Followers

Thursday, 31 March 2011

Ops, Pil atau Senaman??


Assalammualaikum,

Hari ni Uchee nak berkongsi mengenai pil untuk kurus atau senaman. Saban hari banyak majalah atau surat khabar yang kita baca memaparkan iklan berkenaan ubat atau produk untuk kurus. Kalau lah kita ni yang memang mudah terpengaruh dengan iklan mesti senang je kita beli, walau kita tidak tahu keberkesanannya lagi. Ada satu artikel ni Uchee baca: Kementerian Kesihatan telah menyenaraihitamkan produk pelangsingan badan yang dipercayai mengandungi bahan kimia beracun. Bahan kimia ini boleh memudaratkan badan kita jika kita ambil dalam jangka masa yang panjang.

Tetapi kita hari ini langsung tak ambil peduli dengan semua tu, kan… Janji kita nampak kurus dan cantik.. Anda tahu tak? Wanita hari ini suka bersaing antara satu sama lain tanpa pedulikan kesan sampingan akibat dari produk pelangsingan tersebut.. Bagi Uchee, daripada kita mengambil produk tersebut, apa salahnya kita lakukan sendiri senaman untuk kurus. Senaman bukan sahaja baik untuk jantung kita, ia juga baik untuk penampilan kita. Uchee pun nak berkongsi juga dengan teman-teman, untuk jadi kurus, bukan boleh dapat dalam tempoh yang singkat.. tapi ambil masa yang lama.. Oleh itu, kalau ada jurujual mendakwa pil nya mampu membantu anda kurus dalam masa yang singkat, TOLONG janganlah percaya!!

Kalau nak dapatkan badan yang ideal dan kurus, AMALKAN pengambilan diet yang terjaga, kerap bersenam dan pil pelangsing yang anda perlukan adalah dari doktor yang bertauliah. Untuk nak dapatkan hasil yang baik, JANGANLAH kita mengambil jalan singkat.


 





Uchee: “Jika tidak pecahkan ruyungnya, manakan dapat sagunya”. Senaman baik untuk kesihatan… bersenam untuk kesihatan anda..

18 comments:

::sarah:: said...

smua pil bahaya ke?huhu

Sherry said...

senaman bagus tapi sini banyak kes denggi kena jaga

story of my life said...

senaman!!! pil takut lain plak jadinyer nantih...

... Ana... said...

senaman!!

nurul nabila bt medan said...

pil ?
lupe kan jerk larh.
senaman lagi bagus.
dapat bnyk faedah :)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

senaman tapi entah bila nak bersenam.. uruskan keja umah pun senaman jugakkan

♥CHaRa♥ said...

macam2x pil skang ni..tapi sy mkn pil spirulina..kira elok jugaklah..dan senaman pun ada jugak buat~

story of my life said...

pil spirulina tu bagus tau...

aqishah said...

x mainlah makan pil ni... takot.. nanti ada kesan sampingan

nanakimie said...

xberani nk makan pil2 neh...seeloknya amalkan senaman utk jga ksihtan

cewah!cam nana bersenam jew..heheh

Sarah Naiema said...

Pil or senaman? lebih okey lau senaman... kenapa?

Ini adalah kerana senaman merupakan satu cara untuk m'guruskan badan secara semulajadi.. dapat m'geluarkan peluh dan menjaga metabolism kite serta ia secara tak langsung untuk kesihatan kite juga.. Pelbagai faedah yang kite perolehi dengan bersenam nie..

Pil kadang2 banyak yang tidak boleh dipercayai.. skunk nie ramai yang prefer utk kuruskan badan dengan pil.. walhal pil nie m'gandungi banyak bahan2 kimia yang kdg2 boleh m'mudaratkan diri kite sdiri..

Cuba chek umur kite gan tahap umur sebenar p'jalanan ataupun organ2 dalam badan..sstgh orang umur baru 19 tetapi tahap umur dalam badan contohnya p'jalanan darah, lemak semuanya b'umur 30thn.. sygkan?itu adalh salah stu sbb kurang bersenam..^^

cikbintang said...

woo...kne gna cara tradisionl ler gni

amiraliyana said...

takut aih nak makan pil2 nih. lebih rela yang kena minum2 lagi. haha apa pun senaman la yang paling bagus. pakej.. sihat dapat, kurus pun dapat. kalau buat secara konsisten la.. hehe

Ummu Ukasyah said...

Betul.. betul.. betul..

kalau nak kurus, jaga pemakanan. macam kita jaga solat. Tak mustahil boleh kurus kalau kita berdisiplin kalau betul-betul nak kurus dengan cara selamat.

jangan terpedaya dengan iklan. Tu hanyalah strategi mereka untuk melariskan produk je. Macam saya dulu, pernah jual tudung, cakap tudung baru kat pelanggan padahal tudung tu dah lama dah kat pasaran. cuma strategi melariskan jualan.

Kalau nak kurus, janganlah ambil jalan singkat makan pil-pil suka-suka hati je, ambillah nasihat doktor pakar.

Yang kurus tak semestinya cantik, yang gemuk tak semstinya tak comel.

Yang penting, jagalah 'kegemukan badan'. Janganlah bagi badan tu gemuk melebihi had.

Semuanya datang dari diri kita, nak gemuk senang, nak kurus susah. Fikir-fikirkanlah.

Wan_hazel said...

ambek dua dua..pil dan senaman..Law leaki nak bina otot kene ambek pil dan wat senaman..macma tu lah kira nya law nak diet...ehehhe..

padlie said...

Bagi saya, senaman adalah pilihan terbaik. Walaupun ia lambat berkesan tetapi hasilnya kekal selagi kita amalkannya berterusan. Senaman juga membantu kita menjaga badan kita luar dan dalam.

Pil dapat memberi kesan lebih cepat. Bahan kimia yang digunakan bukan sahaja mampu mengubah fizikal kita tetapi ia boleh mengganggu fungsi hormon dan enzim badan. Dalam jangka masa panjang, kita terdedah kepada pelbagai penyakit lain pula..

Wan_hazel said...

padlie

a ah betul tu..pil ada kesan jangka masa panjang..dalam buah pinggang..

senaman lebih baik..tapi kalau nak kesan serta merta kena lah ambik pil kan..

amiraliyana said...

padlie: betul.lagipun mmg bahaya pil ni makan tanpa bimbingan doktor.drp pandai2 sndiri baik kita pilih senaman yg tentu2nya sihat untuk badan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...