Followers

Thursday 30 June 2011

Cinta Plastik


Hidup hari ini memerlukan plastik. Malah “plastik” dalam dunia komunikasi sosial biasanya melambangkan sesuatu yang tiruan. Maka timbullah istilah “umpama bunga plastik” dan “cinta plastik.” 

Pada hakikatnya hidup dalam dunia moden memerlukan plastik. Plastik digemari kerana ia lebih ringan, mudah dibawa dan tahan lasak. Ia mungkin beg plastik, komponen-komponen plastik dalam barangan yang kita guna pakai termasuk perabot, kenderaan, peralatan pejabat, perhiasan diri dan rumah dan senarai kegunaannya memang panjang.

Tahukah kita bahawa sekeping beg plastik mengambil masa 1000 tahun untuk menjadi hancur? Sedangkan sebanyak sejuta beg plastik digunakan setiap minit di seluruh dunia iaitu 700 keping beg plastik digunakan secara purata bagi setiap isi rumah setahun. Malah hampir sejuta burung dan mamalia laut mati akibat termakan bahan plastik yang dicampak ke laut.

Itu belum masuk lagi bahan styrofom atau polisterin yang penggunaannya boleh memberi kesan kepada kesihatan manusia termasuk sistem saraf, kelenjar tiroid dan kanser. Langkah mengadakan Kempen Hari Tanpa Plastik terutama di pusat-pusat membeli belah dan pasar raya amat baik dan patut disokong oleh semua. Mudah-mudahan kita menjadi pengguna yang bijak dan menyayangi alam sekitar.


Hikano: Kalau duit plastik RM5 jangan buang ya..walaupun ia diperbuat daripada plastik polimer, ia tetap ada nilai.

  

21 comments:

Anonymous said...

saya sokong dunia tanpa plastik........

Wan_hazel said...

kalau baca baca info pasal plastik nie,..makna nya "cinta plastik" lebih bertahan dari cinta lain kan..tol tak???hehehe...

plastik nie boleh je guna..asalkan semua orang wat kitar semula..Bukan nye lepas pakai terus buang merata..Mana mana pun bahan law kita buang merata semua leh jadi penyakit dan kesan yang buruk..

Apa pun sikap dan pndirian manusia tu yang mengubah segala nya...

Anonymous said...

lamanya.....penghasilan biofilm dalam pembungkusan makanan merupakan antara solusi terbaik dalam mengurangkan penggunaan plastik kan?

ye la...lepas guna wat bungkus makanan,, biofilm tu bole dimakan jugak...jadi xda sampah terhasil...

Aidah said...

itulah bagusnya ada beg-guna-semula. dapatlah kita mengurangkan penggunaan beg plastik. setiap seorang daripada kita kena ada 1 dalam handbag sendiri, bila nak guna senang. tak perlu keluar duit untuk beli beg plastik. walaupun 20sen sekeping tu murah, kalau beli banyak kan mahal. marilah sokong penggunaan beg-guna-semula. selamatkan bumi kita.

fara anak abah said...

xde ke bnde y combustible y boleh ganti plastik nih??mane dy ahli2 chemist?kalau la sesape dpt comeout ng 1 revolution baru utk gantikan plastik(sama rupa ng plastik tp chemically dy bukan plastik) kompem kaya..

rusna wana said...

setuju sgt2 dgn penulis kita ni..Plastik lebih digemari kerana lebih ringan, mudah didapati dan kita sering menggunakannya tapi bila kita fikir2 balik kesannya ..... omak aihhh....sekeping beg plastik mengambil masa selama 100 tahun utk dilupuskan...punyalah lama..kita pun tak mampu nk hidup smpai 100 tahun tu..

Kalau kita nak hitung, selama 100 tahun itulah, kita boleh membina sebuah bukit, ataupun mungkin sebuah gunung daripada plastik2 kita kita kumpul dan gunakan seharian..

So, kesimpulannya - penggunaan plastik semakin membimbangkan..tapi, kenapa kita tidak menghadkan, atau mengurangkan atau melupuskan penggunaan atau mengharamkan terus beg plastikkk ini yg boleh mencemarkan alam...

renung2 dan fikir2kanlah...no plastic bes utk kesejahteran kita semua...tapi bolehkah kita lakukannya..tak hendak 1000 dalih, hendak beribu2 daya....

amiraliyana said...

bagus2.. sokong shooping tanpa plastik. kena bawak beg sendiri dari rumah la ni.

fiezahkecik said...

kempen hari tanpa plastik ni memang elok. Ini akan mengurangkan pengunaan plastik dalam kehidupan seharian sekaligus dapat la menyelamatkan bumi kita

Anonymous said...

dunia tanpa plastik pasti agak sukar. namun, ianya tidak mustahil sekiranya terdapat alternatif lain bagi menggantikannya. usaha seperti kempen kitar semula sgt baik kerana dapat menyumbang kearah yang lebih baik.

Anonymous said...

apa kata kalau pasaraya2 kat malaysia ni termasuk kdai runcit n pasar malam jual ber serabguna ja...x jual beg plastik yang 20sen tu....

mesti ramai yang xmau beli beg serbaguna pasal mahal kan..... jadi mesti ramai2 kite2 ni bawak beg serbaguna untuk g shopping =)

hikano: kalo yang nak buang duit plastik 5 hinggit.. saya sudi tadah kan,,hehehe

padlie said...

Tidak dinafikan penggunaan beg plastik banyak membawa kesan buruk kepada alam. Selain pelupusannya yang mengambil masa yang cukup lama, haiwan2 juga terdedah kepada bahaya.

Tapi kita kena ingat, bag plastik la yg paling sesuai untuk kegunaan kita. Ringan, lasak dan boleh diguna semula. Walaupun kita dicaj 20 sen bagi setiap beg palstik di supermarket, kita tak ada pilihan lain.

Saya perasan TESCO dan 99 Speedmart dah mula guna biodegradable plastic bag. Kalau kita simpan bag plastik sebulan, dah takleh guna.. Ia dah mereput.. Mungkin ni pilihan yang kita ada sekarang..

Aidah said...

penggunaan beg kitar semula macam yang kat tesco, giant, jusco dan lain2 supermarket tu memang bagus. kita kena sokong penggunaan beg-guna-semula ni. minimumkan penggunaan plastik. lebih bagus dan jimat.

Ummu Ukasyah said...

Betul.. kalau tanpa plastik ibarat irama tanpa lagu..

Tidak dinafikan plastik ni memang banyak kegunaan. Kalau nak shopping guna beg kitar semula memang mudah. Tapi kalau nak buang sampah takkan nak longgik macam tu je dalam tong sampah.

Ni boleh menyebabkan pencemaran bau sekaligus pencemaran alam sekitar sebab anjing dan kucing mudah nak menyelerakkan sampah.

Saya rasa, kita tidak boleh hidup tanpa beg plastik sebab kalau nak buang sampah mestilah kita buang dalam plastik kemudian baru letak dalam tong sampah besar. Nak lagi kalau yang tinggal di flat.

Tapi..

Gunalah beg plastik sampah yang mudah terurai. Dah ada jual bukan?

Dari segi ekonomi ni, mengitar semula beg plastik tidak mendatangkan untung.

Unknown said...

wah,lama tu 1000 tahun......betul2..moga2 kita semua dapat kurangkan p'gunaan beg plastik....p shoping bawak beg sendiri:)

abazilah said...

saya sokong kempen tanpa plastik tu dekat pasaraya . sekarang banyak pasaraya dah buat . memandangkan dah buat untuk hari sabtu saja , dan tak ada masalah pun saya rasa kan . apa kata tambah lagi satu hari , mungkin isnin or apa-apa hari la .

sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan . mana tahu nanti kita berjaya kempem sampai seminggu terus .

Wan_hazel said...

kempen tanpa plastik..satu bulan rm150...wan sanggup tak guna beg plastik..kerajaan sila buat sedemikian..dari duk mbazir duit dengan politik..kalau ade je musim mngundi undi menteri pasti sibuk je nak pasang banner plastik yg merosakn pmandangn tu..entah ade ke hasil buat semua tu..lepas habis kempen ,plastik tu nak buang kat mana..bukan setakat beg plastik je..kerajaan pun kene celik skit...

Unknown said...

aah kan...lepas tu bersepah2...adoila...

Wan_hazel said...

tu lah pasal kan..hahaha

AyuArjuna BiGoshh said...

sebagai rakyat yang prihatin, kesedaran dari diri sendiri sangat penting. Tidak perlu menunngu arahan daripada mana-mana pihak. Inisiatif dari diri sendiri membantu segala usaha untuk membantu memelihara bumi kita.

Wan_hazel said...

AyuArjuna BiGoshh


yep..wan setuju...tak perlu dikerahkan utk wat semua nie..lg pun semua nie untk diri sndri gak..so tak rugi pape pun

aqishah said...

wakakaka.. duit rm5 jgn buang tau.. hihihihi

dunia tanpa plastik utk memelihara alam sekitar kita juga..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...