Followers

Friday 11 March 2011

Bersyukur Dengan Nikmat Yang Ada


Dalam menjalani kehidupan ini kita seharusnya bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Nikmat yang kita perolehi meliputi dari hujung rambut ke hujung kaki. Kita menganggap berjalan menggunakan kedua-dua belah kaki kita adalah perkara biasa sedangkan  ramai manusia yang tidak mempunyai kaki.  Adakah anda tidak merasai nikmat memejamkan mata dan tidur lena sedang masih ramai yang tidak tidur kerana menanggung kesakitan? Tidakkah anda merasai nikmat rumah yang selesa sedang ramai yang bergelandangan di tepi-tepi jalan? Ramai yang tidak dapat merasa nikmat makanan yang enak-enak kerana penyakit yang mereka deritai.


 Perhatikan tubuh  anda dan panca indera yang diberikan kepada anda. Bayangkan sekiranya anda tidak mempunyai telinga untuk mendengar, tidak ada mata untuk melihat dan tidak ada lidah untuk berkata-kata. Adakah anda akan merasa bahagia sekiranya tidak mempunyai otak yang sihat? Anda terhindar daripada dipanggil orang gila kerana dikurniakan akal yang sihat. Adakah anda sanggup menukar  penglihatan dengan wang jutaan ringgit, menggantikan pendengaran anda dengan timbunan emas dan perak, menjual lidah anda dengan istana menjulang tinggi atau menggantikan tangan dan kaki anda dengan kilauan berlian tapi kaki dan tangan anda kudung.? Betapa besar nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita, tapi kita seolah-olah tidak menyedarinya. 



AZMU: Renungkanlah dan bersuyukurlah dengan nikmat yang dikurniakan. 

7 comments:

SarahZin said...

yup..my lecturer pernah gtau..pandanglah pada manusia lian yang kadangkala xda kaki pown tuk berjalan..tapi kita..smua benda nak persoalkan..sedey lah..sm0ga kita dalam golongan yang senantiasa bersyukur =)

aqishah said...

yup betul tu... bersyukurlah dgn nikmat yg diberikan... alhamdulillah

Sarah Naiema said...

Alhamdullilah, bersyukur dengan ape y diberikan oleh Allah s.w.t.

kite harus b'syukur sbb kite d'berikan nikmat yang tak t'kata oleh Nya..Cuba kite lihat ada yang buta hidup dalam k'gelapan, tidak dpt m'dengar, tidak dapat b'cakap..Berat mata m'mandang, berat lagi bahu yang m'mikul..

M'galir air mata sara semasa di kem apabila kami ditutup mata dan berjalan b'sdirian s'hinggalah jupe kawan yg kite btol2 kenal y sama d'tutp mata..masa tu m'yedari bahawa besar nikmat Allah s.w.t berikan..=)

amiraliyana said...

bersyukur dengan apa yang ada. kadang tu kita tak puas hati apa yang kita ada dengan apa yang orang lain ada.


kita kena tengok apa yang orang lain takdak dengan apa yang kita ada. baru la kita akan rasa bersyukur.

Wan_hazel said...

bohonglah Wan law wan kate wan tak pernah merungut tentang sesuatu tu..kadang kdanag terlepas kemarahan tu..Dan kalau kita taw semua yang berlaku ada hikmahnya semestinya kita akan berasa Bersyukur atas pemberian NYa..

Semoga kita dirahmati oleh Nya..

Amin

Anonymous said...

syukur itu indah...

tanpa rasa syukur kita akan diselubungi kesedihan dan kemurungan kan..
bahkan kalau kita tidak bersyukur, syaitan semakin hampir dengan kita, jsteru merosakkan akal fikiran kita...

seorang penyair ada cakap..
"nikmat air, roti dan udara yang aman tu adalah nikmat yang amat besar,, kalau ada 3 perkara ni maseh x bersyukur nescaya aku telah kufur"

Wan_hazel said...

sebutlah Alhamdullillah setiap kali rezeki datang dan bsyukur dengan cara memberi.kerna tgn memberi lebih baik dari yg menerima..

Dan Wan sentiasa ingat pesan seseorang tu..kalu kita nak byk ilmu..kongsilah ilmu tu dgn yg lain..kalau kita nak hidup senang..bersedekah lah..kerna setiap yg diberi itu punya nilai yg terlalu tggi buat si penerima..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...