Followers

Friday 17 June 2011

Jalan-Jalan Cari Makan Di Selatan…


Selamat bertemu kembali…Tiba-tiba teringat salah kumpulan JOZAN menggunakan nama GEGIRL dalam persembahan mereka. He. Tapi, GEGIRL bukan ingin berkongsi mengenai lawak mereka. Pada kali ini, GEGIRL jalan-jalan cari makan ke selatan tanah air pula, negeri Johor Darul Takzim menjadi destinasi pilihan GEGIRL. Makanan apa pula ya, ingin dikongsi bersama?

 

Ingat Johor, pasti tidak akan lari daripada makanan trademark, apalagi kalau bukan Nasi Beriani Gam. Nasi Beriani Gam dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu oleh pedagang-pedagang Arab melalui Singapura. Nasi beriani dimasak menggunakan beras panjang bersama rempah ratus yang digoreng sebelum ditanak berasnya. Nasi beriani asal usulnya dari perkataan Parsi 'baria' bermaksud memasak atau merebus makanan. Masakan ini dikatakan berkembang dari Parsi ke Timur Tengah dan mendapat tempat istimewa di India oleh kerajaan Mogul.

Masakan ini istimewa kerana di masak dengan memasukkan ketulan daging yang telah diperap semalaman di dalam periuk bersama 'lapisan' beras. Hasilnya, nasi beriani gam berasa herba rempah, berpati lemak dan 'manis' daging. Nasi briyani gam ayam atau kambing akan dihidang bersama-sama dengan dalca dan jelatah. Tidak dilupakan pasti ada ialah papadomnya. Lagi terangkat, apabila air minuman kita ialah bandung soda.

Nasi beriani gam ini lebih enak dimakan panas-panas, oleh itu makanlah di gerai atau restoran tersebut. Selain dapat mengurangkan penggunaan beg plastik dan bekas polistirena yang membahayakan alam dan boleh mengakibatkan pemanasan global, kita juga dapat menikmati 100% keenakan masakan ini tanpa sedikit pun kurang kualitinya.

 






GEGIRL : GEGIRL menyokong TEKNOLOGI HIJAU dan marilah kita mengurangkan faktor-faktor yang boleh mengakibatkan pemanasan global. Bumi dipinjamkan kepada kita untuk kegunaan warisan seterusnya..:)

15 comments:

Cikbintang said...

wahhh..dgn mknn pon dpt menyokong teknologi hijau ni kn!!!xsgka btol...smuanya brkaitan satu sama lain

amiraliyana said...

sedap2 nasi beriani gam.. yg istimewa sbb nasik masak skali ngn lauk tu jd sedap tu..

annurislam said...

Wahh...bestnya nasi beriani gamm...

Ummu Ukasyah said...

Mula-mula tak nak makan nasi beriani ni. Tapi bila sekali masuk mulut terus nak lagi.

Nak-nak lagi makan bila masih panas. terus dari periuk. makan lagi secara berjemaah dalam satu dulang. sedap.

Betul-betul, makan kat kedai tak payah nak tapau-tapau bawak balik. mari kita beramai-ramai kurangkan dan hentikan penggunaan bekas polisterina.

kalau nak bawa balik nasi beriani, bawa je bekas sendiri dari rumah.

Anonymous said...

huhu..lama x mkn nasi beriani gam kat area kg baru.;~

The Girl of The Future said...

O.O .. *slurp... =F ... nampak sedap je, bnyk pun sudah diidam-idamkan.. mmg Terbaik.. >.<

Thanks

IntaNBerliaN said...

Saya tak pernah makan tapi sangat2lah teringin nak makan nasi beriani gam ni..

Unknown said...

ridunya nasi beriani gam!huhu...dulu duk johor masa nana study kat batu pahat selalu beli kalo keluar bandar....sedap sangat!

rusna wana said...

nasi beriani gam - huh sedapnya..terliur nk makan jugakkk....kt KL ni kat mana nasi beriani yg sedap ehh? boleh kongsi tak...? klu dpt beriani gam, lepas makan rasa mcm nk tidur je..

Wan_hazel said...

law tajuk makanan ..tak bukak lagi pun wan dah taw nie mesti gegirl yang taip..ehehhe...dah macam trade mark lak..makanan mesti gegirl..go go..hehehe

Anonymous said...

gegel makan nasi beriani gam ngan mael lambong ke?

mael lambong 2 mak jemah yang punya,,,gegel jangan buat pasal!
hehehe

xpenanh makan la...NBG ni...nampak sedap...tapi mana nak carik ek

fara anak abah said...

xcuba mkn mee jawa johor ke?kalau minat pedas,pegi la try sekali...memang meletup sedapnye!!!rahsia dy,dy letak belacan cket dlm 2..patut la sdap..slurpp!!xsabanye nak balik msia!!

Unknown said...

fara anak abah : mee jawa johor? tak pernah pulak nana cuba masa duk johor 5 tahun dulu....mcm sedapje ada belacan neh..hehe

Wan_hazel said...

terbaik semua..ehehhe..

aqishah said...

laponyer tgk nasi briani gum ni.. lum pernah cuba lg... just tengok jer... hihihihi

mmg terkenal kan nasi briani gum ni.. baru tau rupanya asal dr johor.. thanks d info nanti nak try la.. :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...