Followers

Tuesday 19 July 2011

Jujur dan Lurus


                                                                                              Sumber: ILuvIslam.com

Sifat ketujuh ialah Sifat benang orang. Sifat ini sebenarnya berkaitan dengan sifat jujur dan lurus. Sifat ini pada pandangan KakBa memang sudah banyak terhakis dalam masyarakat moden hari ini. Kebanyakan individu pada hari ini bukan sahaja tidak jujur dengan orang, malah ramai juga tidak jujur pada diri sendiri. Mencari manusia yang dikatakan lurus pada hari ini umpama mencari kuman di tengah padang pasir. Manusia hari ini banyak yang ‘kaki putar’ yang kononnya merupakan tuntutan zaman moden. Orang yang lurus sering dikaitkan dengan orang lurus bendul yang bakal dibuli oleh orang lain. Orang yang lurus juga akan di panggil dengan gelaran Pak Pandir. 

Dalam apa juga keadaan perkara pokok yang harus diberi perhatian ialah jujur pada diri sendiri. Sekiranya seseorang itu jujur pada dirinya sendiri, dia akan takut untuk melalukan satu kesalahan. Perbuatannya akan seiring dengan apa yang diungkapkan. Apa yang terkeluar dari mulutnya adalah sebenarnya apa yang dirasakan di dalam hatinya. Kejujuran pada tahap ini memang sukar kita temui pada zaman moden ini kerana banyak manusia pada zaman ini ‘lain di mulut lain di hati’. Perbuatan baiknya mengharapkan ganjaran yang ingin dilaba. Perbuatan ini menyebabkan ada orang yang benar-benar ingin melakukan kebaikan akan dianggap juga ingin mengharapkan balasan. Ungkapan yang sesuai kita renungi bersama ialah “Lurus bagai benang arang, lurusnya menahan bidik, jujurnya menahan uji, sepadan takah dengan tokohnya, sepadan lenggang dengan langkahnya, sepadan ilmu dengan amalnya, sepadan laku dengan buatnya, sepadan cakap dengan perangainya, sesuai kulit dengan isinya, sesuai lahir dengan batinnya”.

 







 KakBa: Apa yang penting ialah jujur pada diri sendiri…

19 comments:

rusna wana said...

Betul kata kak ba - kita harus jujur pada diri sendiri dulu - apabila dia jujur pada diri sendiri, maka hatinya akan sentiasa jujur dan pada orang lain pun dia akan jujur juga...

Jujur dapat membentuk manusia saling percaya -

Oleh sebab itu, Allah menyuruh orang-orang mukmin agar selalu berkata benar dan berlaku jujur. Ini diperintah oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud:

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang jujur dan benar. (al-Ahzab: 70)

Jika kita berlaku jujur sesama kita, pasti kita akan mendapat keberkatan daripadaNya

“Kamu semua wajib bersikap jujur kerana kejujuran akan membawa kepada kebaikan dan kebaikan akan membawa kepada syurga”. (HR Ahmad, Muslim, at-Tirmizi, Ibnu Hibban)

Wan_hazel said...

a ah betul tu..mula2 kenelah jujur pada diri..baru lah kita jujur pada persekitaran..zaman modern nie..byk kaki belit..cakap memang setinggi gunung..walhal kejujuran tu tak pernah ada pun..selok belok kehidupan sapa yang pandai cakap..dia lah yg terhebat sehingga lupa pada batas agama dan hilang rasa jujur tu demi mengejar duniawi..

amiraliyana said...

ya yang paling penting jujur kepada diri sendiri baru kita rasa bersalah nk buat sesuatu yg tidak amanah..

bosan bercakap dengan org 'putar alam'.kebenaran dah terbuka dpn mata sapa mau percaya lg..^^

Wan_hazel said...

amiraliyana


org macma nie slalu tikam batu sorok tgn..

padlie said...

Kita kena berkata benar walaupun kebenaran itu pahit.

Kak Ba, saya kurang faham apa tu sifat benang orang. Apa kaitan benang dengan jujur? Benang arang tu macam mana?

Maaf la bertanya, saya ni kurang pandai sikit ilmu bahasa..

Unknown said...

benang orang? nana pun baru 1st time dengar..yang ungkapan bawah tu pun sama....betul tu sis...payah da nak jumpa org jujur sekarang...apapun yg penting kte mmg kena jujur pada diri sendiri...bila kte jujur...orang akan percaya pada kte, sayang dan cinta kte and hormat pada kte..betul tak?:)

KakBa said...

Padlie...orang melayu selalu mengaitkan sesuatu dengan benda yang dekat dengan persekitaran mereka. Benang misal memang sering diungkap dalam perumpamaan seperti menegakkan benang yang basah. Dalam perumpamaan ini juga benang dikaitkan dengan sifat manusia iaitu kejujuran.

Wan_hazel said...

padlie

wan rasa pa yg kakBa nak sampaikn tu "sifat benang orang"..maksudnya org tu tak bermuka muka..jgn jadi talam dua muka ..jujur lah..

“Lurus bagai benang arang, lurusnya menahan bidik, jujurnya menahan uji, sepadan takah dengan tokohnya, sepadan lenggang dengan langkahnya, sepadan ilmu dengan amalnya, sepadan laku dengan buatnya, sepadan cakap dengan perangainya, sesuai kulit dengan isinya, sesuai lahir dengan batinnya”.


ataupun kakba cuba nak sampaikan mengenai apa yg dikatakan tu adalh jujur dari hati..


betulkan wan jika wan salah

Cikbintang said...

benang org?/dr mne prkataan tu sbnanye ek..kita haruslah jujur pd dri kita sdri...spya xde r kita dpt blsn org xjujur ngn kita
tp 3org je yg sy ley jujur n xley tipu dri sdri..
me,myself n i =)

Wan_hazel said...

cikbintang

aahhaa...betul tu..jujur pada diri baru leh jujur pada org...

aqishah said...

JUJUR - x sume org ada sifat mcm ni... bukan bermaksud langsung tak ada tapi dalam dunia yg serba moden ni lagi ramai yang x jujur dari yang jujur.

apapun moga2 kita termasuk dalam golongan yang JUJUR dan LURUS ni. tapi jangan sesekali cuba untuk memperlekehkan org yang memang jujur dan lurus kerana mereka lebih mulia. semoga org yg jujur lebih berhak mendapat tempat. Kebanyakkan org jahat mmg suka menindas org yang jujur.

Ummu Ukasyah said...

Ya benar tu kakba. kita kena jujur pada diri sendiri.

pada pandangan ummi, kalau kita tak jujur pada diri sendiri, maka susah kita nak jujur pada orang lain dan apa yang kita buat.

Contohnya, kalau sekali kita kena tipu, mesti mindset kita dah tak percaya lagi kat orang yang menipu kita.

Jujur bermakna keselarasan antara berita dengan kenyataan yang ada. Jadi, kalau suatu berita sesuai dengan keadaan yang ada, maka dikatakan benar/jujur, tetapi kalau tidak, maka dikatakan dusta. Kejujuran itu ada pada ucapan, juga ada pada perbuatan, sebagaimana seorang yang melakukan suatu perbuatan, tentu sesuai dengan yang ada pada hatinya. Demikian juga seorang munafik tidaklah dikatakan sebagai seorang yang jujur kerana dia menampakkan dirinya sebagai seorang yang bertauhid, padahal sebaliknya. Hal yang sama berlaku juga pada pelaku bid’ah; secara lahiriah tampak sebagai seorang pengikut Nabi, tetapi hakikatnya dia menyelisihi baginda. Yang jelas, kejujuran merupakan sifat seorang yang beriman, sedangkan lawannya, dusta, merupakan sifat orang yang munafik.

Kejujuran sentiasa mendatangkan berkat, dalam hadith yang diriwayatkan dari Hakim bin Hizam dari Nabi, beliau bersabda,

“Penjual dan pembeli diberi kesempatan berfikir selagi mereka belum berpisah. Seandainya mereka jujur serta membuat penjelasan mengenai barang yang diperjualbelikan, mereka akan mendapat berkah dalam jual beli mereka. Sebaliknya, jika mereka menipu dan merahasiakan mengenai apa-apa yang harus diterangkan tentang barang yang diperjualbelikan, maka akan terhapus keberkahannya.”

Ummu Ukasyah said...

Jujurlah pada diri sendiri sebelum kita menuding jari kepada orang lain.

Anonymous said...

Assalamualaikum kak ba..(^_^)

Sifat benang orang..
sifat jujur & lurus memang semakin terhakis di kalangan masyarakat sekarang...nauzubillah...

Semoga kita semua sedar & tidak memandang remeh isu ini.
Seorang individu yang baik dibentuk bermula dari hati & dari dalam dirinya..

Alangkah indahnya dunia kalau semua orang bersifat jujur...(^_^)

IntaNBerliaN said...

saya memang cukup2 tak suka bila orang tak jujur dengan kita.. terpikir juga, takda ke rasa bersalah apabila kita tak bersikap jujur dekat seseorang yang mempercayai kita

Wan_hazel said...

aqishah

jujur nie biar bertempat..sampaikan ade istilah tipu sunat..Wan pun tak taw hukum hakam tipu sunat nie,.tapi kejujuran nie jgn sampai terlalu lurus sgt...

Jgn samapi kejujuran kita tu jadi kekurangan terhadap kita..

Wan_hazel said...

Ummu Ukasyah

betul tu..dalam jual beli nie seharusnya jujur gak...jujur pada diri seterus org lain..macm kisah kisah nabi dalam jual beli barang yg buruk diletak paling atas..dan dibawah barang2 yg baik2..

Wan_hazel said...

Si kOtAk HaTi

memang indah dan pasti balai polis dan mahkamah tak de kan...

Wan_hazel said...

IntaNBerliaN


dah terbiasa kot tu lah jadi tak rasa pape lagi..menipu dah jadi hobi dia org..jalan senang nak ambik hak orang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...