Setiap dugaan dan cabaran yang dihadapi dalam hidup ini adalah satu ujian ALLAH kepada hambanya. Sebagai hamba apakah cara terbaik untuk menangani setiap cabaran dan halangan ini. Islam mengajar umat nya supaya sentiasa mengingati ALLAH sama ada di waktu senang atau di waktu susah.
Jadi perkara pertama yang kita boleh lakukan adalah sabar. Sabar itu adalah indah bagi mereka yang menghayatinya dengan sepenuh jiwa. Kemudian kita boleh lihat kembali apakah solusi yang kita boleh lakukan untuk menangani dugaan itu. Setiap dugaan itu haruslah di atasi mengikut kewarasan fikiran tetapi harus dilakukan secara professional bukan secara emosi. Setiap itu haruslah dilakukan secara berhemah. Apapun hadapi semua itu dengan senyuman kerana semua yang terjadi itu adalah ketetapan dari ALLAH S.W.T.
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupan-Nya. "
Surah Al-Baqarah ayat 286
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupan-Nya. "
Surah Al-Baqarah ayat 286
Cik Rama-Rama: Sentiasa muhasabah diri untuk menjadikan diri dari yang baik kepada yang lebih baik.
10 comments:
betul tu cik rama2 - bersabar dlm menghadapi segala dugaan dan redha atas ketentuanNya..
sabar itu sifat org beriman..moga2 kita sentiasa sabar dalam menghadapi dugaan Illahi..
senyum itu pula sedekah..senyum2 selalu:)
saya setuju cik rama-rama.... muhasabah adalah jalan terbaik untuk kita kenali siapa diri kita dan menjadikan diri kita lebih baik dan baik.....
Bak kata org ramai, Sabar itu separuh dari iman
Mia mmg setuju dengan cik rama-rama .. dengan kesabaran, masalah dan perkara sejenisnya, blh diselesaikan lebih cepat dan effektif dengan sikap begini.. :))
adalah lbh baik kita mencari ketenangan dgn dktkan diri pada allah..
Bersabar itu indah dan perolehi ketenangan serta keredhaan dari Nya..
"hadapi dengan senyuman"... macam lagu sebuah band tu..
sabar itu indah..
Allah tak uji hamba Nya dengan ujian yang tak setimpal dengan hamba Nya..Allah Mha penyayang dan maha Mngetahui
iye...sabar itu indah apabila kita dapat merasai nikmat hasil drp kesabaran kita kan....
kalaupun kita tidak dpat atau tidak sempat merasai nikmat itu anggaplah ujian itu semakain berat yang ALLAH berikan maka kita harus terus bersabar n bersabar =p
jika datangnya ujian lain selepas satu ujian kita tidak patut cepat mngaku kalah sebaliknya kita kena bersyukur sebab ALLAH masih sayangkan kita sebab itu Dia datangkan ujian
bayangkan hidup kita ni tidak diuji pasti kehidupan kita xda cabaran dan kehidupan sehari-harian adalah sama kan
sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama orang yang sabar..maka bersabarlah kita di atas setiap qada dan qadar yang ALLAH aturkan untuk kita=)
Post a Comment