Kebiasaannya, kita ni kalau bosan nak makan je memanjang, padahal baru lepas makan tu. Biasanya kes-kes macam ni bukan kerana lapar, tetapi sedap mengunyah kudap-kudapan atau nak buat clearance. Kalau dah kenyang tu, berhenti je. Sebab korang kena ingat tau, nutrien yang dimakan tadi, ambil masa untuk masuk ke saluran darah. Itulah sebabnya bahaya kalau makan makanan yang berlemak dan berkarbohidrat tinggi dalam kuantiti yang banyak. Korang pernah terpikir tak berapa kalori yang telah masuk dalam badan? Dalam hati “ tak pe la bukan selalu pun, jarang-jarang je" ataupun “ lepas makan ni kena work out la” Tapi impian semua tu membunuh diri sendiri. Lama-lama akan muncul la scallop situ sini. Pastu mula la ambil macam jenis pil kurus dan pergi slimming centre.
Jentayu amalkan minum air masak yang banyak…Rasa lapar je minum air dulu. Kita ni kadang-kadang keliru lapar ke dahaga. Lapar je terus makan. Cuba minum dulu. Pastu baru makan. Mesti korang makan sikit je, sebab air dah mengisi ruang dalam perut tu. Atau pun kalau tak suka minum air, makan buah-buahan dulu. Baru ambil makanan berat. Tapi kebanyakan orang kita ni makan berat dulu, pastu baru makan buah. Pencuci mulut katakan. Sekarang cuba terbalikkan makan buah dulu. Mesti akan makan sikit. Satu lagi tip adalah makan perlahan-lahan untuk menghasilkan kekenyangan semula jadi tanpa memaksa diri untuk makan yang banyak.
Jentayu: Sayangilah diri anda. Cegahlah dari sekarang.....
13 comments:
kita kena minum air sekurang2nya 8 gelas air sehari = 3 liter
memang saya amalkan 3 liter sehari. memang efektif.
heheheh... saya cuba amalkan.. tp bila dah duduk ofis sejuk2 ni jadi tak lalu pula nak minum air byk2. makan tu mmg la kurang... camner ekkk...
seeloknya minum air 8 gelas sehari. badan pun tak letih dan bertenaga je.
eheh.. *terasalah pulak* biar bosan je, cari makanan kat dapur.. :) tapi tidaklah yg makanan berat, sekadar utuk kunyahan.... Tapi, klau air banyak, blh dapat kegemukan air ... hrmmm.. yang penting, Balanced Diet.. :)
Sarah pon keliru jugak gan diri sara nie.. Time study kan kadang2 rasa cam boring dan perot pon terasa lapar, mula la rasa nak makan..dua2 faktor sekaligus boley ker?hihi^^
Minum air tu sangat penting untuk kesihatan kite.. so,amalkan la minum air selalu.. dan buah-buahan m'punyai banyak vitamin, so abik la buah-buahan sebagai pelengkap..^^
setuju dengan kata2 ni "kadang-kadang kita keliru kita lapar ke dahaga".. kita rasa macam lapar padahal kita dahaga sebenarnya.. jadi, untuk mengelakkan kita makan banyak2.. caranya minum air masak dulu.. kalau lapar gak memang sah la kita tu memang lapar! hehe
Hihi kalau saya pulak..makan sebab stress..Opss lari dari tajuk..
a.ah kan sis,kadang mulut neh nak ngunyah jew.bukan lapar sgt pun.hehe...kalau dah lapar tu nana mmg mkn trus,takde tunggu2 da:) tapi,selalu nana mnum air lepas makan.kalo mnum dlu ase cepat kyg n pnuh perut:)
Rahsia makan buah dahulu sebelum makan nasi atau daging sangat luar biasa. Boleh mencerdaskan kita. Kebiasaannya kita makan nasi dulu setelah kenyang baru makan buah. Ini kebiasaan yang salah mari kita berubah. Tak mustahil anak-anak mudah ngantuk di pagi hari kerana kebiasaan salah ini.
Sesuai dengan Al Qur`an yaitu: “ Dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih, dan daging burung dari apa yang mereka inginkan.”(Q.S. Al Waqi`ah 20-21)
Dalam ayat tersebut Allah swt menerangkan tentang makanan penduduk syurga. Yang menarik di sini, bahwa Allah menyebutkan buah-buahan dahulu, baru kemudian daging.
Kebiasaan orang-orang Yahudi adalah selalu makan buah dulu baru makan nasi, daging dan lainnya. Mereka sudah mengetahui rahsia dalam Quran sedangkan para muslimin kadang ditipu mereka. dengan kebiasaan makan nasi dulu baru buah.
wan hanya makan bila ada kelapangan..sebab kerja dan study memanjang.sampaikan tak de masa nak makan..
makan lagi walopun da kenyan tu macam mind set atau psiko je kan...
bila kita da biasa minum air kosong atau masak masa lapar nati kita bole addapt la kan
ummu ukasyah : haa, nana ada jugak dengar neh dulu..betul3x!makan buah dulu be4 mkn makanan berat...
Post a Comment