Followers

Friday 22 July 2011

Awas! Pil Pembawa Maut

Kisah kematian seorang ibu tunggal berusia 29 tahun dari Sungai Petani kerana menelan sejenis pil untuk menjadikan tubuhnya lebih berisi sungguh menyayat hati. Berita yang tersiar dalam kebanyakan akhbar pada 17 Julai itu patut menjadi renungan kita semua tentang risiko menggunakan ubat-ubatantanpa merujuk kepada doktor.

Menurut laporan, akibat menggunakan pil itu, tubuh wanita berkenaan menjadi telalu panas, lumpuh dan mengalami pendarahan teruk. Takziah kepada kelurga Allahyarham.

Manusia memang banyak ragam. Yang berisi nak jadi langsing, yang langsing nak berisi pula. Walaupun setiap manusia, lebih-lebih lagi wanita, mengimpikan bentuk tubuh yang menarik, tetapi janganlah sampai menggunakan cara atau ubat-ubatan yang tidak sahih tahap keselematannya. Usah mudah terpengaruh dengan dakwaan seseorang bahawa dia menjadi langsing atau memiliki bentuk badan yang menarik kerana menggunakan pil, jamu atau minuman tertentu. Mungkin benda-benda itu sesuai untuk dirinya, tetapi tidak untuk anda kerana tahap penerimaan dan respons terhadap sesuatu ubat atau supplement (penokok diet) berbeza antara individu.


Walaupun sesetengah orang tidak gembira kerana memiliki tubuh yang kurus, tetapi mengikut trend kebelakangan ini, kebanyakan wanita, tanpa mengira peringkat usia, begitu kepingin untuk bertubuh langsing. Untuk mencapai cita-cita ini, mereka mencuba pelbagai cara agar memiliki tubuh yang tidak tergolong dalam kategori ‘berisi atau gempal’. Selain untuk menjaga kesihatan, ramai daripada mereka berbuat demikian untuk menambah baik penampilan diri. Bagi yang sudah berumah tangga, mereka berbuat begitu untuk mengelak suami daripada mencari wanita lain dan bagi yang belum bersuami pula, faham-faham sajalah tujuannya. Bagaimanapun, tanggapan bahawa semua lelaki sukakan wanita langsing atau kurus adalah tidak tepat kerana ada juga kaum Adam yang sukakan wanita berisi, gempal atau montok. Selera manusia tidak sama!

Oleh itu, kalau anda mempunyai bentuk tubuh yang tergolong dalam kategori gempal, montok atau berisi, janganlah hilang akal hingga sanggup menggunakan pil, minuman atau ubat-ubatan yang tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa kesihatan untuk melangsingkan tubuh. Jangan berasa rendah diri kerana bentuk tubuh begitu juga ramai peminatnya! Lagipun, bukan bentuk tubuh semata-mata yang menjadikan seseorang wanita disukai atau dicintai lelaki.

BALANGLAMA: Kadangkala,  sukar untuk menjelaskan kenapa kita menyukai atau mencintai seseorang.

38 comments:

Unknown said...

nana memang tak berani nak ambek pil-pil macam tu...kalo macam ubat doktor bagi untuk demam ke kena lah makan kan...huhu...betul tu...yang berisi nak langsing,yg langsing nak berisi..normal bagi wanita kot..hehe..nana pon teringin nak berisi...tapi takmolah sampai datangkan penyakit...huhu...

Cikbintang said...

cikbintang jarang amek pil...kalo demam ke..gna cra2 biasa nk sihat..cm mnum air kelapa...mnum air suam byk2...n mind set kita pntg utk kata jgn asek baring n ikutkn perasaan lemah ke...

kalo seseorg tu ikhlas sygkn kita...
xkira siapapun kita..dia akn trima kita seadanye....

vanillagirls said...

diet je kalau na kurus....

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

nak kurus mcm bujang2 balik hehe.. tp makan mak aiiiiiiiiii

aqishah said...

saya paling susah nak makan ubat.. huk huk huk

pesanan saya jangan ambil mudah memakan pil ubat yang tidak mendapat kelulusan dari kementerian kesihatan malaysia. ini kerana ubat2an yang dijual tanpa kelulusan kementerian belum lagi teruji dengan keberkesanannya dan risiko kesan sampingan mengambil ubat tersebut.

Wan_hazel said...

wan dulu suak sangat makan pil nie..pil demam..slalu law demam telan 4 biji pil skali..alasn nya nak cepat sihat tanpa ambik tauk kesan buruk..skang bila dah taw baru nak ternganga...

Wan law nak selsema or demam Wan akan telan bawang putih..sebab dalam bawang putih ada antibodi ..memang berkesan..

erm bab bab nak lansing nie banyak yg guna pil sebab tak nak bersenam...normal lah kan yg lansing nak gempal dan yg gempalah nak lansing..Wan nie kurus dan nak lah berisi skit..makan tdiur makan tisur pun tetap gak sama..hehehe..

Wan_hazel said...

nanakimie


ahhaha..nana betul tu..wan pun nak berisi..dah cuba gak ubat dari farmasi..untuk kuat makan..tapi tak de perubahan pun..huh...

Wan_hazel said...

cikbintang


hehehe..cara yg bijak..demam nie psiko kita sebenarnya..jgn dilayan sgt kan..

Anonymous said...

tu la kan..yang gemuk nak kurus yang kurus nak gemuk....
perasaan x puas hati sentiasa wujud dalam diri kita ni....
sepatutnya kita bersyukur dengan apa yang ALLAH da bagi kat kita ni....

kalau yang berisi nak kurus boleh la buat senaman....
kalau yang kurus nak berisi,,cepat2 la kawen..da kawen da beranak berisi la nanti...
tapi ada jugak yang memang genetik kurus kan...
makan la banyak mana pun..anak da 10 orang pun..badan dia slim...

tu kira bonus la kan

Aidah said...

memang kesian kan... disebabkan nak dapat tubuh idaman, sanggup makan pil-pil yang belum tentu-sah dari kemterian kesihatan.. pada yang ada ura-ura nak dapatkan tubuh yang diingini, fikir masak-masak sebleum amik keputusan nak makan pil. jumpa doktor bertauliah dahulu, dapatkan khidmat nasihat baru tau boleh teruskan atau tidak langkah seterusnya..

yang paling senang kan bersenam..

Cik Nani Noraini said...

jaga pemakanan dan rutin seharian, jgn main hentam saja. tubuh kita seperti mesin, jika tak dijaga, lama-lama mesin akan rosak. Hargailah pemberian yg tidak terhingga ini.

Moga Allah redha~

amiraliyana said...

minum ja jus buah2han jgn la mkn pil2 mcm ni. jus buahan2 tk dak kesan sampingan. pilihan harus bijak. apa2 pun takziah untuk keluarga arwah puan ni.

amiraliyana said...

nanakimie: sama la ngn mira takut nk mkn ubat yg bijik2 atau pil2 ni. kalau demam kalau boleh takmau nk mkn ubat bijik makan panadol yg soluble tu ja. kalau teruk sgt baru mkn ubat yg doktor kasik.;p

amiraliyana said...

setuju dengan saranan cik bintang =)

Ummu Ukasyah said...

bahaya kalau makan pil tanpa nasihat daripada doktor. Jangan nak dapat hasil dalam masa yang singkat sanggup gadaikan kesihatan diri. Kalau nak cantik dengan badan gemuk or kurus,janganlah makan-makan pil ni. Kesian dengan badan yang Allah telah amanahkan untuk kita jaga. Apa kita nak jawab di akhirat kelak.

Jagalah diri dan anggota badan kita sesuai dengan kudrat dan kemampuan. Bagi ang gemuk nak kurus, jagalah pemakanan dan nafsu, bersenamlah selalu. Bagi yang kurus nak gemuk, makanlah makanan berkhasiat, jangan terlebih makan. Ingatlah orang yang lebih susah daripada kita.

Apapapun semua bergantung dengan niat, kenapa kita nak kurus, kenapa nak gemuk? Adakah untuk menunjuk? Tepuk dada tanya iman.

Jangalah ambil pil sesuka hati. Ingat amanah Allah iaitu badan kita yang kita perlu jaga kerana ia hanya pinjaman sementara.

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Thanks sudi kongsi entry nie. Baru SKH taw ada orang yang meninggal akibat makan pil utk tambah berat badan nie. Ya Allah, sungguh manusia x pernah puas dengan apa yang ada. Usia 29 tahun masih terlalu muda. Ini mungkin kerana obses untuk memiliki bentuk badan yang menarik. Semoga para wanita sekalian berhati-hati dalam memilih pil atau ubat-ubat pelangsingan badan.

SKH suka ayat penulis...

"Lagipun, bukan bentuk tubuh semata-mata yang menjadikan seseorang wanita disukai atau dicintai lelaki."

IntaNBerliaN said...

a'aa betul tu setiap orang tak sama.. macam saya sendiri apabia makan vitamin b complex, selera makan saya bertaambah taapi orang lain tak pulak..

a'aa kadang2 manusia ni yang kurus nak berisi yang berisi nak kurus.. macam sayalah.. kurus kering tapi sedang berusaha untuk kelihatan lebih berisi..

kurus pun sebenarnya tak menyenangkan hati saya jugak.. saya sendiri pun jadi tensen dengan diri saya sebab terlalu kurus.. dengan ketinggian 165cm, berat hanya 45kg... aduss!!

tapi saya tak berani ambil pil sembarangan.. lagipun saya tengah menyusu badananak saya ni.. perlu lebih berhati2 lah.. cuma sekarang saya ada makan multivitamin..

Wan_hazel said...

kesimpulan nya kene bijak mengatur pemakanan..nak makan pil boleh tapi kene taw baik buruk nya dulu..janagn lak berhabis sgt nak kurus sampaikan kesihatan terganggu..sayang sikit dgn buah pinggang tu kan..


yang penting bersenam jaga pemakanan..makan pada waktu yg betul dan kurangkan makan..tu je..minum air sebelum makan pun tak boleh..sebaik2 nya selpas makan baru la boleh kurus..

Unknown said...

vanillagurls : hehe...betul2x! tak payah nak makan2 pil nye....diet yg seimbang lah kan n senaman itu perlu:)

Unknown said...

cik bintang : yup!stuju!xkira lah kita kurus ke gemuk ke kalo org tu ikhlas cinta n syg kte dia akan trima kita seadanya....selalu org nak diet2 neh pasal cinta lah sebabnya takot badan naek nanti orang tak suka.pastu ada pulak nak bagi badan berisi..macam-macam...yang penting kesihatan tu kena jaga....huhu...

Unknown said...

mama amana : hehe.....xpe....chaiyok sis!:) aahkan, selalu nana perasan org da kawen badan cepat naek...org kata tengah bahagia..:)

Unknown said...

aqishah : nana dulu2 susah jgk nak makan ubat..lagi2 ubat pil gitu...tak boleh nak telan ase....terpaksalah ayah nana hancur2 kan dulu....nana pun nak telan tu kena tutup hidung dulu..hehe....sekarang neh dah besar senang da makan ubat..tapi malas je..demam pun minum air je selalu...malas nak makan ubat..hehe..aah kan sis...risiko ambil pil2 sebarangan neh..mmg kena pastikan pil tu ada kelulusan kem. kesihatan...baru bole makan kan

Unknown said...

wan hazel : amboi, telan sampai 4 bijik...bahaya tu..hehe...mujur xde pape.....ayah nana kerja hospital, so dia cakap kalo org besar kena telan 2biji panadol..hehe...baru cepat elok..tapi nana makan sebiji je:) tak suka makan ubat.nanti nak makan pun xde selera. and tido je kerjanya..hehe...

eh, sama pulak..tapi nana xde try pun ubat nak bagi badan naek..makan n tido banyak pun xnaek2 neh..hehe...org cakap metabolisme tinggi kalo makan byk tapi badan xnaek2:)

Unknown said...

kaseh suci : hehe...boleh pulak gitu kan...nak berisi kena cepat kawen..adeh....:) aah, mmg ada genetik macam tu...yup....mmg ada je perasaan xpuas hati dlm idup kita..huhu......nak gmok lah..nak krus lah...apapun kta kena bersyukur kan...:)

Unknown said...

amiraliyana: hehe.......sekarang nana da berani da makan ubat..cuma tak suka je...kadang malas..hehe...macam mana nak baek kan..tapi cekgu bio nana cakap, minum air masak banyak2 pun boleh je nak bagi sembuh cepat...so, sekarang neh kalo pening n nak demam nana minum air je banyak:)

rusna wana said...

nak langsing @ kurus - memang senang caranya - cuma kita kena disiplin kuat - elakkan pemakanan berganda2 - ikut pemakanan sihat- lebihkan makan buah-buahan -
antara tip-tips berguna utk kekal langsing wlaupun dah beranak 1, 2, 3, atau 4 - macam aku ni;
1)makan dengan kerap tpi dlm kuantiti sedikit
2) rendah kalori dan rendah lemak
3) utamakan protein dalam setiap hidangan
4) makan mengikut masa - contohnya, makan tengahari. jgn miss drpd mengambil makanan.
5) makan malam sebelum pukul 8mlm -6) pilih menu seimbang - nasi, lauk, sayuran, dan jgn lupa mengambil buah2an

rusna wana said...

setiap wanita inginkan badan yg kurus / langsing , apbila berat badan bertambah lebih2 lagi yg dah melahirkan anak, hati mula risau dan runsing . Ada yg sanggup telan pil, membuat sedut lemak, dan ke pusat2 pelangsingan .
Dulu, aku pun obses nak kurus jugak - setelah melahirkan anak yg ke-4, petambahan berat badan yg mendadak membuat aku tekad utk .....

Tapi, tidak berhasil, so, aku dapat simpulkan disini, nak kurus, nk kekal langsing senang jer : hati kita kena kuat. dngan tip-tips berguna, puasa adalah 1 cara utk mengurangkan berat badan..

terima ksih kawan2 atas komen2 berguna anda semua - smoga kita dapat kongsi bersama..

Wan_hazel said...

nanakimie


nak cepat baik telan 4 biji ..ehehhe..dulu wan nie giler makan ubat macma dah tak de kesan dah ubat tu..nasib bek tak ketagih..


tu lah kan...makan tidur pun tetap tak naek2 badang nie..Tp tetap bersyukur dgn anugerah yg Allah bagi kat kita..

Wan_hazel said...

rusna wana


info yg baik nie..untuk ibu ibu...

BALANGLAMA said...

Alhamdulillah! Nampaknya semua yang memberi komen terhadap tulisan saya ni sedar tentang pentingnya menjaga kesihatan dan bahaya mengambil ubat-ubatan tanpa merujuk kepada doktor. Alangkah baiknya jika kita dapat berkongsi kesedaran dan pengetahuan tentang perkara ini dengan anggota keluarga, sanak saudara dan rakan taulan agar mereka tidak mudah terpengaruh oleh iklan atau pujukan jurujual produk yang tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa kesihatan. Nasihat begini merupakan suatu amal jariah daripada saudara sekalian.

Hargailah kesihatan kerana ia suatu nikmat yang tiada tolok bandingnya. Tiada gunanya kekayaan yang melimpah-ruah jika kehidupan kita hanya terhad di pembaringan saja dan terpaksa berpantang daripada segala jenis makanan kerana faktor kesihatan. Selain menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat, kita juga tidk boleh menolak hakikat bahawa doa juga memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia.

--BALANGLAMA

Wan_hazel said...

BALANGLAMA


kesihatan tu satu kurnian yg kita kene jaga....barang yg cantek pun kalau dalam burk..tetap gak buruk..begitu jugak kita sebagai mnusia..jg luar dalam tubuh baru hidup selesa dan tenang...

Anonymous said...

menjadi insan sempurna impian semua manusia...

tapi kita kadang2 terlupa sempurna itu hanya milik yang Esa...
kita tidak sempurna...yang kurus mungkin ada kat mana2 dia x cantik...yang agak berisi ada la tu ciri2 cantik dia kat mana2...cuma yang kita perlukan ialah kesedaran & rasa syukur...

mudah2han dengan rasa syukur ni menjadikan kita insan yang bahagia...bila dah bahagia x dela kita nak makan pil bukan2 kan...

Wan_hazel said...

kaseh suchi

bersyukur dgn apa yg ade kan..Tuhan kurniakan yg terbaik utk kita...

Unknown said...

wan hazel : yer, apapun kita kena bersyukurkan....gemuk ke kurus ke janji badan sihat....:)

tula, mujur lah tak ketagih, haha

Unknown said...

balang lama : yer betul tu..kita jangan lupa doa jugak penting..kena sentiasa berdoa supaya dikurniakan kesihatan yang baik, bukan sahaja untuk diri kita, untuk kedua ibubapa dan seluruh umat islam...

Unknown said...

kaseh suchi : saya setuju dengan kamu!:) apa-apa pun kita semua kena bersyukur dengan apa yang ada.....supaya kita semua tak jadi kufur nikmat...

Wan_hazel said...

hahaha...bersyukur dgn yg diberikan...

Azie Azman said...

ye, kita kena bersyukur dengan apa yangt ada..
kalau nak ambik apa-apa pil pun jumpa doktor dulu..
mnintak saranan dan pendapat doktor :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...