Followers

Wednesday, 16 March 2011

SBT Luar Bandar?


Ramai orang dok memperkatakan tentang pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang 23 buah sekolah berprestasi tinggi (SBT) bagi tahun 2011. Dan salah satunya, sekolah luar bandar yang jauh nun di pedalaman. Tapi, apa yang Cikgu Bedah bangga, ia bukti sekolah luar bandar juga mampu capai taraf SBT. Sekolah yang Cikgu Bedah maksudkan ialah Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai, 55 kilometer dari Limbang. 

Pencapaian luar biasa S.K Ulu Lubai itu antara 23 sekolah dinobat SBT. Siapa sangka, sekolah yang serba sederhana dan jauh terpencil ini, mampu mengukir kejayaan luar biasa. Sejak 2006 pencapaiannya cemerlang dengan memperoleh kelulusan 100 peratus dalam UPSR. Jadi, apa tunggu lagi wahai guru-guru di luar sana.. Usaha lebih lagi untuk capai ke tahap ini. Selamat Maju Jaya!!
 







Cikgu Bedah: Jangan GAH hanya pada nama dan anugerah, biarlah cemerlang dari  semua aspek. 

8 comments:

rusna wana said...

SK ulu Ubai- skolah terbaik pedalaman dngn murid sramai tak sampai 50 murid (tahun 1-6) klu tak silap murid tahun 6 ada 6 org ja..
patutlah boleh capai keputusan smua A - guru fokus kepada 6 org pelajar ja

story of my life said...

betul jgk..boleh fokus utk ngajar..kalo reramai sure fening...

nanakimie said...

blaja kt mana2 pun sma jew:)yg pnting usaha

Sarah Naiema said...

Belajar dimana2 tempat sama jer dan yang paling penting kukuh dalam diri kite adalah semangat dan rajin berusaha selalu..=)

amiraliyana said...

selamat maju jaya kepada guru2 untuk menambah kecemerlangan murid2 bagi tahun ni dan tahun2 berikutnya.=) cemerlang dari semua aspek. InsyaAllah.

Wan_hazel said...

mana mana sekolah pun kalau cikgu yang mengajarnya punya byk pngalaman dan cara penarik pelajar..mesti sekolah boleh pergi jauh..tak gitu cikgu??

kaseh suchi said...

x sangka 1 kelas 5-6 orang ja...kelau skolah kite dulu kalau x cukup 30-40 orang mesti cikgu kasi padatkan jugak kelas kitorang tu..huhuhu

keadaan sekolah,,rakan sebaya,, dorongan guru,,dorongan ibubapa tu adala motivasi secara x langsung untuk seseorang pelajar tu berjaya selain usaha dan kesedaran dari dia sendiri kan

Wan_hazel said...

murid murid macm kita dulu takut cikgu...dan tak de undang2 yg menyalahkan kalau guru tu pukul murid..sebab tu lah murid2 dulu adalah yang terbaik.tahan lasak...

murid2 skang terlalu dmanja..mak bapak lak terlampau memanjakan anak..sampaikan murid2 pijak kepala guru.,.sebab tak takut guru

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...