Followers

Monday 11 April 2011

Bahayanya ‘beg plastik’




Minggu lepas Uchee baru sahaja pergi membeli barang keperluan di sebuah pasar raya. Sekarang ni kalau kita lihat di pasar raya kerajaan sedang mengadakan kempen ‘kurangkan penggunaan beg plastik’ terutamanya yang membeli belah pada hari minggu. Setiap kali pergi membeli barang hari minggu Uchee tak lupa bawa beg sendiri. Bukan apa, ini adalah cara kita semua cuba menyelamatkan bumi kita. Selain tu, boleh membantu membendung masalah pencemaran. Di samping dapat juga menjimatkan kos terhadap beg plastik sebab beg plastik yang digunakan ada bayarannya.  Kita semua tentu sedar bumi ini sudah terlalu tua untuk kita semua. 

Oleh itu, tanggungjawab kita semua untuk menjaga bumi ini. Bumi kita hanya ada satu. Tapi yang Uchee tengok kempen ini hanya dijalankan di Pasar raya Besar sahaja tetapi kedai runcit dan peniaga kecil-kecilan masih lagi menggunakan beg plastik. Kan bagus kalau kita semua selaraskan kempen ni, tidak kira di mana pun kita membeli belah. Kita semua kena sedar yang penggunaan beg plastik di seluruh dunia lebih kurang 1 trillion. Seperti yang kita semua tahu beg plastik adalah bahan buangan yang tidak mudah mereput dah tidak mudah dihapuskan. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya membakar beg plastik ini, kerana asap yang dihasilkan boleh menyebabkan pencemaran. Jika kita tanam beg plastik ini, bahan toksin plastik tersebut akan masuk dlm sumber air kita pula, juga merosakkan kesuburan tanah. Bak kata bos Uchee “nanti anak kita nak tanam pokok, gali-gali ader plastik”... kurangkanlah penggunaan beg plastik.
 







Uchee: Jom sama-sama jaga bumi kita…   



20 comments:

yantz-yeem said...

guna beg serbaguna adalah langkah yg bijak dan selamat

Izan Ishak said...

betul tu uchee...beg plastik mmg bahaya. so, kenalah pupuk juga semangat cintakan bumi pada anak2 kecil kita~

Syima Emi said...

sokong kempen ni sgt2 wpon kadang2 terlupa nak bawa beg sendiri masa shopping...hehehehe.. alah bisa, tegal biasa...

Miss Red Apple said...

katakan tidak pada beg plastik...

aqishah said...

hari sabtu hari tanpa plastik... sila bawa beg sendiri... sayangi bumi kita

story of my life said...

pas ni kena bwk beg bila shopping..so no more beg plastik..yeahh!!!

rusna wana said...

sokong sangat2 dgn kempen 'no plastic bag on saturday' - klu boleh tiap2 hari pun ok jugak - sokong dgn TESCO - guna beg recycle dapat 2point...

aNiM said...

sekarag ni nak shopping dah standby beg sendiri dlm kereta.hehe.

sokong kempen ni (^_^)v

n.h.m.s said...

yup, salah 1 cara jaga environment.:)

Cute MuM said...

betul tue,,
tapi cute mum sendiri jarang bawa plastik sendiri..
so bila hari sabtu, no shopping..

Joel Leslie said...

next time beli beg yg environment friendly la :) pergi shopping scr slamat .. hehehe

rusna wana said...

tp last week pegi tesco - ada umat manusia yg mengamuk sebab takde beg plastik pada hari tu...huhu - nmpaknya 'dia' ni bagai katak dibawah tempurung...tidak mengikuti perkembangan masa dan waktu..hahaa..nak tergelak pun ada jugak time tu..alahai ..macam nak sound je umat yg tak prihatin langsung tu...

Unknown said...

save our environment:)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

gunalah yang beg ada jual kat tesco tue..murah & cantik2

Sarah Naiema said...

Kempen nie dapat mengalakkan masyarakat kite supaya sayangkan pada alam sekitar, bumi kita..

Secara tak langsung ia dapat m'gurangkan bajet untuk beli plastik coz ia nampak sangat satu p'baziran berlaku.. so, jom la para2 wanita semua bawa plastik or beg masing2 untuk m'beli belah...


Go green go! ^^

The Girl of The Future said...

dlm kereta mmg mesti ada 2-3 beg eco-friendly <-- berkat simpan bnyk2 beg.. teehee..
kat umah, beg plastik di-reuse *kecuali yg kotor lah*

Kat kedai2 besar, kena byar 20 sen kalau nak plastik... ish3, kan blh guna 20 sen tu pergi tandas.. *opps hehehe*

Anyway, together we stand as one nation protecting our dear earth...

amiraliyana said...

betul tu. kalau nak buat, buat la kat semua tempat. baru la kempen ni boleh berjaya.

Wan_hazel said...

masa tahun 2008 ade beg plaastik yg leh kitar semula..seingat wan ...Bes dihaislkan dari ubi kayu...

Cik Nani Noraini said...

bukan beg plastik yg berbahaya, polisterin juga memberi impak yg sama.

Jika kita hendak membuang bekas polisterin, jgn cucuk atau koyakkan bekas polisterin tersebut, kerana dgn cara itu, ia akan mengeluarkan gas yg berbahaya kepada manusia.

sekadar share.
Moga Allah redha.. :)

Wan_hazel said...

Cik Nani Noraini


waaaa...betul ke tu??wan baru taw lah..slalu nye wan renyok2 je polisterin nie...erm..lepas nie kene buang teruslh kan...tengs share info nie CNN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...