Followers

Friday, 17 June 2011

Selamat Hari Bapa



Salam 1 Malaysia kepada semua…Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari bapa kepada semua bapa-bapa tidak lama lagi…Hari bapa pada tahun ini bakal jatuh pada 19 jun 2011 bersamaan hari Ahad…Jadi bagi kita yang masih mempunyai bapa jangan lepaskan peluang untuk ucapkan selamat hari bapa yea…Sekurang-kurangnya akan terhibur dan gembira la ayah-ayah kita kerana anak-anak masih lagi prihatin terhadap mereka lebih-lebih lagi yang telah tua dan uzur….

Jadi anak-anak rebut la peluang untuk meraikan hari bapa bersama ayah anda dengan makan bersama dan sebagainya…Bagi yang dah lama pulang ke kampung,di kesempatan ini lah dapat digunakan untuk balik meluangkan  masa bersama ayah dan ibu…Jangan kita tunggu sampai satu masa yang akan menyebabkan kita kerugian kerana telepas peluang untuk menzahirkan kemesraan bersama kedua orang tua kita kerana apa yang akan berlaku kita xakan dapat jangkakan…


Sangat besar pengorbanan ayah untuk kita semua…Ini kerana ayah lah yang mencari rezeki untuk keperluan makanan kita, persekolahan dan sehingga kita  menjadi seseorang yang berjaya pada hari ini..Jadi kita sebagai anak kenalah menghargai semua itu dan kita tidak akan mampu untuk membalasnya…Jasa ibu dan bapa terlalu besar kepada kita kerana tanpa mereka kita xmungkin akan dapat melihat dunia ini.Justeru harhailah dan berbaktilah kepada kedua-duanya selagi masih berpeluang melakukanya…

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ah dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.”(Surah Al-Israa: 23-24)

15 comments:

aqishah said...

rindunya kat ayah sy.. selamat hari bapa kepada sume yg bergelar bapa x kira d mana saja berada...

father u are great...

amiraliyana said...

selamat hari bapa kepada semua yang bergelar bapa di Malaysia mahupun di mana2. jasa anda tidak mampu akan dapat di balas.^^

ita said...

Selamat hari bapa kepada bapa2 di malaysia dan terutamanye kpd bapa saya (Abdullah Muhamad) & bapa kepada anak2 saya (Roslan Omar).. jasa kalian sangat besar kepada saya... saya sayang kalian berdua

Ummu Ukasyah said...

ingatlah ayah kita jangan hanya pada hari bapa sahaja.

hari-hari adalah hari bapa. Kenanglah jasa dan pengorbanan ayah mencari rezeki untuk membesarkan kita.

kalau tak dapat membalas jasa dari segi kewangan dan masa serta perhatian. doakanlah ibu dan bapa setiap kali solat.

tanya-tanyakanlah khabar ibu bapa selalu.


ibu bapa adalah selayak-layak insan yang perlu dikasihi dan disantuni.

Ya Allah, Kurniakan ibu bapa ku hidayah seperti mana Kau kurniakan aku Hidayah ,
Tunjukki mereka jalan lurus, pimpinlah mereka kepada kebenaran.

Mia said...

To all Dad(s)

Happy Father's Day
You Guys are the Greatest Man in a Daughter's life and the Coolest Guy in a Son's Life..

Thanks

♥CHaRa♥ said...

selamat hari bapa kepada bapa2x di malaysia. syg sangat2x kat ayah saya.hihihi;D

IntaNBerliaN said...

Memang betul.. pengorbanan ayah sangat2lah besar...

saya selalu berkongsi suka & duka dengan ayah saya.. ayah saya juga adalah penasihat terbaik saya..

saya sayang ayah saya sangat2..!!

nanakimie said...

masih belum terlambat nana nak ucapkan selamat hari bapa buat semua bapa2 di dunia ni...semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baek dan dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah dengan baek:)

saya sayang ayah saya sangat2x!

cikbintang said...

sy syg ayah sy...bkn sbb die bank brgerak bg kmi skluarga..tp die sntiasa ade utk kmi tika susah dan snag..heehe

abah!!much love from ur only daughter!!!

rusna wana said...

setuju dngn pdpt Ummu - bagi aku, hari bapa adalah utk hari2 , tpi dh jadi kebiasaan kita, Jun utk hari Bapa - ini ble lh kita celebrate setahun sekali kan..? Happy Father's day to my Father, love u lot..Engkau bapa yg terbaikkk - Terima kasih kerana membesarkan kami sramai 9 org adik beradik..

Wan_hazel said...

ayah..sejahat mana pun ayah..dia tetap ayah kita..dia besarkan kita..ayah tak de tolok bandingnya..

kaseh suchi said...

ayah i memang satu2nya lelaki yang paling i sayang..pasal dia la satu2nya lelaki dalam famili i...

tapi malu kot nk wish hapy fathers day kat dia...
i kan org kampong
takut dia ckp i buang tebiat

fara anak abah said...

1 day saya nak hantar mak ayah saya g haji n belikan ayah saya motor ala2 motor harley davidson dgn duit saya sndiri.sbb sy tau die ske moto 2..tp xboleh nak beli sbb mahal,n anak sekolah lagi..xpe,t sy dh kje sy nk blikan seketul..hee..

sayang saya buknlah dgn bagi material,tp sayang saya ckup nmpak mereka sihat n gembira.=)

kaseh suchi said...

kasihnya ayah kekal abadi....

semoga kita semua dapat membalas pengorbanan bapa kita selagi mereka masih ada di dunia ini...

semoga ALLAH mengasihi bapa kita semua seperti bapa2 kita mengasihi kita..amin...

pengorbanan bapa walaupun tidak sehebat pengorbanan seorang ibu namun bapa tetaP insan yang paling saya kagumi kerana bapa saya ialah

AYAH SAYA IALAH AYAH TERBAIK ANTARA AYAH2 YANG TERBAIK =)

Wan_hazel said...

Ayah Wan pun Ayah yg terbaik..tak pernah marah Wa..tp bila Ayah Wan bersuara..Wan akan menangis..Lain lak rasa hati bila yah bagi nasihat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...