Followers

Friday, 11 March 2011

Tips Elak Menternak Lemak

 

Jentayu nak berkongsi panduan bagaimana cara nak kurangkan pengambilan makanan ringan. Tidak salah  kalau nak makan juga, tetapi biarlah berpada-pada jangan keterlaluan. Walaupun makanan itu menggoda jiwa kita. Kita mesti bijak mengatur pengambilan kalori. Pertamanya, pilih makanan yang rendah kandungan gula dan lemak. Cuba elakkan minum minuman manis dan makanan berlemak, lebihkan minum air masak dan serat dalam menu seharian. Jentayu amalkan 3liter sehari air masak. Ke mana-mana mesti ada air masak. Katakan tidak kepada makanan diproses seperti kentang goreng, nugget, hot dog dan lain-lain lagi, sebab makanan-makanan ni kurang khasiatnya. Jentayu juga amalkan makan sebelum pukul 7 malam, kalau kita makan pukul 10, selepas itu rehat dan tidur. Baik punya menternak lemak. Ayuh la kawan-kawan hujung minggu pergi taman jogging, biar keluar peluh. Jentayu  tak pe la, hari-hari naik jejantas, naik turun lrt pastu jalan lagi. Sekurang-kurangnya ada juga exercise. 

Dari pengalaman Jentayu memang makan ringan menyumbang kepada peningkatan berat badan dan penyakit. Jenyatu mengalami peningkatan berat badan yang mendadak, sampai  2 kali kena minum air gula yang rasa nak muntah tu kerana dikhuatiri takut terkena diabetes. Jentayu juga cepat penat dan sakit-sakit badan. Nak diet balik bukan main susah.Oleh itu kawan-kawan bertindak la dari sekarang, jangan dah gemuk dan sakit-sakit baru nak diet.  Minggu depan Jenyatu nak kongsi pengamalan macam mana Jentayu berdiet….alhamdulillah sekurang-kurangnya nampak juga hasil …tapi seksa tuhan je tau. 1jer paling Jenyatu  tak tahan….godaan makanan. Tapi kita kena lawan, sebab Jenyatu ada matlamat, konon nak dapat berat asal dan sihat. Tapi memang Jentayu serik tak  nak makan makanan ringan selalu lagi. Tapi sekarang Jenyatu ambil juga, paling kerap seminggu sekali jer. Tapi sambil makan berkira-kira gak kalorinya. Risau kan. Takut sejarah berulang kembali. Tak nak menternak lemak lagi…….










Jentayu: Mulai hari ini jom la kita sama-sama makan makanan yang berkhasiat daripada makanan ringan ini...

12 comments:

story of my life said...

salam ziarah dari sy utk GA rakan 1klik..

papepon saya setuju dgn entry jentayu..makan kena hati2 supaya tak mudarat diri sendirik..

::sarah:: said...

hahaha..tapikan..saya mudah terpengaruh ngan iklan2 yang menarik..camne tu?nak kena sekat iklan ke?haha =p

Sarah Naiema said...

Hurm, betul tu..makan adalah untuk hidup..Jadi, pilih la makanan yang berkhasiat dan bagus untuk kesihatan tubuh badan kite...

Memang kadang2 kite tak boleh tahan nafsu nak makan makanan seperti kfc, mcd semua tu tapi awas kalestrol dan kalori makanan camtu sangat tinggi.. tak salah lau nak makan tapi kena jarang2 sekali sebulan skali atau 2bulan sekali...

Makan2 sebegitu boleh m'yebabkan pelbagai penyakit timbul contohnya obesiti, kencing manis dan lain2...

Jesteru, aturkan rutin pemilihan makanan seharian agar kesihatan kite dapat dijaga dan dikawal... lebihkan minum air kosong dan banyak m'lakukan senaman agar dapat mantain metabolism kite nie..^^

amiraliyana said...

ohh.. insaf sekejap baca cerita cik Jentayu nii..huhu

amiraliyana said...

kalau tak keberatan boleh la cik jentayu kongsi berat dulu dan sekarang? huhu. untuk rujukan jugak.

Wan_hazel said...

skang nie tak leh nak jg sgt kesihatan.bila BZ dgn kerja or study..makanan ringan jadi buruan..tak gitu..

kaseh suchi said...

makan tu keperluan bukan kehendak....

jadi pilih la maknan ikut keperluan badan kita,,,

kalau nak kulit licin slalu la makan tomato..

kalau nak mata cerah..makan la carrot banyak2.. hehe

all about nutrition.. =)

padlie said...

Ada satu post dalam blog ni yang menyebut "makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan". Tapi bila dah nama pun manusia, nafsu untuk makan tu memang sentiasa ada.. Tambah-tambah bila tengok makanan sedap atau pun time orang belanja..

Untuk diet, memang kita perlu disiplin yang sangat kuat dan azam yang betul-betul kukuh.. Memang salute la dengan Jentayu!! :)

Cik Nani Noraini said...

menternak lemak?

ishh..CNN tak menternak lemak, sentiasa jaga pemakanan walaupun bz dengan keje. Sebab kalau tak jaga, masalah lain akan timbul dan rutin seharian akan terganggu, tak gitu??

Moga Allah redha~

Wan_hazel said...

kaseh suchi

waaa..bijak2...kalau nak anak putih makan epal hijau..kalau nak anak pandai makan lah banyak bijiran ..ehehhe..

Wan_hazel said...

padlie

lebih2 lagi bulan puasa yg akan dtg nie..kuih muih beraneka jenis..lauk pauk bermacam2..nafsu makan lak meluak2...huh....kesihatan dah tak ingat dah kan..

Wan_hazel said...

Cik Nani Noraini


betul tu..kena jaga...kalau tak jaga terbantut lah kerja harian...ehhehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...