Followers

Friday 22 April 2011

Nasi Lemak O Nasi Lemak



Siapa yang tak suka nasi lemak? Semua orang sukakan. Nasi lemak kita boleh angkat jadi nasi kebangsaan tau...Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa pun boleh duduk satu meja gara-gara nasi lemak...kena pula dengan kopi O. Tak percaya? Ramai pelanggan? Ada masa tengok lah sendiri...tu di kedai makan Jalan Mambang Di Awan di sebelah sekolah rendah tu...tak tau dekat mana? Buka la Google map...kan maklumat di hujung jari 

Apa pun Missie68 nak cakap pasal obese lah. Tabik hormat pada Menteri Kesihatan kita yang satu nihh...beliau memang prihatin dengan tahap kesihatan rakyat Malaysia, dari yang baru lahir hingga ke tua. Masing-masing ada kategori penyakitnya. Jangan tak percaya, semua penyakit ada graf turun naiknya. Tu pasal lah, ada sidang media untuk ceritakan budak sekolah yang dah makin ramai jadi obese...sebabnya nasi lemak. Ye ke nasi lemak boleh jadi obese? Tak kot, cuma kalau tak dikawal makan tu yang boleh menjadi-jadi...

Apa kata kalau siapa-siapa yang rajin tu, periksalah BMI. Sekurang-kurangnya bila dah tau keputusan BMInya hati pun senang. Tak gitu? Dan kita kena sokong juga lah orang-orang Kementerian Kesihatan nihh, penat depa upah pereka grafik buatkan poster, risalah Piramid Makanan, lepas tu hantar pula ke sekolah-sekolah. Cikgu-cikgu pun apa salahnya ambil masa sepuluh minit tiap-tiap hari, cerita pasal Piramid Makanan pada anak-anak murid...kan anak-anak murid suka cerita pasal makanan. Akhir sesi mesti anak-anak murid kata...terima kasih cikgu! Kesian orang-orang Kesihatan, tak terima apa-apa pun, sedangkan maklumat tu, depa yang sediakan...tapi orang-orang Penerangan bijak, depa selalu selitkan cerita yang sihat-sihat dalam ceramah depa, lepas tu siap dapat cenderahati lagi. Untungnya badan. Cikgu sekolah yang bagi!

Tak kisahlah kan, apa pun kita ni satu suara kan...ingat-mengingati satu kewajiban. Kena pula benda yang baik-baik ni. Mak bapa mesti bangga kan kalau anak depa cakap... kenapa asyik makan nasi lemak je... takde makanan lain ke? Paling busuk pun mak ke bapak ke, mesti jawab...bijaknya mulut engkau! Siapa ajar? Cikgu sekolah.


 




Missie68: Kerajaan memang prihatin. Era 70-an dulu, Sekolah Kebangsaan RLKT  Lasah sediakan makanan tambahan untuk murid-murid sekolahnya. Kami sudah dilatih untuk beratur, tak potong barisan. Upahnya nasi lemak dua kali seminggu.  

21 comments:

rusna wana said...

anak aku tiap2 hari makan nasi lemak kat sekolah...tak obesiti pun..:-)

PS Mubin said...

nasi lemak ni dah jadi makanan asasi dari dulu lg...pendapat sy soal obesiti pelajar ni bukan soal makanan di sekolah.Tp makanan kat luar sekolah tu. ngan mcm2 jajan, mcm2 air dijual nyer. Pas tu mak bapak yg berduit pulak bawa anak makan burger, KFC, pizza dan mcm2lg...mcm mana budak tu x obes. kami sekolah dulu hari2 mkn nasi lemak tak obes pun.

Anonymous said...

bestnyer dappat mkn nasi lemak.;)

aqishah said...

nasi lemak kolesterol banyak tapi tetap suka makan gak...

obesiti... hurm agak membimbangkan sekarang sehingga kerajaan memantau agar tidak menjual makanan yg tidak berkhasiat kat kantin sekolah sprt minuman berkarbonat dan junk food...

ini sebagai langkah mencegah obesiti peringkat awal... eloklah tu kan kerajaan pun prihatin.

ikan emas said...

salam kenal,

IE tak makan nasi lemak

setahun sekali boleh laa..kita melayu kan!

Cikbintang said...

nasi lemak kopi o tv9 ..hehehehe
ari2 org taja..huhu

Joel Leslie said...

nasi lemak oh nasi lemak .. rindu nasi lemak D:

story of my life said...

nasi lemak makanan tradisi kita..semestinye sedappp

shafika misbah said...

Sangat suka nasi lemak. Tu yang badan pun dah naik berlemak tuh. huuuu

aqishah said...

tulah hari2 mkn nasi lemak.. hohohooo

Unknown said...

nana suka makan nasi lemak!hee..lg2 nasi lmak ayam!nyummy:)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

lps makan nasi lemak pgla excersize.. tiap2 hujung minggu pergila ke taman berjalan2 utk pecahkan lemak..dalam seminggu makan sekali jela nasi lemak..

Sarah Naiema said...

Nasi lemak sebenarnya tinggi kalestrol..dan ia penyebab punca kenaikan kolesterol darah.. sbb tu k'banyakan ramai orang setuju jika ia dihadkan di sekolah..dpt dicegah awl2..=)

The Girl of The Future said...

Mia tak makan pelbagai jenis makanan <-- cerewet :P
tapi, klau dha suka satu makanan tu, mmg blh order bnyk. :) Nyum2..
Bagaimanapun, mmg gie exercise.. kita gie main! kat sekolah, mmg sudah tersedia banyak gelanggang and ruang utk main.. :) jangan pula duduk pandang org main je..

Cikbintang said...

mskn tradisional xptt djdkn sbg hlgn hye dsbbkn org brkata ianya punca obesiti...nape xckp fast food skrg yg jd kegilaan punca sbnr obesiti..hurmm

amiraliyana said...

tak jugak.. kena pandai2 kawal la. jangan la sampai tetiap hari makan nasi lemak. memang boleh obesiti la jawabnya.

meoww cat said...

nyum..nyum...sedapnyer nasi lemak...kalo ditambah sambal kerang..mmg menjilat jari lah...

Ummu Ukasyah said...

Rasanya nasi lemak tak salah kalau nak makan. hari-hari pun boleh.

tapi, semuanya bermula dari rumah. Ibu bapa yang kena kawal anak. Kena didik cara pemakanan anak. zajar anak apa tak boleh, apa yang boleh. Memang susah pada mulanya, tapi hasilnya InsyaAllah berkesan.

Tapi paling saya tak suka dengan kantin sekolah, dulu pernah mengajar kat satu sekolah rendah ni, 80% makanannya adalah makanan ringan dan langsung tidak berkhasiat.

Apa-apa pun, guru besar dan guru-guru lah memainkan peranan penting bila kat sekolah, haramkan terus makanan ringan ni untuk dijual kat kantin. Dah namanya sekolah,kenalah mendidik anak bangsa menjadi insan yang gemilang, terbilang dari segala aspek. kalau orang kantin tu berdegil jual jugak, cari je pengusaha kantin yang lain.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Wan_hazel said...

nais lemak wat org mngantuk...tp nape org suka mam nasi lemak??

Anonymous said...

x salah makan nasi lemak...cuma kuantiti nasi tu kena kawal...
ok la tu kalau kerajaan sasarkan nasi lemak kat kantin sekolah skali je seminggu kan...

n apa kata kalau nak jugak makan nasi lemak..makan je nasi putih biasa dengan sambal nasi lemak...
bole kurangkan kalori dalam nasi lemak tu

agpun nasi lemak untuk sarapan je...x elok la lemak2 sangat,, nanti tngahari nak makan nasi campur kuah masak lemak cili api lagi,ayam percik lagi, xkan pagi makanan berlemak,,tengahari pun makanan berlemak jugak..

Wan_hazel said...

tak makan nasi lemak pun..kalau tak bersenam tetap sakit jugak...ehhehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...