Followers

Friday 24 June 2011

Jangan Ambil Ringan Isu Halal Haram


Rakyat  Malaysia sekali lagi digemparkan dengan berita roti, kek dan pau yang dijual di pasaran ketika ini dikesan mengandungi protein rambut atau ‘L-cyscine’ yang telah disahkan haram penggunaannya.  Pendedahan yang dibuat oleh Pengasas Piawaian Amalan Pengilangan Islam (IMP) Encik Ahmad Tajuddin Arshad itu berasaskan kepada kajian yang telah dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). 

L-cyscine adalah protein yang dihasilkan dari rambut manusia dan digunakan sebagai ramuan untuk melembutkan kek, roti dan pau.  Di Malaysia ramuan ini biasanya akan diadun bersama tepung yang digunakan untuk membuat roti dan kek yang banyak dijual di kedai-kedai.  Oleh sebab L-cyscine ini dihasilkan daripada rambut manusia maka penggunaannya adalah haram melalui fatwa pengharaman memakan organ badan manusia yang mana rambut adalah termasuk dalam kategori organ badan manusia.

Tidak habis dengan isu protein rambut, penggemar roti dan kek juga pernah digegarkan dengan berita roti dan kek di negara ini diperbuat daripada dua ramuan yang mengandungi DNA babi.  Dua ramuan terbabit ialah ‘whole egg powder’ dan ‘whole milk powder.  Rentetan dari itu Panel Pengesahan Halal Malaysia telah menolak permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sebuah syarikat pembekal bahan membuat kek, roti dan pastri yang menggunakan dua ramuan tersebut dalam produk keluaran mereka.

Difahamkan, syarikat yang beribu pejabat di Eropah itu turut membekalkan roti, kek dan pastri untuk pasar raya besar dan restoran di negara ini. Berikutan itu, Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meminta semua pemegang dan pemohon baru SHPM yang menggunakan produk keluaran syarikat terbabit mengambil langkah untuk mengelakkan sijil mereka ditarik balik.

Sebelum  ini negara juga telah dikejutkan dengan berita ubat sakit jantung yang mengandungi hormon babi.  Pengharaman penggunaan ubat Clexane dan Fraxiparine yang dianggap darurat kepada pesakit jantung bagi mencegah formulasi pembekuan darah secara serta-merta ketika pesakit berada pada tahap kronik ini telah diumumkan oleh Setiausaha Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang juga Ketua Pengarah JAKIM, Othman Mustapha.
Menurut Othman, penggunaan ubat tersebut ditegah kerana ia dihasilkan dari sumber yang diharamkan Islam dan terdapat ubat alternatif iaitu Arixtra yang dihasilkan daripada sumber halal dan mempunyai fungsi serta keberkesanan yang sama dengan Clexane dan Fraxiparine yang boleh digunakan untuk merawat pesakit jantung.

Bagaikan tiada penghujungnya, isu halal haram produk makanan dan barang pengguna di negara kita sentiasa menghantui pengguna.  Bukan untuk menuding jari kepada mana-mana pihak tetapi sesuatu perlu dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab agar perkara ini dapat dibendung.  Dengan status negara islam sudah pastinya pengguna mengharapkan barangan yang dijual di negara ini semestinya halal digunakan tanpa perlu diragui lagi. 

JAKIM sebagai badan yang dipertanggungjawabkan haruslah lebih peka terhadap isu ini.  Penggunaan logo halal secara tidak bertanggungjawab haruslah disekat dan keseragaman logo halal ini perlu diambil perhatian.  Penggunaan logo halal yang pelbagai sudah tentu mengundang kekeliruan dalam kalangan masyarakat.  Perlu ada satu ketetapan berkenaan penggunaan logo halal supaya pengguna tidak keliru.  Penguatkuasaan juga perlu dilaksanakan dengan lebih ketat supaya perkara yang menjadi kebimbangan rakyat ini tidak berlaku.

Pengguna pula dinasihatkan supaya lebih prihatin dan mengambil berat dengan isu halal haram produk yang digunakan di dalam kehidupan seharian lebih-lebih lagi yang melibatkan bahan makanan dan ubat-ubatan.  Langkah Kerajaan memperkenalkan sistem semakan status halal secara on-line melalui portal www.halal.gov.my adalah satu langkah drastik yang harus diberikan pujian.  Namun langkah ini dilihat masih tidak mencukupi bagi melindungi hak pengguna di Malaysia terutamanya pengguna Islam.  Perlu ada satu mekanisme atau langkah yang boleh dilakukan bagi menyekat barang pengguna sebegini dari masuk ke negara ini kerana jika sekatan telah dilakukan di peringkat awal sudah pasti penjualan barang-barang sebegini tidak akan berlaku di dalam negara.

Pihak-pihak berwajib seperti JAKIM dan KPDNKK juga diharapkan dapat memainkan peranan dengan lebih aktif dalam usaha untuk memberi maklumat kepada orang ramai tentang produk-produk yang mengandungi bahan-bahan yang diharamkan atau yang membahayakan kesihatan.  Penguatkuasaan juga perlu dilakukan dengan lebih berkesan supaya pengguna tidak tertipu dengan produk-produk haram yang terdapat di pasaran hasil dari sikap peniaga-peniaga yang tamak dan rakus ini.






CK: Akan lebih berhati-hat

22 comments:

Unknown said...

risau kan sis, memang kita kena berhati-hati..kalau tak dihebohkan memang tak taw la produk tersebut halal or haram. ada label halal pun belum tentu halal sebab ada jgk label halal yg tak disahkan JAKIM

amiraliyana said...

tu la pasal kita skrg ni nak makan apa pun payah.. itu tak halal, ini tak halal.. yang penting kena berhati2 dalam apa jua makanan yang kita beli

Wan_hazel said...

percaya tak law wan kasi taw..makanan dalam tin..iaitu khizir ada cop halal..macma mana lak tu???Malaysia lak tu..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Seharusnya tindakan tegas mesti di kenakn kpd penguasaha2 yg tidak bertanggungjwb.JAKIM & KPDNNK kena cepat ambik tindakan tuk mengembalikn kepercayaan org2 ISLAM khasnya...

Ummu Ukasyah said...

Selepas ni, kalau kita dah tahu kena berhati-hati dan sebar-sebarkanlah kepada orang lain. Ambil berat tentang apa-apa yang kita makan.

Kalau nak beli makanan atau minuman, tengok dulu tanda halal yang telah disahkan oleh JAKIM. Jangan ambil semberono je tentang halal haram ni. Dari makanan akan membentuk daging dalam hati kita.

Termasuk di antara keluasan dan kemudahan dalam syari’at Islam, Allah -Subhanahu wa Ta’ala- menghalalkan semua makanan yang mengandung maslahat dan manfaat, baik yang kembalinya kepada ruh maupun jasad, baik kepada individu maupun masyarakat. Demikian pula sebaliknya Allah mengharamkan semua makanan yang memudhorotkan atau yang mudhorotnya lebih besar daripada manfaatnya. Hal ini tidak lain untuk menjaga kesucian dan kebaikan hati, akal, ruh, dan jasad, yang mana baik atau buruknya keempat perkara ini sangat ditentukan -setelah hidayah dari Allah- dengan makanan yang masuk ke dalam tubuh manusia yang kemudian akan berubah menjadi darah dan daging sebagai unsur penyusun hati dan jasadnya. Karenanya Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- pernah bersabda:

“Daging mana saja yang tumbuh dari sesuatu yang haram maka neraka lebih pantas untuknya”.

http://qurandansunnah.wordpress.com/2009/11/30/lengkap-mengetahui-makanan-haram-dan-halal/

fara anak abah said...

kita patut bersyukur,dunia sekarang bersama berganding bahu dan saling ingat-mengingati berkenaan isu halal haram ini.Alhamdulillah badan2 kerajaan yang bertanggungjawab tidak hanya makan gaji buta.terima kasih.Tuhan sahaj yang dapat membalas budi mereka yang berhak

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Setiap jasad yang membesar daripada benda-benda yang haram maka api nerakalah yang layak baginya.”


Riwayat al-Baihaqi dan Abu Nuim

rusna wana said...

Zaman sekarang, peniaga2 lebih ramai yg beragama kristian - so, mcm2 mereka menggunakan tipu muslihat supaya org islam terlibat sama..

Sentiasalah kita ingat mengingati ke arah kebaikan..teringat dulu, ada terima e-mail tentang kewas-wasan seorang surirumah tentang produk preego - smpai skarang saya tidak menggunakan produk itu lagi..

Email kedua tentang gula2 clorex (klu tak silap) yg ada tanda salib didalam) ini semua adalah tipu daya kaum kristian ...

sentiasa kita berhati apabila membeli barangan rumah seperti:
1) Periksa label kandungan
2) periksa tanda halal yg sah
3) Periksa syarikat keluaran produk

Jika terasa was-was : jganglah membeli produk tersebut...

The Anasa said...

Kadangkala label je HALAL tetapi jika tidak di sahkan oleh JAKIM still haram di mata Tuhan. Itulah zaman sekarang ni , mcm2 boleh berlaku. Sampai makanan yang ditetapkan oleh Islam pun kita tidak peka. Dan setahu saya, besar dosanya jika kita memakan makanan yang HARAM kerana label sudah diletakkan di sesuatu makanan, selebihnya kepekaan kita sendiri lah kan.

Anonymous said...

isu halal haram memang x pernah habis..semakin hari, semakin banyak produk yang menggunakan bahan-bahan terlarang. justeru kita sebagai umat islam, harus meneliti dengan sebaik mungkin. penggunaan Arixtra sbg alternatif kepada clexane sgt wajar.

Anonymous said...

kadang2x benda haram pun dia org jual kat kedai.

tak pk dah apa yg berlaku masa hadapan nati. teruk2x

fiezahkecik said...

sekarang ni macam2. kena lebih berhati dalam memilih makanan. adehaiii

Anonymous said...

kite penah jalani latihan industri kat sebuah kilang makanan ni...kat situ baru la kite tau semua barang ada sijil halal masing2 termasuk la tepung2, herba2, preservatives...macam2 la...baru la sijil halal produk tu bole dikeluarkan...

tapi kadang2 pengusaha makanan ni licik jugak tau..masa audit dari jakim ke,,customer ke,,baru dorang buat semua ikut procedure,,so pihak jakim buat report berdasarkan lawatan mereka hari tu aja...
padahal dorang xtau procedure masa dorang x datang audit macamana,ikut step2 halal ke tidak...

so kita yang xtau apa2 ke pihak jakim ke.. pihak kompany yang harus diberi kesedaran hal ni

Wan_hazel said...

Pengguna seperti nie harus ada pengetahuan am skit...baru lah tak terpedaya dengn halal haram nie...

Unknown said...

kaseh suci : teringin nak praktikl kat kilang industri makanan...huhu....dari situ macam2 kte bole taw kan...macam mna mknan t'proses, kebersihan mknan, persekitaran tmpat proses....yg penting mknan tu diproses secara halal...

ada jugak pihak x b;tgungjwab mcm tu kan...ish2x.....

Wan_hazel said...

nanakimie

betul gak kan..teringin lah..hm..kalau yg nak sgt untung tu byk lah step2 yg penting ditinggal kan..lepas t uambek jalan mudah..buat cop halal sendiri..

AyuArjuna BiGoshh said...

bila ianya menjadi hukum maka haruslah patuhi. Jika sudah sah ianya haram wajib dijauhi.

Unknown said...

wan hazel : tula untung punya pasal....sesenang je buat cop halal sendiri..

Unknown said...

sis ayuarjuna : setuju dengan komen sis tu:)

Wan_hazel said...

AyuArjuna BiGoshh

wan pun setuju...haram tetap haram...

Wan_hazel said...

nanakimie

a ah..nak sgt untung sampaikan halal haram tolak ketepi

Anonymous said...

nana.,,,kilang makanan bukan muslim kan banyak sekarang ni..dorang macam x ambik kisah kepentingan sijil halal & kualiti halal product yang mereka keluarkan..jadi dorang suka2 hati jela....

paling x masuk akal...kenapa pekerja2 tu boleh ambil sikap sambil lewa mengutip makanan2 yang jatuh ke lantai dimasukkan ke dalam koloni makanan yang bersih..

kalau macam ni halal je la,,yang terjamin..toyyiban xda la...

dalam sesebuah premis makanan asrama pekerja asing diletakkan beberapa meter dari premis & asrama itu berada di dalam kawasan premis...

aqishah said...

yup betul tu jgn pandang remeh halal n haram ni kelak kerana jadi darah daging kita nanti... jgn bersikap sambil lewa yer.. kalo ragu2 dr sumber mana jgn makan tau...

heran ngan sensitiviti sestgh manusia yg bukan beragama islam menghulur makan yg d ragui kpda agama islam.. aduiii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...