Followers

Friday, 22 April 2011

Tahukan Tumbuh, Belum Melata



Sifat Keempat yang akan KakBa ulas ialah Sifat tahu kan bodoh diri.  Sifat ini berkaitan dengan menyedari kekurangan dan kelemahan diri sendiri. Orang yang bermasalah biasanya tidak sedar akan kekurangan diri sendiri dan suka mencari kekurangan dan kesalahan orang lain. Sebenarnya orang begini cuba nak menutup kekurangan diri sendiri. Jadi, mereka ni sibuk mencari kekurangan dan kesalahan orang lain dengan harapan orang tak akan berkesempatan mencari kesalahan dan kekurangan dirinya. 

Keadaan ini menyebabkan mereka tidak berusaha untuk membetulkan diri sendiri kerana sering merasakan diri mereka sentiasa sempurna. Sifat menyedari kekurangan dan kelemahan diri sendiri ini sebenarnya akan mendorong seseorang berusaha memperbaiki diri sendiri dari semasa ke semasa dan ingin menjadi orang yang baik pada hari ini berbanding hari semalam. Ungkapan menarik yang boleh kita renung bersama ialah: “tahu kan kurang dari lebihnya, tahu kan cacat dari eloknya, tahu kan bodoh dari cerdiknya, tahu kan bekal belum banyak, tahu keatas belum berpucuk, tahukan kebawah belum berakar, tahu di tengah belum berbatang”.


 
KakBa : Tahukan tumbuh, belum melata… 

14 comments:

rusna wana said...

klu orang gila pun tak kan mengaku dia gila kan..betul tak?

aqishah said...

kekadang fikir dimana kesalahan kita sebenarnya..

pas tu sebolehnya cuba perbaiki dan cuba berubah menjadi lebih baik

Anonymous said...

susahnyer kalu org punyai sifat mcm tu.

story of my life said...

macam2 perangai org ...rambut sama hitam tapi hati lain2..

shafika misbah said...

Kita manusia diberikan akal untuk berfikir. jadi gunakahlah. ye dok ? heheh

Unknown said...

wah,byk pribahasa yg nana xtaw...

story of my life said...

tuela..baguskan blog nie boleh buat rujukan gitu..

aqishah said...

think and be positif..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

insya alalh cuba berubah ke arah lebih baik

The Girl of The Future said...

btul3..
Tiada manusia yg sempurna.. :) so, cermin diri tu...

Cikbintang said...

brpikir kearah kebaikn dan positif...komen2 dcni smuanya betul =)

meoww cat said...

peribahasa yg bagus...first time dengar tau..

Sarah Naiema said...

Setiap manusia pasti ada kekurangan dan kelebihan masing2.. Lau seseorang tu da taw dimana kekurangan, kita dapat memperbaikinya supaya menjadi lebih better.. bagitu juga seseorang yang da taw kelebihannya, cuba dan halangi la dirinya dari bersikap riak dan sombong..

Seseorang itu kadang2 tak taw apa kekurangan dirinya.. susah nak detect.. Tapi bila ditegur oleh kawan atau family sendiri, tidak dapat menerima pula.. Tu la susah lau orang camnni..

Orang2 seperti nie sepatutnya berfikiran positif dan sentiasa terbuka dengan kritikan2 orang lain.. ayuh, cuba la berfikiran luas ckit yea! ^^

Wan_hazel said...

boleh dikatakn bodoh sombong...org mcma nie tak leh nak ditegur...sebab dia rasa semua yg dibuat betul..dan tahu segalanya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...