kerana persaingan harga tambang sihat inilah maka, golongan seperti MK mampu terbang dan mampu bercuti. Benar-benar “Harga Mampu Milik.” Bukan seperti iklan jualan “Rumah Mampu Milik” yang diiklankan. Memang kami merupakan golongan yang tidak mampu untuk membeli rumah tersebut walaupun dengan ‘harga runtuh’ seperti yang ditawarkan oleh pemaju. Mahal benar...Sampai tujuh keturunan pun belum tentu habis bayar. Lainlah bagi orang-orang yang mendapat ‘tanah percuma’ bagi tempoh 999 tahun. Sudah pastilah ‘mereka’ akan hanya mencari modal untuk membuat rumah yang boleh tahan berkurun-kurun kerana mendapat ‘hak milik kekal’ untuk keturunannya. Memang berbaloi-baloi. Itupun ‘mereka’ masih tidak bersyukur. Manusialah namanya. Cubalah jadi manusiawi yang mencintai Dunia dan Akhirat. Ingatlah bahawa tiada 1pun yang akan kekal di dunia ini.
Di pejabat MK ada dua orang pakar dalam halni. KW & KY. Selalunya MK akan merujuk kepada mereka terlebih dahulu. Umpama kata bidalan, Jangan malu untuk bertanya nanti sesat jalan. Berguru Kepalang Ajar, Bagai Bunga Kembang Tak Jadi. Bagus sungguh pepatah orang-orang lama. Cuma kita sahaja yang berlagak dan ego. Al-maklumlah pepatah orang muda sekarang, Semuanya Adaaa.. Macam-macam Adaa. Memanglah semuanya ada zaman sekarang, dan memanglah dalam zaman sekarang banyak yang pelik-pelikpun ada.
Walaupun kita muda, jangan lupa pesan orang lama, “Sesiapa yang belajar ilmu tanpa berguru, maka, syaitan adalah gurunya.” Begitulah resam duniawi. Duniawi. Duniawi.
Sebenarnya, MK nipun jenis duniawi juga. Nak tengok duniawi sementara ada di dunia. Itu sebablah MK sentiasa mengingatkan rakan-rakan untuk hidup berjimat-cermat. Walhal, MK jenis boros jugak. Dalam keborosan hidup ini, MK tetap menabung demi hari mendatang. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Apa yang penting selama setahun jugalah kami mengikat tali perut kerana hendak mengumpul duit, sebabnya, kami hendak berbelanja sakan di Seoul nanti. Beli banyak broach ler katakan. Katanya, di sanalah syurga membeli-belah. Ada kain silk, beg tangan kulit yang cantik-cantik dan yang paling best adalah Winter Sonata. Itu yang menyebabkan MK bersungguh-sungguh membuat persiapan bercuti selama setahun. Al-maklumlah MK bukan orang kaya. Hanya kaya budi bahasa sahaja. Janji kaya dan bukan kaya roti.
Mana nak cari duit? Apalagi main kutu-kutu ler jawabnya. Walaupun kutu-kutu seumpama dengannya telah diharamkan. Ialah yang haram tetap haram. Nak buat macam mana. Tapi, kutuni taklah haram kerana tak ada riba. Kutu Bulan namanya. Maka, setiap bulanlah kami akan dapat kutu. Apa yang penting tiap-tiap bulan buat bayaran ansuran. Janji Ibu Kutu kita orang bukan seperti kutu Labu Peram dan bukan kutu kepala. Kalau kutu kepala rasanya MK kena botakkan jugak kepalani. Membiakkk... macam zaman kanak-kanak dulu. Heee.. nasib zaman dah moden. Ubat kutu telah banyak di jual di farmasi.
Ok. Oleh kerana MK perancang percutian dan kepala kutu, maka, MK dah siap-siap letakkan geng bercuti pejabat MK yang akan dapat duit kutu ngam-ngan tarikh kami ke Seoul. Jadi, lepaslah duit bayaran Agensi Pelancongan. Itulah caranya mengumpul duit bercuti. Janganlah ingat kami ini selalu ke luar negara sebab kami terima duit yang haram. Berdosa menfitnah orang tau. Bercuti-cuti jugak jangan pula terlupa apa yang hendak ditinggalkan sebelum kita hendak bercuti. Laksanakan yang wajib, cover sebelum bercuti. Ingat pesan MK.
MK: Ingat Dosa Ingat Pahala. Nantikan Bahagian Kedua: Tragedi Di LCCT
18 comments:
best MK dpt berjalan2 ke luar negara - klu sy pula, tunggu anak2 dah besar dulu - ada rezeki boleh pergi dgn kawan2..
Skrg tengah byk promosi tiket2 murah - a big thanks to AIRASIA - kerana everyone can fly...memang betullah tagline AIRASIA tu..
seronok boleh pergi ke winter sonata tu..wan lak teringin nak study kat sana..Insya Allah nak sambung pengajian kat sana nanti..leh lah ber winter sonata gak...ehehe..
Berbelanja pun perlu berjimat kan..dan respek lah dengan MK koz buat perancangan awal awal..Jujur Wan cakap..Kalau Wan memang tak leh Wat perancangan awal2 nie..Sebb Wan suka kerja last minit..Bergantung jugak lah dengan keadaaan..Kalau perlu merancang dgn lebih awal..Insya Allah akan diusahakan..
Syurga membeli belah..Wan pun ada tengok kat Majalah3 ,.kat sana semua barang yang cantek2 dijual di jalan jalan je..boleh lagi nak tawar menawar dgn mereka..Sapa yg pandai berbahsa mereka tu lagi lah dapat byk keuntungan kan..MK blajar lah bahasa dia org ..ehehhe..
Sebelum pergi kene lah perkemaskan diri dan tunaikan apa yg wajib dulu..betul2...
korea.. memang satu negara yang menjadi idaman ramai untuk ke sana.. utk melancong..
bukan kerana cuacanya saja tapi di sebabkan apa yang ada di sana membuatkan orang tertarik2 untuk pergi ke sana..
dengan di katakan syurga membeli belah lagi.. bahkan sebab artis2 korea jugak wlaupun ke sana belum tentu akan jumpak artis korea kan..hehe tapi di sebabkan pengaruh kuat artis korea tu jugak menyebabkan ramai ingin ke sana.. mereka bagai agen pelancongan negara mereka..=)
tahniah kpd MK kerana membuat persiapan yg begitu awal dan rapi sekali. tentu tiada masalah bila tiba masa untuk berlepas..
p/s: satu hari nanti mahu menjejakkan kaki ke sana jugak.=)
woaaa...
okey la tu..sikit2 lama2 jadi bukit...
sikit2 lama2 dapat merasa pergi korea...
MK sempat pegi konsert k-pop x? hehehehe
mulut orang kalau nak mengata duit haram ke., duit palsu ke, bukan kita boleh kawal kan...
mereka xtau kita kerja penat macaman pun...
yang mereka nampak masa dah ada duit...
masa ngah susah xda pulak nak tolong kan..manusia memang begitu MK..
sambung2 nak tau apa ada kat korea jugak...kot la ada sape2 nak ajak kite main kutu babon jugak bole la pegik sana kan..
wah, bestnya..betul tu MK....janji kita guna duit yang halal...bukan kita merompak pun kan....tabik lah dengan MK:) sanggup tu alas perut setahun sebab nak kumpul duit nak pergi Seoul..hehe..syurga membeli belah yer?memang nak shoping sesangat tu....mujurlah nana neh bukan kaki shoping:)
mak nana pun suka main kutu neh....kutu vantage lah, kutu tupperware lah..so, nanti ikut giliran, bulan neh orang tu dapat set tupperware, bulan depan orang tu pulak:)seronok jugak kan macam tu...at least lekat jugak duit tu
wah gi korea murahnyer... teringin sgt2 nak gi tmpt winter sonata pulau nami tu..
suka ngan bahasa yg d gunakan oleh MK.. semua saya setuju..
simpan duit dr sekarang.. pas tu bole gi shopping yeah...
amiraliyana
k pop memanjang je dah kat Malaysia kan..so ade gak lah tarikan pelancong ke sana...Untung2 dapat jumpa artis..law tak tak lah kan..hahaha..ade ke artis nak kua jenjalan..
Semoga amiraliyana dapat ke sana suatu hari nnti..jd lah macma MK..wan prangcangan awal...
kaseh suchi
lepas nie kita main kutu lak..ahahha...kutu babon kan..Alahai semua minat k pop ke?/wan je lah yg minat m pop..hahaha..
kaseh suchi kita kumpul duit dari blog je lah kan..hehehe
nanakimie
kumpul duit untk dapat sesuatu tu dah terbaik dr kita meminjan duit org kan..pimjam2 tapi nak bayar susah..pura2 lak lupa bila dah dpt gaji tu...meminjam nie susah ..pinjam sennag nak bayar tu susah..
nana ape kate nan lak main kutu tu..hahah..dulu masa sekolah menengah ade lah gak main nie..seronok..ehehe
aqishah
yeah...simpan duit untuk raya je kita nie..ehhehe
wan hazel : adeh, k-pop2 lagi lah nana tak taw..haha..yup!betul tu, dah bagi pinjam buat2 lupa nak bayar..kita yang bagi pinjam neh pun segan nak mintak hutang....so, better usaha sendiri kan, tapi kalo da terdesak sangat nak buat macam mana, pinjam je lah, janji bayar balik.
mmg minat giler drama korea ni.. so teringin sgt kalo dapat jejakkan kaki ke korea... asyik tgk kat tv jer.. cantik kan korea?
tulah nak spend duit melancong ni banyak woo... ntah bila la ni..
tunggu durian runtuh la... hahahaha
nanakimie
kalau terdesak tu pinjam je kan..jnji ingat hutang tu...bagi wan designer nie...kadang2 org berhutang tu buat2 lupa lak nak bayar...wan nak minta bayar pun macma malu je...hm..manusia biasalah kan
aqishah
hahaha..tunggu durian runtuh lah kan..baru leh melancong..law tak pun menabung lah untuk melancong..ehehhe,,utamakn yg pnting dulu menabung tabung haji je..ehehhe
amboi wannn...bisnes maju ka lani,,, bole la blnja kitorang kat sini pegi korea jugak
hehehe...
nana...kalau duk umah kite memang akan tau macam2 kumpulan k-pop...
adik kite minat giler....
laptop penuh ngan vdeo k-pop...
sampai kite pun terpengaruh sama..hehehe...
m-pop blom tengok g la....
tu la kan,,main kutu ni kalau kawan2 yang senang nak membayar seronok la..kalau x....
penat la jadi along hehehe
kaseh suchi
ahahha...boleh lah kaseh utk duit poket study...tp yg payah tu org tak reti nak byar...wan diamkan je lah...faham2 lah kan..wan sendri yg malu nak tanya dia org..
ahahha...nak g korea???kaseh lah blanja...wan ikut je
saya tak pernah jalan jauh.. naik flight pun tak pernah.. jangan kata naik, sentuh kulit kapal terbang tu pun tak pernah.. hahaaa
wan hazel : wan charge bank-in ke topup? wan suruh jela diorang belanja topup kalo da malas bank-in sangat...cakap je...t penat wan je design cantik-cantik, diorang sesenang tak bayar
Post a Comment