Followers

Tuesday 10 May 2011

Jejantas Oh Jejantas …..

Stesen seterusnya, Sultan Ismail. Stesen Sultan Ismail.


Wah dah sampai. Nasib baik aku terjaga. Macam mana la keadaan aku tidur tadi agaknya.  Jam dah hampir 8 pagi. Alamak, terpaksalah aku bergegas keluar LRT. Masukkan tiket dan berlari-lari anak menuju pejabat. Kalau lambat nanti bertukar pulak kad aku menjadi hijau. Memang hakikatnya aku suka hijau. Tapi tak naklah dapat kad hijau. Sebelum sampai pejabat aku akan melintas satu jejantas yang tinggi dan cantik. Memang cantik pun. Pernah aku memuji cantik dan uniknya rekaan jejantas ini ketika melaluinya satu masa dulu. (Dah lama aku tinggal di Kuala Lumpur ni, tak sangka pulak aku akan berkerja di kawasan ni masa tu.)

Sebenarnya ramai juga yang tak mahu menggunakan jejantas ni. Tapi aku tak berani. Memang tiada langsung tindakan pihak berkuasa. Sebab itulah agaknya semakin hari semakin ramai yang berani melintas tanpa jejantas di kawasan ini.

Jejantas oh jejantas. Itulah yang terpaksa aku lalui samada waktu pagi atau petang. Jejantas yang tinggi dan mendatar ni amat mencabar fizikal aku. Maklumlah dengan keadaan aku yang comel ni. Pada mula-mula aku berjinak-jinak dengan jejantas ni memang amat terasa penatnya.  Tapi lama-kelamaan aku dah terbiasa. Aku mengambil kira perjalanan pergi dan balik aku menaiki dan menuruni  jejantas sebagai satu riadah. Maklumlah aku kurang beriadah. Sekurang-kurangnya dengan perjalanan seharian aku menggunakan pengangkutan awam ini dapat juga dapat juga aku beriadah.

 







JEGEN : betullah apa yang diperkatakan, di sebalik setiap kepayahan itu ada hikmahnya.


13 comments:

Emmymazli said...

Boleh dikira berapa kali jer naik LRT sejak duduk di putrajaya ni dari tahun 2005... apa pun... keselamatan diri perlu diutamakan ye....

Unknown said...

exercise lah sis hari2:) xpe susa2 sikit,yg pnting dpt smpai tmpat keje kan:) nana takut jgk lalu jmbtn gitu...ada bukit2 pulak...nak naik penat,nak turun takutje m'gelongsor:)

The Girl of The Future said...

setiap apa yg berlaku ada hikmah nya.. :))) btw, kalau bukan untuk dilintasi sebagai langkah keselamatan, apalah guna jejantas dok tinggi and cantik merentasi jalan yg sesak.. Haih, itulah org sekaran, ingin cepat je keja.. tapi keselamatan diabaikan.. :)))

Anonymous said...

kekadang ada jejantas pun, org awam x guna jugak.

amiraliyana said...

takpala dah ada kemudahan kita guna la demi keselamatan kita jugak. mana kita nak tau 'malang tidak berbau' ya dak?;p

Sarah Naiema said...

Susah2 dulu lama2 jadi senang..lau kite dengar pepatah tu, hidup jadi semangat kan?..

betul, setiap yang berlaku ada hikmatnye cuma cara kite m'hadapi jer..lau kite berfikiran positif semuanya jadi ok..lau kite b'fikiran negatif, hidup dalam celarut jer memanjang..So, think positif maybe itu cabaran dan ujian dari Allah s.w.t..

Orang zaman skrg nie tidak m'hargai ape kerajaan da bagi dan tidak sedari sebenarya jejantas tu utk keselamatan mereka juga..sama2 la kite guna utk kebaikan kite bersama..=)

Ummu Ukasyah said...

Kalau kat tempat saya, takdenya orang nak guna jejantas.

daripada 10 mungkin 2 orang je yang sanggup naik jejantas.

kat papan tanda cakap denda RM500 kalau tak guna jejantas. Tapi orang Malaysia kan kaya. rm500 macam buang air je.

selagi belum kena kat batang hidung sendiri, selagi tulah bergadai nyawa melintas jalan tak guna jejantas.

jejantas sebagai hiasan je, lambang malaysia ni mengutamakan keselamatan di jalan raya. Tapi hanya lambang sebab pengguna jalan kaki selalu je, pandang sebelah mata atau buat-buat tak nampak kewujudan jejantas.

Wan_hazel said...

nasib bek ada jenjantas..law tak de..naye lah alamat nye..ehehhe

Wan_hazel said...

Salam Kak...Skang Wan nak bagi pendapat n pandangan lak..ehehhe..Entri akak best best je..tapi jarang nak update kat sini..Nape ye??And akak punya entri banyak bkisarkan kat kawasan setempat akak..So teruskan dengan entri macam nie..dan banyak input yang ada dalam entri akak walaupun entri bkisar tentang kehidupan seharian

Ajegendela said...

Lamanya dah tak baca comment.
Sorrylah ek. Bkn apa, bila lama tak menulis jarang juga nak baca comment. Buat Wan Hazel, tq ek. Senang hati akak baca komen awak.
Buat yang lain, terima kasih jugak, so sama-samalah kita gunakan jejantas.

Anonymous said...

Assalamualaikum Ajegendela...(^_^)
jejantas di bina untuk kemudahan.
this is a good entry.. kadang2 kita x sedar yang jejantas sebenarnya bagus untuk kita, memudahkan untuk melintas tanpa sebarang risiko kecelakaan akibat dilanggar. Walaupun begitu, agak penat jugalah kerana terpaksa menaiki anak tangga yang banyak...hehe

Cik Nani Noraini said...

comelnye ajegendela..hihi

sebenarnya, CNN nak share something.
CNN tak boleh naik jejantas sebab CNN takut pada ketinggian @ GAYAT.

kalau naik jejantas tu, rase ketar lutut,jantung kencang,berpeluh-peluh,rasa pening..

silap2 boleh naik tapi tak boleh turun..hehe

Camne ye??
mungkin oreang yg tak naik jejantas tu ada masalah yg same macam CNN kot..hehe..

Tapi walau apa pun, ia dibina utk keselamatan semua. :)

Moga Allah redha..

Wan_hazel said...

Cik Nani Noraini


ahahahha..lucu lah...tapi ada alasan yg munasabah..walau apa pun alsan..CNN mesti guna jejantas untuk keselamatan taw...undang2 tak makan alasan CNN..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...