Followers

Friday 18 March 2011

7 Tanda Si Kecil Sayangkan Anda


Salam semua..Bertemu kembali dalam edisi kedua "ZARRA"..Kali ini mummy akan menyambung kembali coretan mummy mengenai 7 Tanda Si Kecil Sayangkan Anda. 3 tanda telah mummy coretkan dalam edisi pertama "Zarra", dan ini adalah bakinya.

4. Si Kecil bertatih berlari kepada anda
Dia berlari kepada anda, walaupun kadangkala terjatuh namun dia akan bingkas bangun mendapatkan anda. Itu adalah tanda dia amat memerlukan anda. Manis bukan melihat si kecil berlari sambil mendepangkan tangannya ketika kita pulang dari pejabat!


 5. Si kecil membuat 'kejutan' kepada anda
Sedang anda leka membaca suratkhabar, mahupun sedang minum petang, si kecil tiba-tiba memberi ciuman kepada anda. Emosi yang ditunjukkan itu adalah perkembangan positif mengenai dirinya! Pandainya!!


6. Si kecil minta persetujuan anda
Dia akan meminta persetujuan anda terhadap apa yang ingin dilakukannya. Dia bimbang apa yang dilakukannya akan dimarahi anda, namun secara tersiratnya, si kecil sentiasa mengingati nasihat anda supaya berkelakuan baik.

7. Si kecil dengar arahan anda
Cuba arahkan si kecil anda lakukan sesuatu, sekiranya dia menuruti walaupun sedang menonton rancangan kegemarannya, ini bermakna dia mendengar arahan anda. Kesungguhan dia melakukan menunjukkan dia menyayangi anda!




Sumber: Majalah Pa& Ma





Zarra: Itu sahaja coretan mummy untuk edisi kedua ini. Moga pembaca akan terus mengikuti "ZARRA", pastinya mummy akan coretkan tips dan kisah-kisah yang lebih menarik selepas ini...

15 comments:

Anonymous said...

cak aa..dap nyer..teletah anak kecil mmg menyeronokkan..tp, kenape still ader yg sanggup buang bayi n dera??

Rakan 1Klik said...

Itulah tanda-tanda dunia akhir zaman. Moga kita dijauhkan daripada golongan yang rugi ini..

story of my life said...

comeiinyaaa........ni tak sabar nak balik nih...

Unknown said...

alala,comeynya...:)

Cikbintang said...

comel je...byk tips ley amek tuk yg bakal ibu..bapa juga yeee

amiraliyana said...

hehe. comel..

Sarah Naiema said...

Seorang ibu yang menjaga baby dari kecil sehingga besar mesti rasa bahagia bile melihat anak yang dibelainya semakin membesar..

Lebih bahagia bile si anak menturuti setiap tutur kata ibunya, sentiasa menyayangi ibunya dan lain..

Jagalah bayi dengan kasih sayang sebaik mungkin...^^

Ummu Ukasyah said...

bahagianya bila tengok anak membesar depan mata dan membesar di tangan umminya sendiri.

Tak sabar nak tengok Ukasyah membesar menjadi anak yang soleh.

Comel je kan kalau anak kita dari kecil dah tunjukkan rasa kasih dan sayang pada ummi dan abinya. Semoga sifat kasih sayang anak-anak akan kekal sampailah ummi dan abinya tua dan akan mendoakan ibu dan ayahnya apabila ibu ayah tiada lagi.

insyaAllah.

Wan_hazel said...

macam mana agaknya law wan jadi papa...erm..

Anonymous said...

Anak merupakan anugerah Allah yang paling berharga.

Wah..bahagianya jadi si ibu...(^_^)
melihat anak sendiri membesar di depan mata. Perkembangan demi perkembangan yang positif, pastinya merupakan detik yang berharga buat si ibu...

Wan_hazel said...

Si kOtAk HaTi

bila baca komen anda...teringin lak wan nak merasa jadi papa//

Cik Nani Noraini said...

haha..suka dengan ayat wan hazel : teringin nk jadi papa..hehe

manusia yg normal akan ada perasaan cmtu..:)

anak merupakan anugerah dan amanah. Semoga kita berjaya memikul amanah dan anugerah itu satu hari nnt. Amin.

Moga Allah redha~

Anonymous said...

amin..moga kita semua dapat merasa pengalaman menjadi ibu & bapa nanti dapat merasa pengalaman2 comel n manis yang mummy share ni ye..

sangat comel bila si manja yang mengekek girang bila jumpa kita kan....

tapi bila nak berpisah baby sampai menangis2 kita kesian tengok dorang tapi tu tanda dia pun sayangkan kita kan..sebab tu dia x mau berpisah ngan kita

Wan_hazel said...

Cik Nani Noraini

amin...tu lah kan..semua nak merasa..Hope suatu hari nanti leh jd pap yg terbaik...

Wan_hazel said...

kaseh suchi

amin jugak...tangisan sekesil berlainan dgn tangisan dewasa kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...