Followers

Thursday 16 June 2011

Pinggan Pakai Buang Ubi Kayu

Dua minggu ni kita diminta untuk memperkatakan mengenai Teknologi Hijau. Semua kenalah menyokong kempen tersebut.  Di sini Mama nak cakap mengenai pinggan pakai buang yang selalu digunakan oleh kita terutama dalam sesuatu majlis apatah lagi, hari raya puasa pun tidak lama lagi. Tentu ramai yang buat rumah terbuka. Masa inilah pinggan pakai buang akan digunakan. Senang sebab tidak perlu basuh pinggan, terus buang saja. Tetapi semua mungkin sudah tahu pinggan pakai buang dari pada polisterin sebenarnya tidak bagus kerana ia membahayakan kesihatan dan berisiko merangsang sel barah  di samping sukar dilupuskan.

Sekarang ini dah ada orang mencipta pinggan pakai buang yang diperbuat daripada ubi kayu. Kan bagus boleh makan terus…. Kalau dibuang pun dalam masa 28 hari ia dah lupus dalam tanah. Walau pun tak popular lagi kita patut puji Naturers Harmony Industries Sdn Bhd kerana cipta pinggan seperti itu.Ini yang di namakan pinggan pakai buang mesra alam kerana diperbuat daripada bahan tanaman. Apatah lagi, ubi kayukan sedap sama ada direbus,  digoreng atau di buat kuih dan sekarang jadi pinggan pakai buang pula. Hebat betul orang Malaysia.

Macam Universiti Sains Malaysia (USM)  pula, sudah berjaya menghasilkan inovasi baru daripada sisa buah-buahan dikenali sebagai Fruitplast bagi menggantikan plastik. Walaupun belum lagi dikomersialkan tapi kita sudah ada alternatifnya bagi menggantikan polisterin atau plastik. Wah…bagusnya penyelidik-penyelidik di Malaysia. Semuanya inovatif belaka.






Mama Manis: Mama harap banyak lagi inovasi baru dari penyelidik-penyelidik kita dengan membuat kajian bagi menggantikan polisterin  yang membahayakan kesihatan. Agaknya macam mana kalau pinggan pakai buang atau polisterin yang diperbuat daripada buah-buahan  yang berbau seperti durian. Tak mustahilkan?

16 comments:

Semut Senyum said...

Terima kasih mama atas info yang diberi ini.

amiraliyana said...

menarik menarik dan menarik!

memang bagus la penciptaan macam ni. tabik kepada penyelidik2 anak malaysia ni!

semoga lebih banyak lahir anak2 malaysia yang kreatif dan inovatif!

orang malaysia akan terus menyokong setiap produk yang di hasilkan yang boleh membantu menyelamatkan bumi ni serta baik untuk kesihatan.peace! =)

Unknown said...

wah,sisa buah2an jadi plastik,hebat tuh! ubi kayu pun boleh jadi pinggan,semoga moga lebih banyak lagi inovasi baru dari penyelidik kita.dapatlah pelihara alam sekitar disamping harumkan nama negara kita:)

Ummu Ukasyah said...

Baguslah dengan penyelidik-penyelidik Malaysia ni. Ada aje benda baru yang mereka buat untuk menyelamatkan bumi daripada pencemaran.

Apa kata, kalau tak nak guna pinggan pakai buang, bila kita buat kenduri suruh je tetamu tu bawak pinggan or tupperware sendiri dari rumah.

Takpun, jalankan kempen, beli lauk pauk guna bekas sendiri, lagi mudah.

Tak mustahil, sekarang kan kempen hari tanpa beg plastik. Kalau ni boleh kita laksanakan, apatah lagi kempen bawak bekas sendiri nak bungkus makanan dan minuman.

Semua pakat bawak bekas kalau pergi pasar malam.

Anonymous said...

sangat setuju cadangan ummu ukasyah...saya dah lakukan...mari kita mulakan sendiri tak yah nak tunggu kerajaan berkempen....

Sarah Naiema said...

Cara mengatasi alam pesekitaran nie sangat bagus sekali.. Bekas letak makanan nie da lama diperkenalkan tapi agap kurang fames jugak la.. nie disebabkan kita sudah terlalu biasa menggunakan polisterin dan kurang didedahkan mengenai isu ini..

Selain tu, Lau tengok dis'stengah tempat kebanyakan peniaga meletakkan cas yang tingg sekiranya nak membeli makanan menggunakan pinggan pakai buang nie.. nie boleh menjadi salah satu sebab kenapa sstgh org tak suka menggunakannya..

Sekarang sudah banyak pembaharuan dilakukan untuk mengatasi atau menggantikan dengan menggunakan bahan2 semulajadi..nie sbagai persediaan untuk di masa akan datang..sama2 la kita menjayakannya..^^

The Girl of The Future said...

wah... heheh. kalau lapar, makan pinggan terus.. XP

Mmg patut dihargai usaha2 mereka ini bagi menyelamatkan bumi tapi masih mengekalkan kebiasaan kita..

Thanks

Anonymous said...

wah dah maju.huhu~

IntaNBerliaN said...

wah.. saya baru tahu pasal pinggan pakai buang ubi kayu ni..

sangat bagus ni.. jom kita sama2 support teknologi hijau..!!

Cikbintang said...

kwn sy slalo bwk tupperware sdri bile beli mknn kt kafe.....satu bnda yg jd ikutan!!!!dan entry ni sgt mnrik..trbyg2 kalo smua rkyt msia mngunakn bekas mknn ke kafe....satu keje mudah bg mrk d restoren..kne ingat smuanye saling brkaitn d dunia ni

rusna wana said...

wah bestnya - lepas makan nasi dan lauk2 yg kita ambil tu, kita terus bole makan bekas yg kta gunakan..jimat...kurangkn penggunaan polisterin..

Wan_hazel said...

ada pun entri psal ubi kayu..wan ada komen kat salah satu entri mengenai beg plastik ubi kayu nie...hehehe..leh lah jadi pngguna yg mesra alam.

Anonymous said...

yang ni la..i cakap kat USM kitorang panggil ekopack!
hehehe

kena bayar 20sen kalo tapau nasik guna benda ni...

polistrene diibarat macam coffine(keranda) kat sana...
slalu ada gmbar polistrene tulis
THE WHITE COFFINE

kalo polistrene tu keranda nasik kita mayat la...

kalo kita makan mayat kite memang nak mamp*s..(dengan tone yg lembut okeh!)=)

Unknown said...

kaseh suci : owh.....kat upm xde pulak macam neh ase..hehe,,,ke nana yg xtaw neh:) adeh.....nasik mayat pulak..huhu...

Ummu Ukasyah said...

kaseh suci : tersenyum ummi bila baca The white coffine (keranda). Ada unsur-unsur menyeramkan disitu. Tertunggu-tunggu juga bilalah ada iklan 'the white coffine' ni akan ditayangkan di waktu perdana di tv. Mahu marah semua peniaga-peniaga makanan ni.

siapalah berani nak buat kan? Buat iklan di tv then setiap 10 minit mesti ada iklan keranda polisterin.

keranda polisterin..hihi..

aqishah said...

ohh baru tau pasal pinggan guna ubi ni yer.. apapun kesedaran yg paling utama.. kita kena bijak sbg pengguna.. dan yg penting kesihatan mesti d jaga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...