Kebanyakan kanak-kanak sekarang telah didedahkan dengan kemudahan internet. Kadang-kadang mereka lebih celik daripada ibu bapa mereka! Kita ni, kenal komputer pun lambat, tapi anak-anak zaman sekarang, takde komputer atau laptop kat rumah memang tak sah!
Tapi, sebagai ibu bapa, kita perlu awasi anak-anak ketika mereka melayari internet. Maklumlah, mereka lebih terdedah dengan pengaruh buruk sekiranya tidak diawasi! Kali ini, Mummy akan berkongsi tips penggunaan internet untuk kanak-kanak ;
- Letak komputer di tempat umum, jangan letak di dalam bilik agar anda dapat mengawasi anak anda
- Kongsi akaun e-mel dengan anak anda agar anda dapat mengawasi mesej yang diterima
- Luangkan masa untuk melayari internet bersama anak anda
- Jangan benarkan anak anda memasuki chatroom, sekat dengan ciri-ciri keselamatan atau guna perisian penapisan khusus
- Selalu awasi bil kad kredit dan bil telefon anda untuk semak bayaran akaun yang luar biasa
- Jangan buat endah tak endah jika anak anda beritahu ada pertukaran online yang tidak menyenangkan
17 comments:
betul tu.budak zaman sekarang lebih celik it dari ibubapa..~
anak2 lebih advanced drpd parents - cepat betul mereka meneroka perkara baru..
tips yang bagus! pada ibu2 meh guna tips dari Mummy:) awasi anak2 anda
saya memang setuju..anak2 sekarang mereka lebih expert dr kita
good info.. tak payah pandang org lain.. anak saya sendiri pun begitu... budak zaman IT la katakan
sebagai seorang anak yg masih bwh jagaan papa and mummy, mmg Mia setuju dengan kata2 ini... especially part di mana "anak-anak zaman sekarang, takde komputer atau laptop kat rumah memang tak sah!
hehehe... mmg kengkawan akan sokong sgt dengan pernyataan ini...
memang kena pantau budak2 sekarang. takleh biarkan online sensorang. bahaya..
betul-betul. kanak-kanak zaman sekarang memang dasyat.
kalau tak percaya cuba lah baca blog kanak-kanak bawah umur.
ibu bapa perlu sentiasa awasi anak-anak supaya perkara-perkara yang tak diingini tidak berlaku =)
sesal kemudian tidak berguna.
dlu kita maen ting ting je kt umah..huuu..skng smua asek terperap kt umah..on9...xbgs tol persekitrn cmni...
Tu la kanak2 skrg nie lebih gemar habiskan masa dengan online jer, tak nak pula baca buku..Lau search benda2 yang berfaedah ok jugak..
Kanak2 zaman skrg nie da maju dan celik IT..Ibubapa kena lebih mengawasi dan memantau mereka takut nanti terjebak dalam gejala2 negatif..
Kalu boleh set masa untuk diorang, kena ada jadual, nanti belajar pon tak ke mana..sibuk dok online jer..
Ingat masa Sara budak2 dulu, laptop pon tak kenal..komputer tu kenal la..hihi^^
Terima kasih dia atas tips-tips di atas.
Semoga kita dapat memanfaatkan internet untuk perkembangan minda anak-anak.
paling penting jangan sekat jika anak ingin melayari internet tapi awasilah aktiviti mereka.
kan molek kalau aktiviti berinternet ni jadi aktiviti riadah sekeluarga. layarilah dan ajarilah anak-anak untuk lebih cenderung membaca web-web ilmiah.
skang nie semua keluarga dah de laptop..budak2 kekadang lebih cerdik IT dari ibu bapa..
tips yang berguna....
memang wajar la yahoo mail kena umo dari 13 tahun baru bole register =p
dalam hal ni sebagai ibubapa, tegas dalam mendidik anak sangat digalakkan supaya perkara tidak elok dapat dielakkan termasukla salahlaku di internet =p
terima kasih atas komen kalian..teruskan mengikuti tulisan Mummy ye..:)
budak2 skang nie darjah satu pun dah ade FB..Bila kita perhatikan gaya penlisan emreka org dalam FB nie..pergh ..ganas ..Siap sumpah2 cikgu dia org...budak2 nie..kene diperhatikan.
hahaha..betul tu wan...
kat tempat kerja kaseh dulu ada sorang ayah sampai tak kecewa sebab anak dia da xmau jalan2 ngan family da..sebab nak duk umah layan FB...
hahaha..tu pun baru darjah dua...
ayah pulak yang rasa terabai....
zaman da berubah..dulu anak2 yang terabai
Wan hazel: betul-betul.. budak-budak sekarang. sekolah rendah dah ada laptop handphone semua. Canggih sungguh.
Ibu bapa kena monitor anak-anak dengan lebih ketat lagi.
Post a Comment