Followers

Friday, 22 April 2011

Antara Makan Di Luar Dengan Masak Sendiri


Kalau cerita pasal makan, semua orang suka makanan yang sedap-sedap, tak kira sama ada  makan di luar, ‘beli bungkus’ untuk bawa balik atau masak sendiri. Pendapat orang memang berlainan.  Ada orang suka makan di luar terutamanya yang banyak duit tentu makan di restoran-restoran, tapi  kurang mampu sikit tu makanlah di warung-warung. Setengahnya memang malas masak atau pun tak pandai masak atau barang kali  si suami yang suka  ajak keluarga makan di luar. Ada juga yang pandai masak tapi  tak sempat nak masak  atau anak pula  suka makan di luar, terpaksalah ikut….

 Makan di luar ni belanjanya besar. Biasanya bagi suami isteri  yang bekerja, waktu malamlah mereka sekeluarga  keluar makan. Sekali makan  kadangkala  mencecah RM100 hingga RM200. Kalau tiap-tiap malam parah juga dibuatnya….

Tetapi ada juga yang suka ‘ beli bungkus’. Beli lauk,  masak nasi di rumah. Yang ini kurang sikit belanjanya.  Tapi beli lauk ni, ada kalanya  sedap, ada kalanya tak sedap.  Nasib tak baik  kena lauk basi !....

Sesetengah orang pula suka masak sendiri.  Cara ini  agak jimat, puas hati, sedap walaupun masak  ringkas sahaja.  Ada suami yang suka isterinya masak. Makan panas-panas , tambah selera tu….. Bukanlah bermakna  asyik masak aje di rumah, sesekali tu  beli bungkus atau  juga makan di luar.

Bagi Mama, tentunya suka masak sendiri di rumah. Lebih puas hati dan ikut cita rasa kita dan selera keluarga. Sebab tu  awal  pagi dah kena bangun,  buat sarapan pagi dan  masak lauk sekali gus untuk hidangan  tengah hari  keluarga  di rumah. Tak susah sangat pun. Yang penting seronok dan puas hati.








Pesan Mama Manis:  Masaklah makanan yang disukai   keluarga terutama suami dan anak-anak dengan  rasa seronok dan ikhlas. Baru ada kepuasan.

18 comments:

rusna wana said...

aku lagi suka makan kat rumah - selesa dan makanan yg dimakan pun selamat, bersih dan jimat belanja...berbanding dengan makan diluar , dengan perskitaran yg tak selesa, kotor, ramai orang, lauk pauk dihinggapi lalat..dll..

aqishah said...

kekadang suka gak makan kat luar bole relax2 dr masak skit...

purata sy masak adalah dlm 4 kali seminggu... lain2 beli kat luar aje..

sebenarnya masak mmg jimat dan sedap pulak tu...

tapi kalo terkena yg x sodap mmg geram dibuatnya..

apapun aim kedai makan yg mmg best n sedap... berbaloi2

Cikbintang said...

cikbintang suka msk sdri =)
puas aty hehehe
(puji dri sdri )

Anonymous said...

chara lbh suka mkn masakan mak.kadang2x ada jugak mkn kat luar, tp tgk kedai jugaklah yg biasa pergi,masakan sedap dan paling penting sekali bersih.hihi

story of my life said...

mkn rumah lagi best..selesa.. tp kalo sekali sekala mkn luar apa salahnya ye tak?

shafika misbah said...

Nak mak masak punya !!!! :)

Tapi sendiri pun suka gila masak. cuma tak reti je. hehehe

Unknown said...

apa2 masakan mak paling sedap!hehe....

p/s:suka siti..hehe

aqishah said...

yeah ari ni nak celebrate my cute girl kat pizza... jommmm....

story of my life said...

sedap plak dengar pizza pagi2 nie...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

dalam 5 hari bekerja saya akan masak dalam 3 kali.. sabtu / ahad depend kalau pagi2 dah ada urusan tak masaklah..kalau dok umah je saya masak & kekadang jemput family makan sekali..selain jimat ia mengeratkan kasih sayang tau

The Girl of The Future said...

kita makan kat rumah je.. ada tyme, ada mood, ada $$, redah ke restoran2 di luar.. heheh.. :)
tapi, mmg masakan ibu dan kat umah mmg sedap sebab masak dengan kasih sayang and ikhlas..

amiraliyana said...

masakan rumah la yang paling best. memang kena dengan citarasa kita. kalau kat luar yang ni tak kena, yang tu tak kena. biar masakan di rumah lagi puas.

meoww cat said...

masak sendiri la bagus..sbb masak sendiri ni kita boleyh kawal garam,gula..kurang skit risiko nk dpt penyakit...

Ummu Ukasyah said...

saya lebih suka masak sendiri. terjamin kebersihan dan semestinya halal.

kalau nak makan di luar pun, mesti cari dulu logo halal JAKIM kat kedai dan tengok lantai kedai. Kalau tak cukup sifat, nampaknya kena survey kedai lain.

Apa-apapun masak sendiri lebih baik. Dapat pahala.

kalau yang tak pandai masak, hari-hari cekalkan hati untuk masak, chef wan pun kalah.

Wan_hazel said...

makan kat rumah lagi bagus..jimat semua and boleh berkongsi makanan ngn fmlly gak

Anonymous said...

masak sendiri lagi baek pasal kita bole modify rasa masakn kita tu ikut selera kita la ka,,pastu bole tambah banyak mana pun xpa..xpayah control ayu sbab kat umah suma family ka...

macam ummu kasyah ckap jugak kat umah masakna lebih bersih...x payah was2 isu halal haram

Sarah Naiema said...

Makan kat rumah lebih elok dan best dari makan kat luar.. Kalau makan kat luar, makanan belum tentu bersih.. Kita bukannya tengok cara diorang masak.. Kadang2 tu lalat banyak yang hinggap, nak makan pun dah tak selera..

Bukannya nak memburukkan makan kat luar, tapi kalau kadang2 nak celebrate something boleh jer kat luar tapi pastikan tempat tu bersih dan makanannya terjamin juga bersih.. Makan kat luar boleh merapatkan hubungan kita satu family juga tau..

Makan kat rumah, dapat mengelakkan pembaziran.. Masak sendiri la kan, tak adalah keluar pembelanjaan sangat berbanding makan kat luar.. Lagi satu, masakan oleh ibu banyak kasih sayang... Mesti jadi teringin selalu..=)

Wan_hazel said...

ok..maka kat rumah memang yg terbaik...selamat..halal haram pun tak risau dah..tp kene lah bjaga2 masa beli brg2 mentah lak..eheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...