Followers

Tuesday 7 June 2011

Jayakan Kempen Teknologi Hijau


Bercakap mengenai teknologi hijau ini  tak semua orang yang faham. Bagi yang prihatin akan bertanya apa yang perlu kita buat. Teknologi hijau ni kan merujuk pembangunan dan aplikasi, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan sumber semula jadi dan mengurang kesan negatif daripada aktiviti manusia. Ini yang kita dengar ceramah….

Jadi Mama nak cerita  tentang kempen ni.  Satu mengenai penggunaan beg plastik dan  satu lagi tentang tanam pokok bunga.  Kita kan sudah diwar-warkan pada setiap hari Sabtu semua pasaraya tak bagi beg plastik.   Ada yang prihatin tu dah siap-siap bawa beg dari rumah.  Seelok-eloknya beg kain. Bagi yang tak bawa beg dan belanja banyak pulak tu, jawabnya kena susun barang yang dibeli dalam kereta.  Sampai rumah barulah ambil beg atau bekas untuk  isi barang. Mama lihat ada yang beli sikit tu, bungkusan dipeluk atau letak dalam baju. Kan menyusahkan namanya. Sebab tu kena  sentiasa letak beg  dalam kereta.

Satu lagi tentang tanam pokok. Orang kata  walau duduk di bandar, di rumah teres atau di flat, sedikit sebanyak kenalah tanam pokok sama ada pokok bunga  atau pokok cili. Dalam pasu pun sudah memadai. Ialah untuk menampakkan kehijauan. Sekurang-kurangnya sejuk sikit persekitaran kita. Sahutlah seruan kerajaan  jaga alam sekitar supaya bersih dan  segar.


Tapi ada sesetengah orang  dah terlebih pulak  pokok di sekeliling  rumahnya. Rumput  yang tumbuh, tak dijaga hingga semak samun. Kadang kala menjalar hingga  ke jiran sebelah. Ini pun tak elok. Ingat tu……jangan sampai jiran bermasam muka dengan kita.

 








Pesan Mama Manis : Jayakan kempen-kempen seperti itu kerana yang dapat faedahnya kita jua.

18 comments:

ikan emas said...

mai kita gotong royong operasi pembersihan;

..meja tempat kerja kita
pejabat kita
rumah kita
tempat tinggal kita

annurislam said...

sama2 la kita jaga alam sekitar kita yang saban hari kian panas dan makin tercemar..

Kebersihan tanggungjawab kita bersama..:)

rusna wana said...

mari kita sahut seruan Kerajaan - no beg plastic apabila membeli belah...

The Girl of The Future said...

Kebanyakan kedai dan pasar2, dha tidak bagi plastik beg free utk setiap hari... :) jadi, tunjuk lah support, pakai beg kain yg sudah lama terbiar di dlm almari tu.. :)

Apa slahnya kita letak bunga2 yg cantik and tenang je tengok di perkarangan rumah.. kita juga yg rugi... :)

Jom kita lindungi Bumi kesayangan kita.. :D

aqishah said...

kekdg lupa ari sabtu hari tanpa plastik.. hhuhuhuhu...

terpaksa la bayar je 20 sen.. padahal kalo bole mmg nak bw beg besar2 bila berbelanja... tapi nak ingat tu yg payah.. mesti lupa aje..

Cikbintang said...

cikbintang gna troli kecik dr umah bwk g pasar tuk shopping hehe

MEKAR said...

Salam. Sweet nya blog ni.

Saya memang myokong kempen bumi hijau ini. Baru2 ni ada juga myertai contest anjuran sebuah blog ttng bumi hijau ini.

PS Mubin said...

Tak guna beg plastik pun x pe....kalu dah susah sangat bawa beg pakaian letak je dalam dlam kereta...lagi senaNG ISI BARANG..

amiraliyana said...

kadang2 terlupa jugak hari sabtu ngan isnin hari tanpa beg plastik. kena la tambah 20sen sebab beli barang banyak dan tak bawak beg dari rumah.huhu

Unknown said...

owh,kempen teknologi hijau tu pasal guna beg plastik n tnm pokok....sokong3x!

betul kata sis,da pandai tanam kena la jaga kan,jgn smpai mnjalar kat uma jrn sebelah..kan susa tu

Anonymous said...

bergotong royongkan blh eratkan hubungan sesama kaum.

INNANIE ARIFFIN said...

support this campaign... sebnrnya banyak je cara utk kita selamatkan bumi as long as kita sedar...

rusna wana said...

kesedaran pengguna ni harus diperluaskan..teringat masa kat Tesco - ada sorang hamba Allah yg marah2 coz tiada beg plastik pada hari sabtu...sebnarnya hamba Allah tu tak sedar atau tak tahu tentang kempen yg telah dianjurkan..?

Wan_hazel said...

rumput pun hijau gak..hehehe

Anonymous said...

hahaha...ayah i siap tanam pokok salak kot tepi2 rumah....
tapi xpa..dia rajen trim...

beg plastik lagi...
apa kata kalo ada minggu amanah saham keminggu apa2 lah..g je tunjuk muka kat situ dapat beg serbaguna...
beg tu bole le wat shopping ~

Sarah Naiema said...

Bagus juga kalau amalan nie berterusan, sekurang-kurangnya dapat mendisiplinkan kita dan menerapkan kita supaya tidak membazir serta supaya lebih prihatin terhadap alam sekita...

Selain itu, ia mendedahkan kepada kita betapa pentingnya alam sekitar nie..

Fungsi tanam pokok tu supaya dapat menyerap carbon dioksida..Dengan itu sekurangnye dapat mengurangkan penipisan ozon..

Wan_hazel said...

jaga alam sekitar disamping leh jaga kesihatan badan..hehehe...

Ummu Ukasyah said...

Marilah kita menjayakan kempen yang sihat ini. Kalau bukan kita yang mulakan siapa lagi. Alah bisa tegal biasa.

ummi, setiap kali keluar mesti dalam beg ada beg extra untuk letak barang beli. janganlah hari sabtu je bawa beg extra, tapi hari-hari lain tak bawa. didiklah diri sendir dulu sebelum mendidik orang lain. :)

Betul tu mama manis, mula-mula terlebih rajin menanam pokok-pokok bunga ni tapi akhirnya semak samun yang tumbuh subur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...