Hari ni saya nak ceritakan pula mengenai untungnya orang yang mempunyai sifat sabar…Kalau kita tengok sesama rakan, kita pasti akan dapat mengenal pasti ciri-ciri orang yang ada sifat pemarah dalam dirinya. Contohnya orang yang pemarah ni kebiasaannya lebih cepat melenting daripada orang lain. Keadaan ini sebenarnya adalah tidak baik dalam menjaga hubungan sesama rakan. Oleh itu, orang yang mudah marah ni nak dinasihatkan supaya cuba untuk mengawal kemarahan anda kerana dengan kemarahan yang berlaku tu banyak lagi masalah lain yang akan berlaku kepada tuan empunya diri. Orang yang terlalu marah ni dikatakan akan lebih mudah untuk mendapat penyakit dan antaranya adalah penyakit darah tinggi…Bahaya penyakit tu….Jadi pada sesiapa yang cepat sangat nak marah tu cuba la untuk senyum bagi mengurangkan rasa geram yang ada dalam diri tu ye…Kalau masih juga marah cuba banyakkan beristighfar dan baca ayat kursy mudah-mudahan reda dengan cepat kemarahannya.
Selain itu, untuk kurangkan kemarahan anda tu, cuba la maafkan sesiapa pun yang melakukan kesalahan kepada anda misalnya sebelum tidur tu cuba maafkan semua orang yang ada mungkin membuat anda terasa hati…Baru lah nanti esok pagi bangun rasa sihat dan lebih ceria sebab hati pun jadi tenang…Banyak sebenarnya kebaikan bagi orang yang sabar ni. Antaranya ialah mereka yang kuat tahap kesabarannya ni akan menjadi lebih survival dalam mengharungi dugaan dan masalah yang menimpa. Kadang-kadang kita lihat ada orang yang masih boleh senyum walaupun lepas di marah…Cuba tengok muka kita bila marah... kan nampak buruk daripada rupa kita senyum…Jadi untuk kurangkan sifat yang macam ni, kita kena la cari sebab kenapa kita ni cepat marah. Jadilah orang yang mempunyai sifat sabar kerana dengan bersabar ini kita tak mudah melenting dan lebih mudah untuk dibawa berbincang dalam penyelesaian sesuatu masalah.
Rashid: Sesiapa yang menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya, Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di depan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana2 bidadari” (Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud & At-Tirmizi)
14 comments:
aku kira org yg penyabar jugak- tpi kadang2 tahap kesabaran tu ada batasnya juga...
nana xsuka org yang panas baran neh. marah xtentu pasal. nana baek2 jew. xpandai nak mrh org.hehe:)
sabar pun ada batasnya. jangan kita pula dipijaknya nanti....
hrmm .. sabar mmg perlu ada.. tapi jgnlah sengaja nak buat kesabaran tipis.. mmg suka cari masalah org tu.. hehehe.. klau Mia lah kan, Mia nie jenis yg gila2.. ahahah, first, Mia marah, pastu senyum and ketawalah pulak.. Mia mmg tak tahan klau marah..
Anyway, kan marah2 nie blh buat org nmpk tua.. eiihh, taknaklah.. klau nmpk matured, oklah juak.. hehehe
Kalau nak tegur tak suka tu pun, tegur baik2, takyah cpat melenting.. tak baik taw, takder org suke, lagi menakutkan adalah.. heheh..
kadang2x sabar tu ada batasnya jugak.
Emm, sabar itu separuh dari iman..Dari kite marah dan buat kite stress sapa b'larutan lebih better kite sabar jer.. Tapi sabar itu ada tahap nye, jangan pula kite sabar gan orang yang pijak pala kite..tapi tegur la untuk k'baikan..^_^
sabar itu separuh drp iman...kesabaran amat penting untuk mendapatkan sesuatu yg sempurna...
jgn smpai dipijk kesabarn kita...
biasanya kalau mira tengah marah selalu tahan nafas dan hembus. selalunya menjadi. hilang rasa marah tu. cuba la apply =)
Kebanyakan akhlak keimanan masuk ke dalam sabar, ketika pada suatu hari Rasulullah saw ditanya tentang iman, beliau menjawab: Iman aadalah sabar. Sebab kesabaran merupakan pelaksanaan keimanan yang paling banyak dan paling penting.
“Dan orang-orang yang sabar dalam musibah, penderitaan dan dalam peperangan mereka itulah orang-orang yang benar imannya, dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa” (QS. Al-Baqarah [2]: 177)
Dari itu kita dapat memahami mengapa al-Qur’an menjadikan masalah sabar sebagai kebahagiaan di akhirat, tiket masuk ke surga dan sarana untuk mendapatkan sambutan para malaikat.
Dalam surah Al-Insan [72]: 12 “Dan Dia memberi balasan kepada mereka atas kesabaran mereka dengan syurga dan (pakaian) sutera”.
Dalam surah Ar-Ra’d [13]:23-24 “…Dan para malaikat masuk kepada tempat-tempat mereka dari semua pintu (sambil mengucapkan); keselamatan atas kalian berkat kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.”
sabar tu sepenuh daripada iman..bawak duduk or mam coklat byk2..leh lah kurangkan kmarahahan tu..Kdg2 sifat marah nie tak leh nak elakkan,..macma spontan lak nak marah..lepas tu baru sedar
bersabar & memaafkan saling berkait rapat...
jika kita bersabar...hati kita semakin lembut untuk memaafkan seseorang insan..
teringat kisah benar seorang suami yang tetap bersabar dengan kerenah si isteri yang selalu meminta cerai tanpa sebab2 munasabah...
si suami mendapat kasih sayang anak2 yang melimpah ruah..& akhirnya isteri itu sendiri gembira akhirnya melihat keluarga mereka bahagia
setuju dengan kaseh suchi....jika kita bersabar,hati kita semakin lembut utk memaafkan seseorang insan....semoga kita semua m'punyai sifat sabar dlm diri....sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan Illahi..
amin..semoga kita sabar dan tabah..memaafkan adalah yang terbaik..sabar dgn ketentuan dan sikap sgelintir masyarakat..
Post a Comment