Followers

Monday 27 June 2011

Thaali : Simbol Perkahwinan Masyarakat Beragama Hindu


Selamat sejahtera rakan-rakan 1klik. Apa khabar? Kebanyakan rakan-rakan kita tidak mengenali secara mendalam tentang budaya India kan. Oleh itu, hari ini Shinny nak berkongsi tentang budaya orang India di mana kegunaan Thaali sebagai simbol perkahwinan masyarakat beragama Hindu.


Thaali juga dikenali sebagai mangalsutra atau mangala sutra yang bererti benang yang melambangkan kesempurnaan dan juga adalah simbol perkahwinan masyarakat yang beragama Hindu. Menurut kebudayaan agama Hindu, terdapat lima tanda yang menunjukkan status perkahwinan iaitu mangalsutra, cincin jari kaki (metti), kumkum (pottu warna merah yang letak di dahi), gelang dan tindik hidung (mukkuthi). Thali merupakan benang suci yang mengikat hubungan alam perkahwinan dan cinta antara suami isteri.  

Menurut budaya Hindu, thaali melambangkan ikatan kesatuan antara suami dan isteri. Sewaktu upacara perkahwinan, mempelai lelaki akan mengikat thaali ke leher pengantin wanita. Perempuan yang sudah berkahwin berhak untuk memakai thaali sepanjang hidup mereka kerana diyakini bahawa ia akan meningkatkan kesejahteraan suami dan keluarga dan tidak boleh dipaparkan di depan umum. Hal ini juga dianggap bahawa thaali melindungi institusi perkahwinan dari segala kejahatan. Tiga simpul melambangkan tiga aspek yang berbeza pada seseorang wanita yang berkahwin. Simpulan pertama merupakan ketaatan pada suami, yang kedua untuk orang tuanya dan ketiga merupakan dirinya menghormati Tuhan.

Thaali terdiri daripada benang kuning dengan menggantungkan loket emas dan dipersiapkan dengan kunyit. Boleh dikatakan bahawa thaali setanding dengan cincin dalam perkahwinan orang Barat. Seorang wanita yang sudah berkahwin diharapkan untuk memakai thaali sehingga kematian suaminya. ‘Dharanam Mangalya’ atau ‘Kattu Thaali’ bermaksud mengikat mangalya atau thaali adalah upacara yang paling penting dalam sebuah perkahwinan masyarakat Hindu.

Shinny: Ok kawan-kawan. Ini saja untuk hari ini dalam segmen budaya India. Shinny akan bertemu lagi dengan segmen lain pada masa akan datang. bye-bye.... 

23 comments:

Wan_hazel said...

skang baru wan taw..wan ingtkn hanya cicin dijari kaki je simbol perkhwinan kaum india..rupa nya da yang lain gak..Kaum melayu guna cincin ramai yang da taw tu..Dan wan nak tanya..Adakah kaum india pun ada upacara pertunangan??

rusna wana said...

respect dngn budaya kaum lain - setiap kaum, bangsa dan agama ada pegangan sendiri . Dan penggunaan Thaali ni, memang bagus sebab menandakan seorang itu sudah berkahwin dan kena taat kepada suaminya...itulah tandanya apbila seseoang memakai thaali..
Adakah kita juga memakai cincin perkahwinan kita..? jgn kan yg memakainya , ada yg lebih suka menyimpan sbagai kenang-kenangan...

amiraliyana said...

tau mangalsutra sebab tengok cita hindustan. hee ohh dia ada mcam2 function lagi eh. menarik2! nice info Shinny..:)

Anonymous said...

ek? thali tu ada makna upanya...
dok ingat rantai besa ja....

hehe...

The Girl of The Future said...

Wah....

Thaali - sama mcm Cincin lah cuma dia mesti dipakai setiap kali...

lain bangsa, lain adat.
Hormati org serta adatnya agar selalu dipandang mulia sesama kaum.
mengelakkan berlakuya diskriminasi yg mendatangkan kesan buruk.

Thanks~

Ummu Ukasyah said...

owh.. baru tahu.. terima kasih atas perkongsian.

fara anak abah said...

selain tu,wanita india yang sudah berkahwin juga akan pakai cincin di jari kaki mereka=)

Unknown said...

owh,kumkum namanya yang kat dahi tu.....thanks for sharing shinny:)

Anonymous said...

la hai selama ni duk inat tali apalah. rupanyer da maknannyer jugak.huhu

Anonymous said...

yes

Anonymous said...

kak wan kaum india juga ada pertunangan sebenarnya. ada orang buat;ada orang tak buat terus khawin. semasa pertunangan memang pakai cincin. tetapi dalam agama hindu cincin tiada peranan. cincin ini mereka ikut pada zaman moden ini.

fiezahkecik said...

ooo. baru tau.ingat thali yang dipakai tu biasa2 je,rupanya ada makna jugak. thanks share :)

Anonymous said...

kejap2....hantaran bagi masyarakat hindu pihak perempuan yang kena sediakan kan...
kalau dalam islam...lelaki yang sediakan....

betulkan kalau saya salah ye ;p

Wan_hazel said...

owh begitu rupa nya...pertunangan tak berapa perlu lah ye...kawen terus...Melayu pun boleh macma tu...

Wan_hazel said...

kaseh suchi

wan rasa tu lah kan..wan pun tak berapa pasti tapi law tgk cerit hindu macma tu lah..ehehe

Unknown said...

kaseh suci : nana tak pasti pasal hantaran bagi msyrkt hindu tu...

wan hazel : kalo dlm msyrkt kte ada jugak yg kawen terus....tunang beberapa jam sebelum akad nikah....jimat bajet pon satu wat mcm ni kan,hehe..

Wan_hazel said...

nanakimie

a ah betul tu..ada gak yg terus kawen...tp tak taw adat sesetengah tempat kan...lain2 lah...

Wan_hazel said...

satu lagi nak tambah...pertunangan nie penting lah gak kan..boleh kenal hati budi pasangan masing2..

AyuArjuna BiGoshh said...

adat dan budaya yang unik. sesuatu yang lain di bumi Malaysia ini. suka melihatnya namun setiap agama ada pegangan masing2 jangan diadukkan. Istilah fusion dalam beragama memang dilarang :)

Wan_hazel said...

AyuArjuna BiGoshh


setuju betul tu..tu jugak lah warna warni Mlaysia kan..

aqishah said...

tgk dlm filem hindustan yg time kawin guna thali mcm upacara menyarung cincin..thali tu kena jaga kan x bole tanggalkan ke?betul eh x bole tanggal?

Anonymous said...

Tumpang tanysa,
dalam perkahwinaan masyarakat india ada satu upacara d mana pasangan pengantin mengelilingi api.
apa maksud upacara tu n berapa kali besanya pusingan tersebut?

Anonymous said...

Dlam perkahwinan masyarakat india, ada upacara mengelilingi api,
apa maksud upacara tersebut n berapa kali pasangan itu mengelilingi api tersebut?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...