Followers

Friday, 10 June 2011

Membudayakan Penggunaan ICT Hijau


Assalamualaikum, salam sejahtera dan Salam 1Malaysia……..

Apo cerito kepada para pembaca 1klik semua? Ambo harap semua sihat sejahatero selalu hendaknya. Hari ini ambo nok berkongsi  dengan demo semua mengenai permanasan global kini  yang tengah rancak kita lakukan tanpa kito sedar dan disengajakan. Demo tak raso yang bumi kita makin panas? Cuaca tak menentu. Ini semua fenomena kesan rumah hijau. Pada ambo, ambo  sayang bumi kito ini dan haruslah kita kekalkan kehijauan yang kita ada sekarang untuk anok dan cucu kito. Kalau bukan kito yang bertindak siapa lagi yang kito nak harapkan. Jadi, walaupun kito sekarang pada zaman teknologi maklumat dan ICT, kito juga masih mampu untuk mengekalkan kehijauan bumi kito dengan mengurangkan kesan rumah hijau tersebut dengan membudayakan penggunaan ICT Hijau dengan mengikut langkah – langkah yang akan ambo kongsikan dengan demo semua.

Komputer peribadi dan Komputer riba
  • Tidak menggunakan atau mengaktifkan screen saver. Ini disebabkan penggunaan screen saver  akan menggunakan jumlah tenaga yang sama dengan penggunaan skrin yang aktif;  
  • Memastikan monitor dalam keadaan standby/ hibernate selepas 5 minit tidak aktif; 
  • Memastikan kemudahan power management untuk komputer peribadi  dan komputer riba diaktifkan;
  • Memastikan komputer ditutup dan suis dimatikan serta plug komputer dicabut dari soket elektrik apabila tidak digunakan untuk jangka masa panjang. Ini untuk mengelakkan arus elektrik masih aktif dalam sistem pendawaian menerusi plug komputer yang tidak dimatikan dan dicabut; dimatikan dan dicabut; 
  •  Menggantikan monitor Cathode Ray Tube (CRT) dengan monitor Liquid Crystal Display (LCD). Ini adalah kerana penggunaan LCD boleh menjimatkan 30% hingga 50% tenaga elektrik berbanding CRT;
  •       Menimbangkan penggunaan saiz monitor yang bersesuaian kerana saiz monitor yang besar akan menggunakan tenaga elektrik yang lebih; dan  
    • Menimbangkan penggunaan Teknologi Thin Client di mana ia dapat mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dan kos penyelenggaraan.

     

 








Nahaza: Ada sambungannya lagi. Nantikan keluaran akan datang ya!
m

13 comments:

annurislam said...

Takrifan ICT Hijau merujuk kepada amalan dari segi pengeluaran, penggunaan dan pelupusan komputer, pelayan (server) serta alat-alat aksesori seperti monitor, tetikus, pencetak dan peralatan rangkaian secara berkesan dan efektif dengan memberi kesan yang minima atau tiada kesan terhadap alam sekitar. Ini bertujuan untuk mengurangkan penggunaan bahan berbahaya, menjimatkan tenaga elektrik dan memanjangkan jangka hayat penggunaan produk ICT..

"Sayangi bumi kita, kekalkan kehijauan yang ada untuk generasi akan datang"

Cikbintang said...

wahh byknye info yg sy xtaw???bole x nk share dis entry????ade smbgn agy??kne tggu ni

rusna wana said...

info yg menarik...

The Girl of The Future said...

uu... Menarik.. =)
THanks for sharing..

amiraliyana said...

rasa.. memang panas!

oh yaa.. erm.. menarik pasal laotop tu memandangkan semua orang guna. akan di aplikasikan.. ada la 2 3 yang dalam point tu mira memang dah aplikasikan sebelum ni. sama2 kita bekerjasama demi kesejahteraan bumi kita.

Unknown said...

Pembudayaan ICT Hijau adalah amat penting sebagai usaha menyokong pemuliharaan alam sekitar dan Dasar Teknologi Hijau Negara.Semoga kita semua lebih peka terhadap isu pemanasan global dan mengekalkan kehijauan bumi kita:)

Joel Leslie said...

info yg sngt menarik ;) thanks.

tiada pemanasan global = hidup lebih bahagia. ;)

bersama-sama kita memelihara dan memulihara bumi kita yg tercinta ini..

Anonymous said...

menarik info ni

Ummu Ukasyah said...

Terima kasih atas info ni.

dengan laptop dan komputer pun kita boleh membantu mengurangkan kesan rumah hijau.

lepas ni dah tak nak guna screen saver lagi dah.

kalau tak guna terus je tutup laptop.

Wan_hazel said...

skang nie pun dah ade gadget utk blog..energy saver...try lah guna..ehehe..or dah gua??

Anonymous said...

tengs 4 da info~

x sangka dengan laptop pun kita boleh kurangkan risiko bumi mengalami pemanasan global...

apatah lagi alat2 elektronik lain...

Wan_hazel said...

semua dah makin canggih...kemodenan pun boleh jaga lam jugak kan...

aqishah said...

ya betul tu... lepas ni sy akan cabut suis la... thanks yer info ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...