Followers

Thursday, 24 May 2012

‘Minta Tolong Settlekan’ Punca Rasuah



Bila sebut saja perkataan rasuah mesti terus terbayang di fikiran kita polis, imigresen, kastam dan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain. Kenapa begitu agaknya ye? Mungkin disebabkan banyak rasuah yang berlaku melibatkan pihak-pihak penguatkuasaan ini.

Orang ramai (termasuk saya) juga sangat marah bila dengar rasuh. Kenapa perlu minta rasuah? Tak boleh ke jalankan kerja seperti yang diamanahkan? Tak cukup ka gaji yang diterima? Dan pelbagai lagi persoalan akan timbul difikiran kita kan...Apa pun persoalannya, banyak faktor yang telah dikenalpasti mempengaruhi kejadian rasuah ini...sama ada dipihak pemberi mahu pun penerima.

Tapi adakah kita semua perasan yang kita sendiri menggalakkan amalan rasuah ni..Contohnya kalau  kena saman trafik, mesti ada yang akan cari siapa ada kenalan/kawan-kawan kat Polis Trafik yang boleh settlekan saman...habis tu kalau perkataan ‘settlekan’ digunapakai, tak ke ia akan melibatkan sedikit sebanyak rasuah...

Masih banyak orang memiliki pemikiran ‘minta tolong settlekan’ bila nak selesaikan sesuatu masalah atau nak menguruskan sesuatu. Apa salahnya jika saman tu dibayar..bukan ke kita sendiri yang buat salah..tak kan tak tahu. Dan kalau nak uruskan sesuatu urusan, beratur la di kaunter jika perlu beratur. Ikut la peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan.

Sekarang ni semua perkhidmatan kerajaan telah dipercepatkan dan dipermudahkan. Semua pelanggan dianggap elit dan dilayan sama rata...pemikiran-pemikiran bahawa agensi kerajaan lembab dan minta di sogok perlu dihakis dari pemikiran orang ramai. Kalau tak percaya pergilah berurusan dengan mana-mana agensi kerajaan...anda akan kagum..Tapi kalau ada yang tidak mendapat layanan yang sepatutnya buatlah aduan ke saluran yang betul.

Nasihat saya kepada sesiapa yang masih suka nak minta tolong settlekan tu..minta mansuhkan pemikiran tu... jangan anggap rasuah RM5, RM10 tu tak akan kena tangkap ye. Ia masih rasuah dan anda mungkin akan ditangkap kerana menyuap.

Kerajaan sangat serius dan komited untuk memerangi rasuah kerana ia mempengaruhi kredibiliti sesebuah negara. Oleh sebab itulah memerangi rasuah diletakkan dibawah salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan indeks rasuah ini telah menunjukkan penurunan yang menggalakkan. Jika semua rakyat sedar betapa seriusnya kesan rasuah kepada negara bangsa, InsyaAllah negara Malaysia tercinta akan bebas rasuah dan mungkin dah lama dah kita jadi negara maju. 







Anom:  Rasuah ibarat anai-anai. Jika dibiarkan tumbanglah negara bangsa. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...