Followers

Wednesday 23 March 2011

Zon Selesa


Salam sejahtera dan salam 1Malaysia,

Apa yang tidak kena dengan saya? Semuanya rasa okey! Orang yang selalu mengungkapkan kata-kata ini menghadapi satu penyakit iaitu Syok Sendiri. Penyakit ini disebabkan kita rasa selesa dan tidak memikirkan sesuatu untuk menjadi lebih baik. Bahkan kita rasa gembira dengan apa yang kita ada dan tidak berusaha untuk membawa hala tuju kehidupan yang lebih cemerlang. Menjalani rutin kehidupan yang sama setiap hari.

Ramai di kalangan kita merasakan diri mereka sudah cukup bagus atau mereka tidak berfikir pun apa yang sedang berlaku kepada mereka sekarang. Yang mereka fikirkan apa yang hendak dibuat hari ini, apa rancangan esok, ke mana hendak lepak, membeli-belah hujung minggu nanti ataupun bila nak tukar telefon bimbit baru. Inilah segala-galanya tentang hidup mereka. Mereka berada dalam zon selesa atau budaya selesa kerana tidak mahu memikirkan tentang masa hadapan mereka. Enak dan selesa, selesa, selesa.
 








Cik Ai: Bagaimana hendak mengatasi penyakit ini, nantikan…

7 comments:

Unknown said...

penyakit "SS"
hehe =)

aqishah said...

x bole selesa sgt pun

kalo nak maju sentiasa ke hadapan dan maju

Unknown said...

hehe,problem tuh...nana x ss kot:)

Sarah Naiema said...

Baru taw zon selesa tu apa..

Susah jugak lau ada pyakit Syok Sendiri nie.. Semua benda yang dibuat pasti diagap betul dan tidak berusaha untuk mencapai yang lebih better..

Pyakit sebegini akan m'dorong seseorang utk m'jadi malas dan selalu pikir dirinya sentiasa berada diatas serta kurang kemajuan dalam dirinya..

berfikir serta bertindaklah untuk berubah dan membuang tabiat zon selesa tu..^^

amiraliyana said...

maybe ada jugak kot sesetengah penyakit ni. huhu

Wan_hazel said...

SS..syok sendri..law bcnta tepuk sebelah tgn pun leh dikatakan SS gak..ehehhe

Anonymous said...

seronok sangat kot berada di zon selesa...

ibaratnya tido beralas tilam empuk ngan bantal yang gebu..ishk..kalau ada yang dodoi lagi la selesa,,,hahaha

akhirnya kerana terlalu selesa solat subuh terlepas la pagi tu...kalau subuh je terlepas xpa lagi..1 kali ja kena qada...

kalau yang selesa sangat2 tu asar pun xsedar lagi,,
kalau meninggal waktu maghrib tu.. macamana?

rugilah orang2 yang berada di zon selesa =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...