Followers

Tuesday, 21 June 2011

Hidup Memegang Amanah


Assalammualaikum..

Kini, tiba giliran KakBa menulis. Kali ni, KakBa menyambung artikel terdahulu dengan sifat keenam pula. 
                                                                                     Sumber: fazakkeer.blogspot.com

Sifat seterusnya iaitu sifat keenam ialah Sifat hidup memegang amanah. Sifat ini boleh dikaitkan sifat beramanah dalam menunaikan tanggungjawab, berpegang pada janji, tekun menjalankan kewajipan, taat dalam beragama dan sebagainya. Bila sebut pasal amanah menjalankan tanggungjawab ni, suka KakBa menarik perhatian semua untuk memikirkan suatu perkara. Jika semua bapa amanah dalam menunaikan tanggungjawabnya, adakah terjadi sumbang mahram? Jika semua ibu menjalankan tanggungjawabnya, adakah terjadi masalah pembuangan bayi? jika pekerja menjalankan amanahnya, adakah terjadi gejala rasuah? Rasa-rasa KakBa, jika sifat ini ada dalam diri kebanyakan individu di dunia ni, banyak masalah sosial yang menjadi penyakit hari ini dapat dielakkan.

Setiap daripada kita dilahirkan dengan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Atas kesedaran dan tanggungjawab kita itulah yang menentukan bahawa kita berjaya atau gagal memikul amanah yang diberikan. Kegagalan kita memikul tanggungjawab bukan bermakna kita terus bebas dari memikul tanggungjawab tersebut kerana selepas kita membuat kesalahan adalah menjadi tanggungjawab kita pula untuk menebus kembali kekurangan dan kesalahan tersebut. Sekali gagal bukan bermakna gagal selamanya. Orang yang pernah gagal selalunya akan lebih berjaya kerana dia akan selalu sedar dan prihatin kepada perkara-perkara yang pernah membuatnya gagal satu ketika dahulu.

Ungkapan yang sesuai untuk renungan bersama ialah: “Yang disebut memegang amanah, taat setia kepada agama, taat setia kepada amanah, taat setia kepada sumpah, mahu mati memegang janji, mahu binasa memegang petua, mahu melarat memegang amanat, cakapnya dapat dipegang, janjinya boleh disandang”.                             


KakBa: Memikul tiga amanah besar: Sebagai ISTERI, sebagai IBU dan PEKERJA.

14 comments:

rusna wana said...

hidup aku memegang kepada amanah sebagai seorang hamba Allah - melaksanakan suruhan dan meninggalkan yg dilarang
2) sebagai seorg anak - tgjawab kepada kedua ibubapa masih ada hingga kenafas yg terakhir..
3) Tanggungjawab ku kepada isteri-menjga maruah dan harta suami - taat kepada suami selagi tidak bercanggah kepada agama
4) amanah ku sebagai ibu - membesarkan dngn penuh kasih sayang 6 org anak ...
5) memikul amanah sebgai pekerja..utk mnjadi rezki yg halal, jalankn tanggungjawab dngn penuh ikhlas...

Tahniah kak ba..atas tulisan ini..mengikatkan aku kepada amanah2 yg wajib aku pikul...insyallah..

Ummu Ukasyah said...

"Sesungguhnya kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung; semuanya enggan untuk memikul amanah dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, lalu dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.” (Al Ahzab : 72)

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.” (Al Anfal : 27).



Sekecil apapun suatu pekerjaan jika dilakukan dengan hati terpaksa diiringi keluh kesah, nescaya akan terasa berat bak menanggung beban sebesar gunung. Sebaliknya, seberat apapun suatu pekerjaan jika dilakukan dengan penuh keikhlasan, kegembiraan dan harapan, niscaya akan terasa ringan dan menyenangkan.

amiraliyana said...

"Jika semua bapa amanah dalam menunaikan tanggungjawabnya, adakah terjadi sumbang mahram?"
-setuju-

baru2 ni pun ada terbaca anak dan bapak bersekedudukan sampai melahirkan 3 anak. dasyat. apakah status anak tu eh? hmm

Mia said...

YEAH! Sangat setuju dengan pernyataan berikut..

Walaupun amanah yg harus ditunaikan, hanya kerja yg kecil je, Haruslah ditunaikan juga! kerana anda sudah setuju untuk mennggalaskan amanah tersbut. Anda sudah JANJI! Dan *erhem* janji tak blh mungkir..

Thanks

Wan_hazel said...

amanah nie sangat berat nak galas..

kaseh suchi said...

amanah tu macam mengangkat 50 kilo gandum...pikul atas blakang nak bawak dari PERLIS pegi JB jalan kaki...

contohnya mcm jaga ank pompuan..dari kecik smpai le dia besar...anak tu da kawin,,,terlepas la amanah ayah jaga kite kan~

fara anak abah said...

tahniah!kita semua kuat sbb mampu menampung sume amanah y ada..provided kalau kita x khianati la..=p

nanakimie said...

Jika semua bapa amanah dalam menunaikan tanggungjawabnya, adakah terjadi sumbang mahram? Jika semua ibu menjalankan tanggungjawabnya, adakah terjadi masalah pembuangan bayi? jika pekerja menjalankan amanahnya, adakah terjadi gejala rasuah?

tertarik dengan kata-kata sis neh..moga kita semua ambil iktibar dan pengajaran dari semua ni....apa yang penting jalankan tanggungjawab kita dengan sebaeknya....

♥EiDaEiRaFiZie♥ said...

kadang2x manusia sendiri pun tak pernah nak amanah dalam 1 perkara yg berlaku. mereka cam lepas tangan je. patut ke dia org buat camtuh

Wan_hazel said...

amanah nie byk sgt..kdg2 kita terlupa dgn amanah kita..Amanah terhadap anak..amanah terhadap ibu bapa..dalm islam dah kais taw semua.tp ramai yang tak nak ambik taw...nak salahkan siapa???

Cik Nani Noraini said...

amanah terhadap diri sendiri, jgn kita lupa.
Paling penting, kerana bila kita menzalimi diri sendiri, kita akan berdosa.

Allah bg kesihatan, itu amanah.
Allah bg penglihatan, itu amanah.
Allah bg kesempurnaan, itu amanah.

Amanah kita untuk menjaga amanah.

Moga Allah redha.. :)

nanakimie said...

cik nani noraini : betul3x! semua yg Allah kurniakan semuanya amanah buat kita...:) jaga keshatan dgn baek...jga pnglihatan dgn baek and akhlak n aurat kita:)

Wan_hazel said...

setuju dgn cik nani dan nana

aqishah said...

anak juga adalah amanah kpd kedua ibu bapanya..

org amanah ni kena jujur, baik hati dan berpegang pada janji serta bole dipercayai

mudah2an kita tergolong dlm golongan amanah yer.. amanah kepada bangsa dan negara dan jangan lupa sume yg kita buat itu adalah amanah okey

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...