Sesetengah orang banyak kad kredit. Macam macam jenis. Kadang kala tu berbangga dan tunjuk kat orang terutama bila nak membayar di kaunter selepas membeli barang. Guna kad kredit ni ada baik dan ada buruknya. Kalau kita ada tugas luar senang nak bayar hotel, tak perlu pakai wang tunai, guna kad kredit saja. Jalan jauh pun tak perlu bawa duit banyak. Tetapi perlu diingat, guna kad kredit hendaklah berpada-pada. Jangan asyik nak berbelanja saja. Cukup bulan teruk nak membayarnya.
Takut duit gaji tak dapat nak menampung bayar kad kredit. Itu yang menyebabkan ramai di kalangan masyarakat kita diisytiharkan bankrap sebab tak bayar hutang kad kredit.
Bagi Mama, kalau rasa tidak mampu jangan guna kad kredit atau pun kalau nak guna hanya untuk perkara-perkara yang penting atau perlu sahaja. Lebih baik bayar pakai wang tunai. Di sini barulah kita dapat menilai susahnya untuk mencari duit. Tapi sesetengah orang beranggapan, mereka yang tidak ada kad kredit tu, tak ikut peredaran zaman, tak nampak gah macam orang-orang kaya. Tak apa kalau ada orang yang kata begitu kerana yang nak membayar hutang tu kita dan yang menanggung beban tu pun kita juga. Jadi, beringatlah ye…
13 comments:
kadang2x bila manusia guna kad kredit kalu berbelanja memang tak ingat dunia. amin beli je...
kad kredit ada baik dan buruknya - terpulang kepada individu utk menggunakan sebaik yg mungkin...
Kad Kredit membawa banyak kebaikan mahupun keburukan.. Ia bergantung kepada inidividu tersebut.. So, Berfikir lebih rasional sebelum mebuat keputusan..
terpulang individu untuk menggunakannya.. bila guna kad kredit tal rasa la duit keluar macam air. huhu
betul cakap sis chara,kalo ada kad kredit mula lah belanja xingt dunia.huhu..maen ambek jew apa nak. bila da susah baru lah menyesal.
Guna kad kredit bila perlu. Saya guna bila betul-betul terdesak. Contohnya, nak beli tiket kapal terbang.
Tapi mengikut pengalaman, berbelanja dengan kad kredit ni banyak mudarat bagi yang kurang bijak mengurus kewangan.
Berbelanja melebihi kemampuan.
Saya lebih suka beli barang secara tunai. Memang duit habis sekejap tapi tak perlu fikir bebanan hutang,
kalau yang guna kad kredit tu, bila gaji masuk je, cepat-cepatlah bayar ye.
skang nie dah ade kad debit..ade duit baru leh guna..kad kredit nie ada baik dan buruk nya..law yang taw bjimat..leh lah guna kan..law yg boros dan kaki shoping..buang je hasrat nak guna kad kredit..
kad kredit ada baik buruknya.. bagi saya terpulang kepada individu tersebut mengurus kewangannya.. jika kad kredit digunakan secara berhemah pasti hanya kebaikan yg dijumpa berbanding keburukan...
betul kata wan tu...guna je kad debit xda la kita sampai nak berhutang =)
tapi tak salah untuk kita sediakan kad kredit sbgai persediaan kot ada jadi apa2 kecemasan kan..macam kata ummu kasyah tu... kot mak ayah sakit kat kampung mestila nak kena beli tiket flight.
yang penting sikap individu dalam berbelanja. kalau individu tau apa yang penting apa yang xpenting untuk belanjakan wang,,isu bankrap yang berpunca dari penggunaan kad kredit xkan berlaku =)
Kegunaan kad kredit nie kalau tak ada disiplin dan peringatan memang banyak berhutang la jadinya.. Jadi, disiplin tu sangat penting kalau nak pakai kad kredit nie supaya kita sentiasa mengawasi diri sendiri semasa nak beli barang..
Tapi kalau nak guna kad kredit untuk sesuatu perkara yang penting amat diperlukan.. Supaya senang nanti kalau apa2 yang berlaku.
Selain tu, kita juga kena sentiasa ada money management.. Pengurusan wang amat lah penting.. contohnya, kita kena tahu pembelanjaan kita selama s'bulan berdasarkan duit gaji kita.. Jangan la pula terlebih had dari duit gaji sendiri..
Oleh itu, kita kena la sentiasa beringat2 dengan diri sendiri apabila pakai kad kredit..
AtiQah
a ah betul tu..individu tu sendri yg tentukan...pandai2 lah kan ..
kaseh suchi
tengs taw bersetuju dgn pandangan Wan..
Sarah Naiema
lebih baik jgn guna kad kredit...ada duit baru blanje..kan senang
Post a Comment