Followers

Tuesday, 26 April 2011

Jom Sokong eM@K


Bukan nak promote tapi nak berkongsi maklumat dengan anda semua tentang program eM@K yang dilancarkan oleh Dato’ Seri Shahrizat pada bulan Mac yang lepas. eM@K sebenarnya adalah program yang menggunakan Internet sebagai media pemasaran dan promosi kepada barangan dan perkhidmatan yang diberikan oleh golongan wanita terutamanya ibu tunggal dan miskin. Anda boleh dapatkan perkhidmatan katering, menempah baju, kek mahu pun untuk mendapatkan barangan kraf dan perhiasan. Dalam program ni juga disediakan bengkel kemahiran dan keusahawanan bagi meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan kepada wanita yang ingin memajukan diri dalam perniagaan.  

Bagi saya, pelancaran program ni menampakkan keikhlasan dan kesungguhan kementerian yang membela nasib wanita terutamanya golongan miskin dan sederhana untuk keluar dari belenggu kemiskinan. Yang menariknya ialah program ni menggalakkan kerja dilakukan di rumah. Jadi, bagi wanita yang menjadi suri rumah bolehlah mengambil kesempadan daripada program ni untuk menambah pendapatan. Bagi yang lain tu, kalau nak tempah boleh la. Layari ja www.emak.com.my.
 







Anom: Nak try tempah baju laa..  

13 comments:

aqishah said...

bagus ini adalah hasrat yg murni utk menolong golongan yg miskin dan x berupaya.. saya sokong bantulah mereka.. kerajaan mmg prihatin...

Anonymous said...

bagus betul buat mcm ni, bg membantu rakyat miskin...

story of my life said...

salah satu cara oleh kerajaan utk membantu golongan yg tidak berkemampuan..sy sokong!!

Unknown said...

betul2,bagus la dpt bntu sesama kita:)sekarang neh semua pakai o9 kan

aqishah said...

yuppp... macam2 bole salur bantuan... cnthnya guna sms pun bole kan.. kita kenalah saling membantu antara satu sama lain.. kan dpt pahala dan keberkatan...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

kaLAU TAK baca sini mmg tak tau ada website ne ..kena jenguk ne

Sarah Naiema said...

Amat bagus sekali program yg dianjurkan nie untuk m'bela nasib wanita yang kurang b'kemampuan untuk m'jalankan pniagaan nie..

Harap program nie dapat m'yemarakkan semangat ingin berubah dalam setiap ihsan yang mahu hidup mareka berubah dan lebih senang..

syabas kerajaan=)

The Girl of The Future said...

Wah, best2 .. kalau tak baca, mmg tak tahu pun.. :)
surirumah pun blh dapat duit gini lah.. :)))) amat berguna.. *thumbs up to the government* .. dapat juga memberi insan yg kurang bernasib baik utk mengubah nasib and at the same time, berjasa kepada negara..
:)

meoww cat said...

pernah tengok kat tv haritu....

amiraliyana said...

kalau bukan sebab website taktau la pasal program emak ni.

bagus jugak buat camni. dapat bantu golongan kurang bernasib baik.hmm

Ummu Ukasyah said...

Baguslah ada program macam ni.. ini boleh membantu golongan sasaran untuk keluar dari belengu kemiskinan dan meningkat kan kemahiran dan meningkatkan taraf hidup.

Wan_hazel said...

sokong program nie..nak jugak ada program Ayah lak..ehehh..baru adil..kekadang kerajaan cuma pandang pada wanita je..macma tak adil lak..bukan nak mrendahkan martabat emak atau wanita cuma..nak jugak tengok ayah atu kaum lelaki dihargai..

Anonymous said...

program ni amat bermanfaat...tambah2 lagi zaman sekarang ni internet kat mana2 senang ja nak dapat...
bagi notebook free, pastu wat program emak ni pulak memang bertepatan sangat la...

sekarang bergantung pada golongan yang emak2 untuk berusaha memanfaatkan usaha kerajaan ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...