Followers

Wednesday 15 June 2011

Jom Kitar Semula



Cik rama-rama masih lagi menulis tentang mesra alam. Alam sekitar merupakan satu ciptaan atau anugerah Tuhan kepada kita. Kesemua ciptaannya mempunyai fungsi yang tersendiri di mana kita amat memerlukan. Kita sebagai manusia perlu tahu bagaimana hendak menjaganya sebaik mungkin. 


Kitar semula adalah satu sifat yang boleh dicontohi. Barang-barang seperti tin minuman, botol-botol mineral, surat khabar lama, buku-buku dan majalah yang tidak digunakan. Tong kitar semula sudah disediakan bagi kemudahan kita untuk mengitar semula barang-barang terpakai yang kita ada. Di samping itu, kita juga boleh ke pusat kitar semula untuk menjual semua barangan terpakai tersebut. Dapat juga kita menambah pendapatan dan pada masa yang sama menyelamatkan bumi kita.

 






Cik Rama-rama: Semuanya bermula dengan diri kita. Kita lah yang perlu mengorak langkah untuk menjayakan semua aktiviti kitar semula ini.

18 comments:

Ummu Ukasyah said...

Ya betul kata cik rama-rama. Semuanya bermula dari diri kita sendiri. macam mana nak mengajak orang lain untuk kitar semula kalau bukan kita sendiri.

Paling mudahlah, kalau susah sangat nak kitar semula. Kurangkanlah barang buangan yang susah nak dilupuskan contohnya. plastik. Kurangkan penggunaan beg plastik.

Dan, kalau yang ada baby mulakan langkah sekarang, gunalah Cloth Diapers. mudah jer. Dengan semangat dan keyakinan takde yang susah.

Cloth Diapers dapat menyelamatkan bumi. InsyaAllah. Kuranglah bahan buangan yang mengambil berjuta-juta tahun untuk dilupuskan.

amiraliyana said...

yaa. betul tu.. semuanya atas diri.. lagi satu, jangan buang sampah ikut suka ja. mungkin cik rama2 boleh buat entry pasal nih lain kali.

Cikbintang said...

betul dgn smua pendpat yg bernas kt cni...dlu masa skola ade 3 tong tu....time skola rendh slalo cikgu wt pertndgn....ttg alam skitar...kumpul brgn kitr smula..dr situ dpt pupuk sikap kitar smula dr kecik..smpai skrg trbiasa even da xde adiah heee

Anonymous said...

betul tu..
semuanyer bergantung pada diri kita sendiri je sama ada nak buang sampah ikut mana suka je~

Unknown said...

kena amalkan selalu buang sampah dalam tong sampah, ni kadang bukan jew luar tong sampah, atas tong sampah pun diorang buang....tak susah pun kan angkat penutup tong tu:)

tak suka nengok sampah merata-rata....huhu

rusna wana said...

org melayu ni tahap kesedaran pasal recycle ni masih kurang lagi..org cina adalah bangsa yg dh lama mengamalkan...mereka amat peka tntg hal2 ini..nk mengamalkan nya memang susah jugaklah, lebih2 lagi yg bermula dripda rumah..kita kena sediakan byk tong2 kat rumah kta..

The Girl of The Future said...

Haruslah diamalkan dari kecil.. btw, kalau kumpul tin2 tu pastu jual, dpt juak $$$ kan.. hehehe.. Tapi, itu bukan motif utama nya.. Kita Haruslah Membuat Tindakan Untuk Menyelamatkan Bumi Tercinta daripada habis terhakis oleh pencemaran yg sering berlaku..

Ada juga tidak kurang mengganggap tong recycle seperti tong sampah biasa.. seperti buta sahaja dengan warna dan gambar jelas terpampar di tong tersebut.. Jadi lah seorang yg bertanggungjawab dan buat pilihan yg bijak.. =)

Anonymous said...

kadang2x manusia ni bila jumpa sampah kat kaki buat2x lelap je. amalan ni patut diterapkan sejak kecil lagi supaya manusia yang lain akan sentiasa amalkan..

IntaNBerliaN said...

Yap, betul tu.. semuanya bermula pada diri sendiri..

saya sendiri sangat seronok bila jumpa tong sampah kitar semula ni.. hahha

tu pun sebab rasa macam best.. entah, rasa seronok.. mula2 dulu rasa jakun.. tapi sekarang dah best.. hihii

Joel Leslie said...

Saya memang sangat suka mengitar semula sebab ia juga penting utk masa depan saya. SETIAP HARI, KITA MENGHAPUSKAN 15,000 TAN SAMPAH. TETAPI KITA SEMAKIN KESEMPITAN RUANG UNTUK MENAMPUNGNYA. kenapa kita digalakkan utk mengitar semula ? Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita, Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih, Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran, Kitar semula untuk menjimatkan kos, Kitar semula untuk menyelamatkan hutan & Kitar semula untuk menjimatkan tanaga !

kita dapat memulakan kempen kitar semula secara kecil-kecilan. tetapi jikalau perbuatan yang kecil ini dibuat oleh berjuta-juta manusia, impaknya pasti lumayan ! kita blh lakukannya ! (:

Wan_hazel said...

wan tak suka kitar semula..tapi wan suka kumpul dan jual kat tempat tempat yang nak beli barang kitar semula nie...jual besi..jual aluminium..jual kertas..leh dapat duit poket..

Anonymous said...

nak2 kalo harga barang2 ni mau nak naik lagi la bersemangan nak berkitar semula kan..wan hazel..
hahaha...(agak mata duitan kot)

iye....kat kolej i sndiri pon xda sdiakan tong sampah kaler2 ni...memag atas inisiatif sendiri untuk majukan diri sndiri dan negara.

kalo benda bole kitar semula ngan xleh kita xleh nak beza camana nak jadi pemimpin =)

Cik Rama-Rama said...

ummu akasyah : kesedaran perlu ada pada pembekal dan juga ibu bapa itu sendiri kan..:)
amiraliyana : mmmm..akan Cik Rama-Rama usahakan..
cik bintang : melentur buluh biarlah dari rebungnye..tak susah pun kan..
chara, nanakimie, rusnawana : itu sume sikap manusia itu sendiri..tak patut betul kan
mia, intanberlian : warna yang cantik tu untuk menarik ramai orang mengitar semula
joeleslie : cuba byangkan anak2 kita yang akan hidup 20 thn dari sekrang kalau brg2 tidak dikitar semula..mmmmmm
wan dan kasih suci : itu juga satu amalan yang murni..di samping mengitar semula kita dapat wang..;)

Wan_hazel said...

hehhee..dapat wang dan dapat nikmat hidup yg selesa..rumah pun tak bsepah dengan sampah...kumpul2 jual..kumpul2 jual..

Wan_hazel said...

kaseh suchi


hahaha..mata duitan tu dengan sikap yg murni tak pe..ahahha..kita masih pelajar mesti nak duit poket kan..tol tak??

Unknown said...

nana suka kumpul paper je...kosmo jela selalu beli kalo dok asrama tu...dah banyak2 bagi kat makcik cleaner..diorang kumpul and jual...kat umah neh pon kitorng amalkn kumpul2 paper, botol, t lori datang..jual..hehe...dapat jgk duit:)

Wan_hazel said...

nanakimie

sama2..wan skang dah kumpul penutup minuman tu...org kata satu kilo leh cecah rm400-700...jual kat hospital...dia org beli utk buat kaki palsu or tulang plasu..erm tak pasti lak utk apa..

aqishah said...

jom kitar semula..

selalu tunggu van suratkhabar lama round kat area rumah... hihihihi senang gak ader perkhidmatan mcm ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...