Followers

Thursday 26 May 2011

Datuk Siva penerima Anugerah Tokoh Guru 2011


Salam Sejahtera kepada semua pembaca Rakan 1Klik.


Hari ini saya nak bercerita tentang seorang tokoh yang terkenal dengan sumbangan dan pengorbanannya. Beliau adalah salah seorang daripada  Empat penerima Anugerah Tokoh Guru 2011 peringkat Kebangsaan ke-40 iaitu Datuk Siva Subramaniam, 64, dari Perak.

Ok rakan-rakan. Mari kita mengetahui serba sedikit tentang beliau dan sumbangan beliau.

Beliau telah berkhidmat selama 32 tahun dalam perkhidmatan kerajaan. Selepas bersara beliau dilantik oleh DYMM Yang di-pertuan Agong sebagai Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia sebagai Pesuruhjaya selama 6 tahun. Selepas itu, beliau dilantik untuk berkhidmat dalam pasukan khas di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk memberi perhatian kepada mereka yang tidak mempunyai dokumentasi. Sehingga hari ini beliau meneruskan perkhidmatannya dan memberi sumbangan kepada rakyat.

Sepanjang kerjaya sebagai pendidik beliau telah banyak memberikan sumbangan antaranya memberikan latihan kepada guru-guru dalam pengajaran bahasa Inggeris, terlibat dalam menyediakan modul pengajaran Sains dan Matematik, mewujudkan Kempen Khas Perpaduan di peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan, mewujudkan Majlis Permuafakatan di kalangan Persatuan Guru, membantu menyelesaikan masalah guru yang timbul dari semasa ke semasa, mentadbir sekolah bersama Majlis Bersama Guru serta bersama mengasaskan Yayasan Guru.

Beliau dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Guru 2011 dan menerima wang tunai RM10,000, pingat emas, plak dan sijil penghargaan disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran pada majlis dihadiri lebih 4,000 pengetua, guru dan pegawai perkhidmatan pendidikan di Pusat Konvesyen Borneo Kuching.

Sebagai seorang rakyat Malaysia kita harus berterima kasih tokoh-tokoh dan guru-guru sebegini yang telah banyak memberi sumbangan untuk negara tanpa mengharapkan apa jua penghargaan. 



Shinny: Selamat Hari Guru… 

11 comments:

Anonymous said...

wah, hebat2x..;)

Unknown said...

tanggungjawab guru juga amat besar pada negara utk mendidik anak2 bangsa..hargailah pengorbanan guru2 yang telah mendidik kita:)

“Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”

story of my life said...

Tahniah Datuk Siva! moga menjadi Inspirasi kepada semua cikgu-cikgu di luar sana

Emmymazli said...

tahniah kepada penerima anugerah!!... ingatlah!! guru adalah pemangkin masa depan negara!!

The Girl of The Future said...

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Saya, dengan bangganya bersetuju! :)
Walaupun perkejaan mulia ini sering diperlekehkan, tetapi tetap amat2lah penting dlm dunia..Tanpa mereka, kita takdalah apa yg kita ada sekarang...

Btw, Tahniah, Datuk Siva Subramaniam.. Dan kepada semua guru di dunia ini, Thank You.. dan hadapilah cabaran dlm kehidupan pekerjaan anda.. :)

Anonymous said...

kadang2x guru sanggup bekorban apa saja demi anak muridnya.yg ptg supaya anak muridnya maju jaya.

Azie Azman said...

tahniah kepada Datuk Siva..
semua guru-guru di malaysia haruslah mencontohi beliau..
apa yang penting ialah ikhlas dalam mengajar supaya ilmu yang disampaikan itu berkat..
selain itu kita jugak dapat pahala tau =D

Sarah Naiema said...

Guru itu pelita dan mereka diibaratkan ibubapa kedua kite..

Kite haruslah berterima kasih dan mengenang terhadap segala jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh mereka..

Tanpa mereka gelap la hidup kite tanpa ilmu didada..terima kasih guru..

Pekerjaan sebagai seorang pendidik bukan mudah kerana mendidik seseorang perlu la mempunyai kekuatan dari segi mental dan fizikal..tetapi walau ape2 pon jasa mereka tetap dikenang sehingga ke akhir hayat..^_^

meoww cat said...

tahniah kepada semua guru2 yang mendapat anugerah...tanpa guru,siapalah kami...

Cikbintang said...

sy phm pengorbann guru sbb parents sy guru..huuu =)

Wan_hazel said...

taniah kepada guru..tak perlu penghargaan pun guru tetap yang terbaik bagi wan...Lebih lebih lagi guru yang pernah marah marah dan ajar Wan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...